Movie ini disarankan oleh yahoogroup ALUMNIsmih Jun 2009.
Menyentuh hati dan lima bintang ;D
Dimulakan dengan
Tuesday, 26 January 2010
movie:BIDAYATULhidayah
Thursday, 21 January 2010
karyaMAJALAHinspirasiSMIH
Monday, 18 January 2010
Dana: Recycle (R2J4)
bismillahirrahmanirrahim
insyallah, kepada sesiapa yg ada
1- kertas
2- surat khabar
3- kotak
4- besi
5- tin minuman@ biskut
dan sebagainya, yg tak digunakan, bolehlah hantar ke sekolah untuk pihak R2J4 recycle.
Duit yang diperoleh ini akan disalurkan ke dana Jawa. Dapatlah juga sumbangkan bantuan kepada mereka. Untuk ikhwah boleh rujuk Izzat atau Zubayr dan akhawat Aishah Alia atau Aisyah.
Semoga usaha yang sedikit ini mendapat redha-Nya.
majalah sekolah
and sape yang bosan2 rase nk lukis or buat sajak untuk batchsebelas or kelas sendiri, amat dialu2kan.
dan juga dialu-alukan untuk semua ahli B11 untuk memberikan cadangan berkenaan tema dan warna majalah kita pada tahun ini..sila beri komen ataupun jika ingin beritahu secara private boleh berhubung dengan Syafiq(ikhwah) dan Fahima(akhawat)
terima kasih atas segala kerjasama. :)
Thursday, 14 January 2010
iltizam:duit kelas
salam.
duit kelas yang lebih tu nak kasi kat sek.
siapa x stuju, sila maklumkan. tq.
bendahari iltizam09
UMMaH SeMaKiN PaRaH..
Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Alhamdulillah..baru sebentar tadi penulis sempat menunaikan solat di masjid dan hari ini di masjid yang berdekatan dengan rumah ini ada kuliah hadis..Semasa duduk-duduk tu tengok keadaan sekeliling dan rasa sedikit kecewa...kenapa saya kecewa tetiba???
Penulis sedikit kecewa kerana sering kali bila hadir ke masjid kebiasaannya kurang yang hadirnya dari kalangan pemuda(syabab) kerana pemuda adalah tiang kebangkitan ummah dan salah satu dari golongan yang akan dinaungi arasy Allah di akhirat kelak
Justeru,masa kuliah hadis ini ada beberapa perkara yang menarik hati penulis...
Ustaz tu cakap antara ciri-ciri wali Allah adalah mereka yang istiqamah dalam amalan fardhu dan sunat..konsep istiqamah yang perlu kita faham adalah setiap hari amal kita bukan sama sahaja tapi setiap hari kita upgrade amal kita walaupun sedikit..itulah maksud sebenar istiqamah..tapi terfikir jugak kita ni kadang-kadang amalan fardhu dan sunat ni banyak sangkut-sangkut..bilalah nak ubah sikap kita ni dan miliki sifat-sifat hamba yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah..
Selain itu,ustaz tu pun cakap dekat dalam sebuah gereja ada satu bilik khas yang berkunci dan tidak boleh dimasuki melainkan paderi mereka yang paling tinggi..bile disingkap rahsia bilik tu sebenarnya menempatkan kitab suci umat Islam iaitu al-Quran..buat apa mereka simpan kitab suci kita tu??semestinya mereka kaji al-Quran untuk hancurkan umat ISlam..hebatkan mereka siap kaji al-Quran lagi(tak payah cite pasal Bible lah)
Tapi lain pula dengan kita umat Islam yang pegangan al-Quran nya entah ke mana..ke jadikan al-Quran tu sebagai perhiasan je dekat rumah..lagilah tak payah cerita pasal Bible atau nak hancurkan musuh Allah..tepuk dada tanya iman wahai saudaraku sekalian..
Selepas itu, ustaz tu pun cakap yang orang yang paling banyak ilmu sekarang ini adalah orang yahudi yang tinggal dekat Iran..kalau nak tahu orang ini ada 17 sijil PHD..fuhh hebat betol manusia ini..kita nak menghabiskan belajar sampai SPM pun macam apa..
Jadinya bilalah umat Islam ini nak bangkit kalau sikap kita masih lagi begini
1)Jauh dari Tuhan sendiri
2)Malas mengkaji perlembagaan dan pegangan yang diiktiraf satu dunia lebih-lebih lagi musuh Allah
3)Tidak cinta akan ilmu bahkan rasa meluat dan bosan bila sebut pasal belajar
Bangkitlah generasi pemuda-pemudi Islam..kita semua adalah harapan ummah untuk memperbaiki keadaan yang makin parah dan mengembalikan semula kegemilangan Islam
Mulailah dengan memperbaiki diri kita semua ke arah yang lebih baik dan perlahan-lahan kita cuba untuk memperbaiki orang di sekeliling kita dan akhirnya akan wujudlah sebuah masyarakat yang benar-benar faham Islam dan menjalani kehidupan berdasarkan manhaj Islam serta sekaligus merampas semula hak kita umat Islam iaitu hak hakimiah Allah yang sudah lama tidak dijalankan di muka bumi Allah
Ingat wahai saudaraku tugas ini(dakwah) adalah tugas kita bersama dan ia merupakan suatu kewajipan kita semua untuk menyedarkan masyarakat kearah mengembalikan manusia kepada mentauhidkan Allah..tiada yang terkecuali..
p/s:minta maaf kepada semua andai bahasa dan gaya penulisan yang digunakan tidak mengikuti syarat-syarat dan kriteria-kriteria sebuah penulisan yang baik
Tuesday, 12 January 2010
BANTUAN DIPERLUKAN
Bismillahi Rahmani Rahimm
Kami memerlukan bantuan dalam proses pembikinan majalah sekolah.
Antaranya ialah :
1. Proses Mengambil Gambar
2. Karya
3. Komik
4. Graphic Designing
Sebarang persoalan atau mahu meng'offer' pertolongan atau ada sebarang cadangan
Sila contact, Ahmad Syafiq bin Yusof (bagi ikhwah) dan Nurul Fahima binti Zulkifli(bagi akhawat)
Friday, 8 January 2010
BloggingDAKWAH
Bismillahirrahmanirrahim.
kempen blog Batchsebelas
|mari BLOGGING untuk dakwah|
"Let us spread Islam"
prasyarat:
.ada blog.
.update dengan tazkirah, cerita, diari seharian yang ber'isi' mengikut kreativiti.
.istiqamah.
[ini kempen tidak berbayar dan tidak perlu bayar.
hanya butuh niat ikhlas.]
dia, dia dan dia (serta ramai lagi) telah menyahut cabaran.
ANDA BILA LAGI?
Wednesday, 6 January 2010
MENULISlildakwah(I)
Bismillahirrahmanirrahim.
Kat sini ana nak kongsikan cara agar penulisan kita sampai kepada masyarakat. Biasanya penulis mapan (yang habat-hebat) takkan beritahu directly macam mana nak hantar, ke mana nak hantar. Keperitan juga masa mula-mula menulis dulu. Kena seksa dengan penulis-penulis, semua nak kena cari sendiri.
Sebelum melangkah jauh, perlulah diingatkan menulis ni mesti ada caranya dan mesti tepat matlamat dan sasarannya.
1. Menulis kerana Allah! Mesti ikhlas. Kalau tak ikhlas, mungkin masalah akan berlaku. Dan dakwah takkan terjamin sampai kepada mereka yang kita sasarkan, kalau tak ikhlas.
2. Sasarkan kepada semua! Tapi boleh juga spesifikkan contoh: remaja yang bermasalah, golongan korporat yang terlalu duniawi, remaja yang berkonflik dalam keluarga dll.
3. Caranya: Istiqamah menulis dan terus-menerus mengasah kebolehan. (Paling payah. Lagi-lagi kalau sibuk belajar, kemahiran boleh tumpul)
Nak hantar karya (cerpen, sajak, puisi, gurindam, drama)
Cerpen sesuai di: Mingguan Malaysia, Berita Harian, Dewan Siswa, E@Siswa, Anis, Asuh
Sajak, puisi, gurindam sesuai di: Mingguan Malaysia, Berita Harian, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Solusi
Drama sesuai di: Tunas Cipta
Mingguan | Email ke Labuan02[at]yahoo[dot]com |
Berita Harian (Sabtu) | Email ke Bhsastera[at]nstp[dot]com |
Dewan Siswa | Borang dan alamat ada dalam majalah |
Tunas Cipta | Borang dan alamat ada dalam majalah |
E@Siswa | Alamat dalam majalah |
Majalah Solusi | E-mail ke Majalahsolusi[at]gmail[dot]com |
Anis, Asuh | Alamat dalam majalah |
Perlu diingatkan, untuk hantar melalui e-mail, sertakan sekali surat rasmi yang berisi biodata (nama, nama pena, tajuk karya, tarikh lahir, no. kad pengenalan, no. telefon)
------
Maaf kalau ruangan menulis ni menyemak di blog batch tapi bila lagi nak ajar angkatan rijal & nisa' macam kita ni menulis kan? Ana tahu dalam diri kita ni ada saja buah fikiran yang nak disampaikan, cuma tak tahu ke mana dan bila saja. Think again, writing is also a way to spread Islam. Takkan nak sia-siakan kot?
Bukan ke kita semua pernah dengar bahawasanya:
Antum antunna boleh rujuk http://karyawanluarnegara.com, http://ms.langitilahi.com dan http://esastera.com untuk memantapkan diri.
Setiap usaha kita, pasti ada pahalanya yang Allah agihkan untuk kita,
walaupun apa yang kita nak, tak dapat dikecapi.
P.s: Ana nak sangat ikhwah batchsebelas seperti tamim, ishraf, syafiq, ammar roslan (main tembak saja nama yang ana rasa suka menulis) dan lain-lain serta akhawat seperti fathimah, rufaidah, farah farhanah (pun tembak saja, sekadar menyebut bebarapa nama) untuk terus gilapkan potensi. Ana pun sama. Dah lama sangat SPM, tumpul sebentar penaku. Ya, menulis perlukan kemahiran bahasa dan menulis plus, istiQamah.
Sekian, yang ingin berkongsi (i'm as-syakirah)
Ya ALLAH.....
Tuhan,
Kau Maha Agung
Hamba ini lemah lagi hina
Sering bergelumang dengan dosa
Kasih sayangMu sangat luas
Hingga hamba bisa menikmati segalanya
Namun sedikit sekali ku bersyukur
Tuhan
Ku tidak mampu menghadapi dunia ini
Begitu berat ujian yang menimpa
Begitu mencabar iman ini diuji
Begitu kuat Kau mendugai hamba
Semakin hampir ku padaMu
Semakin sukar untuk ku lalui jalan ini
Semakin kuat Kau menagih kasih hamba
Semakin mengganas syaitan durjana
merobek satu-persatu perisai iman
Sehingga hampir ku rasakan
diri ini hanyut dengan dunia
leka dan lalai dengan keseronokan dunia
Tuhan
Bantulah hambamu kembali kepadaMu
Kembali ke pangkal jalan
Kembali mendaulatkan syariatMu
Kembali menjunjung sunnah Rasulullah
Berilahku kekuatan untuk hadapi semua ini
Terlalu kuat untukku hadapinya sendirian
Tanpa RahmatMu siapalah hamba ini
Ku bersyukur ya Tuhan
Kerana diberi kesedaran
Kerana diketuk pintu hati ini
Untuk segera kembali kepadaMu
Tetapkanlah hati hambaMu ini
Oh Tuhan...