Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday 24 April 2009

The clock is ticking

Pantasnya masa berlalu.
The future comes with every second.

Perkara yang ada dalam senarai 'masa depan' semakin banyak dipindahkan ke dalam senarai 'masa lampau'.

Sedar atau tak, dengan setiap detik,
SETARA semakin hampir.
PERCUBAAN semakin hampir.
SPM semakin hampir.
Tarikh tamat tingkatan 5 semakin hampir.

Selain tu,
KEMATIAN juga semakin hampir.
Hari pembalasan juga semakin hampir.
Hari penentuan kita semakin hampir.

Tapi bezanya, peperiksaan SPM itu telah ditentukan tarikhnya, dan yang akan menduduki SPM hanyalah calon SPM yang mendaftar. Tapi KEMATIAN itu datang tanpa mengenal 'calon peperiksaan'nya. Sedang SPM itu seolah-olah amat pasti untuk kita duduki, namun kematian itu lebih pasti.



Sedangkan untuk SPM yang jelas tarikhnya pun begitu sulit untuk membuat persediaan, masih mencari dalih untuk merehatkan diri, bagaimana pula dengan peperiksaan KEMATIAN? Pastikah hari esok masih ada lagi?

Usah merungut bila diajak kepada kebaikan.
Usah menghalalkan apa yang sudah jelas nyata terpampang dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai haram.
Usah bertangguh kerana ENGKAU TIDAK PASTI BILA ENGKAU AKAN MATI.
Relakanlah dirimu untuk korbankan kesoronokan dunia demi kebahagiaan hakiki di akhirat sana.

Ayuh bersihkan diri daripada dosa!
Serulah kepada kebaikan!
Tegahlah yang mungkar!
Marilah beramal soleh!

KEMPEN TAUBAT NASUHA.
Batchsebelas.


(maaflah, ana reka kempen sendiri)

6 comments:

Unknown said...

promote+amalkan.best kalau kempen ni berjaya.hu.jom.

alifah said...

kempen taubat nasuha?
alhamdulillah..

Anonymous said...

fikir balik.

untuk banat khasnya.

mcm mana nak amar maa'ruf nahi munkar kalau dengan kawan2 sendiri tak sanggup nak tegur.

suara kuat macam apa.
ketawa depan banin takde maknanya.
assobiyah tahap tak tahu nak cakap apa.
as if: antunna tak malu KE???

cubalah contohi banin sikit je:
banat bising sikit, tegur (automatically).
ukhuwwah, tak pernah ada kes mcm banat punye.

entahlah, bila fikir balik, nak capai tahap terendah dalam ukhuwwah pun antunna mcm tak dapat je. husnudzon...

kena usaha.

luar biasa punya usaha. mesti boleh

Anonymous said...

taubat mesti hati bersih.


masalah akan jadi lebih besar kalau dah taubat buat lagi the same thing.


kena rajin cuci hati. istighfar tak boleh lepas.

boleh punye, banat b11.

Anonymous said...

hentikan prejudis.

Ana Nani said...

erk..
redha menerima kritikan..
utk berubah ke arah kebaikan..
trimas!