Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Monday, 16 July 2007

Nikmat

Assalamu'alaykum!

Nikmat. Apa tu nikmat? Nikmat tu takkanlah tak tau apa... Hehe... Alkisahnya... Ana nak cerita sikit pasal nikmat yang Allah bagi kat kita nih.

Tadi lepas solat Maghrib, ana tengok berita dengan family ana. Tengok sekejap je. Tak ingat pun cerita apa pun masa berita tu, sedar-sedar dah terlelap. Kueng3x. Biasalah tu. Sampai rumah pukul 7 sebab balik lambat hari ni. Saje. Heheh... Sampai rumah penatlah katakan...

Lepas dah terlelap tu ana terbangun, masuk bilik. Alamak tak solat 'Isya' lagi. Masa tu ngantuk sangat-sangat. Ana tak ingat apa jadi, terlelap lagi atas katil yang empuk. Ahaks! Nikmat katil nih susah nak tolak.

Ha, tengah sedap-sedap melayar alam ciptaan di minda, tetiba rasa panas, gatal kena gigit nyamuk. Buka mata macam takde beza dengan tutup mata. Gelap sangat. Eh macam apelah pulak. Blackout.

Ana tak tahu pukul berapa, sebab ana tak nampak. Ana tak jumpa torchlight ana. Mana entah. Dah lupa kat mana. Atas meja kut. Selama berapa jam entah, ana tidur macam tak tidur. Ana ingat dah pukul 2 ke, pukul 3 ke, tak pun pukul 4. Tapi ana dengar bunyi-bunyi suara orang. Ayah ana tengah usrah, dalam gelap. Mesti belum lebih pukul 12.

Ya Allah. Seksa sangat masa tu. Dahlah gelap, panas, nyamuk gigit. Gatei. Haisy. Ana tunggu je, bilalah nak sambung balik elektrik nih. Sementara tunggu tu adalah terlelap jugak, ana mimpi pelik-pelik. Takut sangat. Tapi dah tak ingat mimpi apa. Hahaha!

Tiba-tiba, muncul cahaya terang benderang. Bunyi kipas berputar. AlhamduliLLah!!! Terima kasih tuhan, kerana mengurniakan nikmat yang telah kau tarik sebentar. Ana tengok jam, baru nak pukul 11. Ceh. Sekejap je rupanya blackout. Tapi penangannya hebat.

Kadang-kadang, kita tak sedar. Besar sangat nikmat yang Allah bagi kat kita hari-hari. Kita tak rasa. Kita buat dek je. Allah bagi kita kesihatan yang baik, harta yang cukup, rumah yang selesa, ibu bapa yang penyayang, yang care, banyak sangat! Tak tertulis dek pena yang berdakwatkan tujuh lautan sekalipun.

Baru blackout sekejap dah tak tentu arah. Adalah dalam 3 - 4 jam. Dalam sehari ada 24 jam. Allah baru tarik nikmat elektrik 1/6 hari daripada hidup ana hari ni. Cuba bandingkan dengan nikmat yang Allah bagi. Ya Allah, banyaknya nikmat cuma tak sedar je.

Jadi kesimpulannya, kita kenalah belajar untuk bersyukur dan jangan complain. Taraa!

Salam ukhwah!

3 comments:

alifah said...

betol2
marilah kita same2 bersyukur atas nikmat yang diberikan....
jgn slalu sgt comment ye
banat batch 11....

safiahkd said...

knape jgn slalu sgt komen? (xpaham..)

tmah said...

Ipah: Ya! Betui!

Piah: Maksud die tuh, jangan slalu complain. Lalala~