Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday 5 June 2009

Tentang isu 10 subjek

Sebelum membuat sebarang tuduhan, fahamkan isu sebenar dulu. Masih belum tetap keputusan untuk mengehadkan subjek SPM. Bagaimana pelaksanaan pun masih belum disebut. Jadi harap semua bertenang. Usah tuduh orang zalim. Tunggu pengumuman seterusnya dulu.

KUALA LUMPUR: Bilangan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikurangkan kepada tiga atau empat, berbanding enam sekarang selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil calon peperiksaan itu, mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengurangan subjek teras itu akan membolehkan calon SPM dalam semua aliran pendidikan, termasuk agama mengambil lebih banyak mata pelajaran elektif mengikut keperluan bidang pengkhususan dan minat masing-masing.

Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral.

"Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu.

"Ini bermakna calon masih berpeluang mengambil beberapa subjek elektif lain yang diminati tanpa perlu mengorbankan pemilihan mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau memberi contoh, calon dalam aliran sains dapat mengambil mata pelajaran elektif Biologi, Kimia, Fizik serta Matematik Tambahan dan pada masa sama boleh memilih dua atau tiga subjek lain yang di luar bidang aliran pendidikan mereka seperti Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.

Alimuddin berkata, calon dari aliran agama juga mempunyai peluang mengambil subjek yang mencukupi dalam bidang pengkhususan mereka, seperti Tasawwur Islam, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Beliau mengulas kebimbangan ibu bapa dan pelajar aliran agama mengenai kekangan untuk mengambil mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka berikutan keputusan Kementerian Pelajaran mengehadkan pengambilan maksimum 10 subjek dalam SPM yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Kebimbangan sama turut disuarakan ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Samy Vellu dalam kenyataannya semalam, meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula peraturan itu kerana berpendapat ia akan menghalang pelajar keturunan India daripada mengambil kedua-dua kertas Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil dalam peperiksaan itu.

Mengenai subjek teras yang akan dikeluarkan dan dijadikan mata pelajaran elektif, Alimuddin berkata ia masih terbuka kepada sebarang pandangan daripada pihak lain.

"Kementerian dalam peringkat akhir menambah baik keseluruhan cadangan penstrukturan semula SPM, termasuk dari segi penentuan mata pelajaran teras serta sistem penggredan peperiksaan itu, yang dijangka siap dalam satu atau dua minggu lagi.

"Apabila siap, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat profesional kementerian sebelum dibentangkan kepada Menteri Pelajaran untuk kelulusan dan sekiranya diminta Menteri Pelajaran, nota Kabinet akan turut disediakan," katanya.

Mengulas lanjut, Alimuddin menegaskan langkah mengehadkan pengambilan subjek dalam SPM tidak akan menimbulkan masalah besar kerana berdasarkan statistik, tahun lalu tidak sampai 10 peratus atau kira-kira 38,000 daripada 480,000 calon SPM mengambil lebih 10 mata pelajaran.

Beliau menasihatkan calon tidak membuat pemilihan subjek elektif secara 'caca marba' atau 'bertindih', sebaliknya menumpukan pengambilan mata pelajaran mengikut pengkhususan masing-masing berdasarkan keperluan kelulusan untuk memasuki bidang pengajian tertentu di universiti kelak.

Justeru, katanya, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) amat penting bagi menentukan kecenderungan penguasaan bidang ilmu seseorang pelajar untuk membolehkannya mengkhusus dalam aliran pendidikan berkenaan mulai Tingkatan Empat.

"Kementerian berharap ibu bapa dan pelajar memahami langkah ini (mengehadkan bilangan subjek boleh diambil calon SPM). Antara tujuannya ialah untuk mengelakkan calon mengabaikan aktiviti kokurikulum.

"Apabila mengambil terlalu banyak subjek, mereka tiada masa kerana terpaksa mengikuti tuisyen bagi mata pelajaran elektif yang tidak diajar di sekolah.

"Ada banyak aduan bahawa sistem pendidikan negara ketika ini seolah-olah terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata sedangkan konsep sebenar pendidikan ialah gabungan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai murni bagi melahirkan modal insan cemerlang," katanya.

9 comments:

~~BatuSuci~~ said...

mmg x komfem lagi...tp kalau dh komfem cmne...? kalo skola cm SMIH ni dh ssh nk amik subjek agama disbbkan mnt pada subjek sains...ana takot kalo rmi pelajar kte yg akan drop BAT disbbkan mnt pd aliran sains...

lala~ said...

ana setuju 100 per cent ngan batu suci.. kepade yg post nih fikir dulu~

~~BatuSuci~~ said...

boleh ke subjek teras dikurangkan...? kalau boleh...ape subjek tu...?

~ ZuBaYr AiZaiNi~ said...

Salam semua.. bertenang2, Insya'Allah perkara ni akan diperbincangkan.. tapi baguslah, kita risau dgn masa dpn adik2..(abg&kakak yg prihatin!) apapun SPM kita lg 5bln sminggu, apa khbr persediaan skrg?? Jom tgktkn smgt n usha utk bljr!! berjaya utk sumbang pd ummah!! Allahuakbar!!

http://www.hidayah.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=155&Itemid=1

tmah said...

risau tu tak salah, cuma nak prejudis dan menghukum berdasarkan sesuatu yang belum pasti itu tidak adil namanya.

andainya sudah termaktub, sudah ditetapkan bahawa hanya maksima 10 subjek ditetapkan untuk spm dan hal ini menghalang pelajar aliran agama untuk mengambil subjek-subjek sains, maka barulah adil untuk dibantah.

sementara masih belum ada keputusan yang tetap, maka banyaklah berdoa, usah melenting tak tentu pasal. usah bertindak mengikut hawa nafsu. tuhan kurniakan kita akal untuk bertindak rasional.

wallahualam

~~BatuSuci~~ said...

x kan dh komfem baru nk bantah..tu nasi dah jadi bubur namanya...adoyai...

zAmYaFN said...

salam...ana rase hal nie x pyh r nk dip'besarkn sgt...btul kte tmah...blum konfem lg....apa pun yg akn mendtg(yg bkl konfem nnti) kte serahkn pada Yang Maha Kuasa...nie sume kan rancgnNYA...tatkala kte sibuk m'pertikaikn itu dan ini...menuduh seseorg 2 zalim...jgn sesekali lupa ALLAH yg merancang sume ini..yakinlah apa pun yg akn dtg adlh yg terbaik utk kte sume...krn ALLAH ADALAH SEBAIK2 PERANCANG...wallah'alam..

~~BatuSuci~~ said...

ok...kalau jd bende ni...jgn slhkan org lain...slhkan diri sendiri...bg ana, ana mmg x setuju...

pendapat said...

bismillahirrahmanirrahim,

sudah jd lumrah peraturan manusia, ada kelemahannya.tak sesuai dgn cara hidup manusia.ada kelemahan.berubah-rubah dan tidak tetap. malah, ada yang setuju dan sebaliknya.tapi, ini hakikat kelemahan kita.perlu terima seadanya dan terus berusaha memikirkan cara yang terbaik.

baiklah tentang isu ini. ana difahamkan, terdapat ibu bapa2 juga yang kurang bersetuju dengan cdgn ini.namun,akan diberi peluang kepada ibu bapa utk menyampaikan rasa hati mereka kepada pihak yang bertanggungjawab atas perkara yang dibincangkan ini.

dan,akan terdapat juga mesyuarat kecil sekolah2 yang turut terpanggil dlm isu ini seterusnya disuarakan kpada pihak yang bertanggungjwb.

keputusan muktamad masih belum diputuskan.

ana tahu dan yakin, sebagai seorang remaja yang perihatin terhadap masa hadapan,mereka akan memberi pendapat sendiri serta buah fikiran masing2 yang berwarna warni.yang mungkin antara pendapat2tersebut berbeza dan sebagainya.

Namun,kita perlu terima seadanya dengan berbincang dlm keadaan yang baik dan memikirkan dengan akal rasional.jika semua pendapat manusia itu sama,maka hidup manusia tak akan berubah."monotone".maksudnya hanya satu tone sahaja.semua terima,taat,patuh,tak kisah,buat2 tak tahu dan sebagainya.

dan, kita semua masih perlu perbaiki diri kita terutama: daging yang bernama hati, agar Allah berikan hidayah/penyelesaian terbaik,mantap dan bersesuaian dgn zaman sekarang yang semakin maju dan sibuk.

ameen..wallahua'lam.