Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 26 October 2008

Lawatan Suma Gakuen: Pertukaran Budaya

Assalamu'alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh!

Semalam menyaksikan satu detik bersejarah bagi sekolah kerana buat julung kalinya kita menerima kunjungan tetamu dari jauh nun di timur sana, sebuah negara yang pernah menjajah negara kita suatu masa dahulu. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kita untuk menjadi tuan rumah kepada mereka.


Lawatan mereka ke sekolah adalah salah satu daripada program lawatan mereka ke negara-negara Asia, dan kita sebagai tuan rumah mereka di Malaysia mencerminkan sedikit sebanyak budaya Malaysia. Mahu atau tidak, sebenarnya kita memberi persepsi kepada mereka tentang peribadi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Ana nak mengulas lawatan semalam berdasarkan pemerhatian ana sendiri. Pandangan ana adalah pandangan individu dan terpulanglah kepada kalian untuk menerima atau tidak.


Ketika bunyi kompang memecah hening pagi yang disirami titisan-titisan rahmat, ana bersama ustazah juli dan rakan2 seMDP yang tinggal 3 orang termasuk ana menjenguk ke luar tingkap Makmal Bio, port MDP kami sejak dahulu kala. Kelibat rakyat Jepun yang pertama berjalan pantas meredah hujan yang semakin lebat. Kami menanti dengan pelbagai persoalan di minda.

Pertukaran budaya yang pertama ana perhatikan ialah, payung. Kenapa? Melihat hari hujan, lantas pelajar-pelajar Jepun mengeluarkan payung. Nampak macam remeh, tapi perkara ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Kita? Jangankan pergi sekolah, pergi mukhayyam pun tak bawa baju hujan...
Kedua, perkara pertama yang kita tonjolkan kepada mereka: tidak bersedia menukar rancangan di saat akhir. Hujan semakin lebat. Kelihatan sesak pelajar-pelajar membahagikan rakan-rakan untuk pairing. Pelajar SMIH tumpang sekaki payung mereka yang sememangnya kecil. Berjalan beriringan dalam hujan, naik tangga yang takde bumbung. Tangga yang banat gelarkan sebagai SHOWER. Kenapa? Kat situ tertumpu air hujan! Menurut sahabat ana, ustazah kamaliah dah pesan suruh bawa diorang naik tangga banin, tak kena hujan. Tapi entahlah. Mungkin sebab planning awal macam tu, terpaksa ikut jelah.

Banyak benda yang sebenarnya kita kena fikir. Benda simple macam ni boleh bawa banyak tanggapan kepada mereka. Ada benda yang kita perlu ubah. Kita tak bolehlah semua nak ikut plan asal. Perlu fleksibel. Tambahan pula, mereka ni bukan biasa kena hujan. Malaysia je yang banyak hujan. Pastu lepas tu mereka nak kena duduk dalam dewan. Pernah fikir tak macam mana mereka rasa kena duduk dalam dewan dengan pakaian basah, di tempat mereka menjadi tetamu? Mungkin inilah hakikat budaya kita yang tertonjol tanpa sedar.

Next, segala ucapan, perasmian ana tak tahulah macam mana sebab ana takde dalam dewan. Nak masuk kelas, kelas jadi backstage untuk boria. Nak masuk dewan tak boleh. Dahla takde kelas. Ustazah nak mengajar pun susah. Dah tu melangut jelah. Nak study takde mood. Kelas dah kena hijack. Kesian pulak kat diri sendiri dan sekalian budak 4 Ittihad yang tak terlibat dengan Jepun.




Last-last, buat muka kesian dapatlah juga masuk dewan. Tengok koir. Hmm... Koir ni melambangkan kerjasama, kesungguhan dan kreativiti. Bukan senang nak suruh 80 orang budak menyanyi dengan melodi yang betul. Kan? Dengan synchronisatian suara tinggi dan rendah, fuh susah tu nak latih. Sedangkan nak buat choral speaking pon dah parah... Mungkin ni cabaran untuk Najahan ngan team CS kot, untuk bersaing dengan mereka.

Persembahan, persembahan, persembahan... Controversial. Mula-mula terkejut juga, tapi takpelah terima je. Persembahan mereka adalah gambaran kepada budaya mereka. Budaya tu bukan cara menari, tapi cara hidup. Inilah apa yang ingin mereka tunjukkan kepada kita. Inilah diri mereka. Sejujurnya ana mengagumi mereka. Variasi persembahan menunjukkan kelebihan dan bakat pelajar dalam pelbagai perkara yang berbeza.

Culture shock? Terkejut sebab ada tarian yang pelbagai dan cheerleading? Ini baru sedikit dari cabaran kat luar sana. Sejujurnya ana tak kisah (bukanlah merestui) kalau mereka nak buat persembahan apa pun, sebab:
1- Di sini akan terlihat budaya (cara hidup) mereka
2- Mereka bukan beragama Islam
3- Mereka masih ada ciri-ciri ketimuran

Lainlah kalau pakai tudung tapi baju ketat pegi gelek2 kat atas pentas dengan budak lelaki, tu memang nak kena. Tapi masalahnya, dah memang dia punya cara macam tu, kita nak buat macam mana. Tugas kita bukan menilai mereka, tapi menerima mereka supaya mereka dapat menerima kita. Kita takleh nak salahkan mereka. Apa yang mereka tahu tentang budaya (cara hidup) kita apabila anak melayu di sini pun lebih kurang macam tu bahkan lagi teruk? Bagi kita yang melihat, hati perlu kental. Tak boleh mudah tewas.



Bayangkanlah kalau setakat tengok cheerleading tu (yang sangat sopan nak dibandingkan dengan persembahan biasa) boleh tergugat iman, cuba bayangkan kalau berada dalam situasi yang kita dikelilingi oleh orang bukan mahram sentiasa. Dalam bi'ah yag tidak terjaga. Nah, buka mata dan minda. Ini baru permulaan. Terkejut dah?

Inilah hakikat. Kita bukan selamanya akan berada di Bumi Hidayah. Nak tak nak, kita akan keluar menghadapi dunia penuh maksiat dan cabaran. Bermacam ragam manusia menanti kita. Perkara macam ni baru sebahagian kecil, sangat-sangat kecil jika nak dibandingkan dengan apa yang ada kat luar sana.

Sebab dah biasa, kalau orang buat benda yang tak sesuai dengan cara kita, kita pandang serong. Macam mana tu... Kita susah nak terima orang. Semuanya kita rasa salah. Semuanya kita nak betulkan. Kita rasa kita je betul. Susahkan kalau pendakwah macam ni? Fikiran terlalu jumud.


Kata Dr. Stephen R. Covey, "Seek first to understand, then to be understood."

Cuba fahami orang lain sebelum kita nak diri kita difahami oleh orang. Macam mana kita nak buat orang faham dengan perjuangan kita? Pertama sekali, kita yang kena faham situasi dia. Jangan kita tak tahu apa-apa pasal dia, terus terjah je bantai kalau dia buat salah. Kadang-kadang perkara macam ni boleh bawak fitnah. Ana ingat lagi Ustazah Kamaliah pernah pesan, cara untuk menyampaikan sesuatu bukan dengan menyakiti hati mereka yang ditegur.

Kesimpulannya, pertukaran budaya mendedahkan realiti budaya yang kita tak sedari. Tugas kita setakat ini mendoakan. Kata orang, orang Jepun ni lebih Islam sifatnya daripada orang Islam sendiri. Selebihnya, fikirlah sendiri.

Terima kasih sebab sudi membaca coretan ana. Sekali lagi ana ingatkan, ini cuma pandangan ana dari perspektif ana sendiri. Pandangan perlu disuarakan, kebenaran perlu ditegakkan, realiti perlu disedari. Kita tak boleh mudah tewas! Ayuh, bangkit!

notes:
recommended article: Saifulislam.com: Seek First to Understand
credits to: Ishraf Hakim the photographer and Suma Gakuen's website.

10 comments:

Anonymous said...

"Kesian pulak kat diri sendiri dan sekalian budak 4 Ittihad yang tak terlibat dengan Jepun"
totally agree... :P

tmah said...

4 ittihad berpindah ke musolla banat... hehe

Anonymous said...

waaa (:
ta pnah tpikir psl payong uw.
btol gak ek

tmah said...

btol btol btol!

(mcm upin ngan ipin)

~ ZuBaYr AiZaiNi~ said...
This comment has been removed by the author.
alifah said...

betul2.ni baru sikit dugaan.
tapi ana memang kagum dgn org jepun.
semua buat persembahan..
sekolah tu asah bakat yang ade dalam diri mereka.
semua tau kelebihan masing2.
tapi kite? ngee~ tau2 sendiri sudah.
kadang-kadang confident diri jatuh tahap paling bawah! huhu.

Anonymous said...

tu la, cyan kt plaja yg x dpt terlibat ngan Jepun. bile dgr jepun nk dtg, excited GILE! tau2 x dpt jumpe. sedih, sedih, sedih.

Anonymous said...

saye nmpk seorang daripada guru besa menggelengkn kepala beliau semasa mereka membuat persembahan cheerleading. cis, beliau cuba untuk menolak budaya mereka! habis, mengapa mengalukan kedatangan mereka tetapi tidak menerimanya? apa punya turr!

Raden Mu'az said...

Ntahlah. Yang laki 'joget' tu takpelah. Ini... X(. Kakak ana cakap ni kire lembap kalau dibandingkan dengan cheerleading sebenar. :p

Ana dah taruk sikit pasal Suma Gakuen kat blog ana.

radenmuaz.blogspot.com

Bubbles said...

Assalamualaikum, sori, baru je bukak blog.
Alhamdulillah, ada jugak org nak tegur kelemahan kita. Tapi ana sedikit terkilan pasal nt terlalu mengkritik usaha AJK jepun. Dahla diorg tido skola, dok nyiapkan keje jepang tu tp org senang2 je nak kritik. Mmg, kami sedar yg kami X sediakn payung psl dah tetiba je. Ustaz iswan bkn X cari payung, bahkn yg lain pun cari jugak.
Ana harap nt X terlalu harsh sgt sbb teguran nt ni pun sakitkan hati org jugak.
Lgpun, anapun hanya menyuarakn pendpt ana je, dn bagi pihak AJK yg lain (walaupun ana X terlibat). Ana harap nt X terasa dn perbaiki diri kita for the better. Insya-Allah