Assalamu'alaykum!
Apa khabar semua? Ana harap semua sihat je. Tujuan ana tulis post ni untuk bukak topik baru. Nak tutup pasal qiam. OK.
Memandangkan sekarang ni musim demam, flu, batuk dan sebagainya, ana nak kongsi sikit kat sini. Apa tu sebenarnya flu?
Menurut website ni,
http://www.kidshealth.org/kid/ill_injure/sick/flu.html
FLU
Nama lain bagi flu ialah influenza. Flu ni satu infection yang menyebabkan demam, kesejukan, batuk, lenguh2 badan, pening kepala, dan kadang2 sakit telinga dan masalah resdung.
Flu biasa hilang dalam seminggu atau dua. (Lamanya!!!). Tapi bagi sesetengah orang, flu boleh menyebabkan mereka sangat sakit. Kumpulan tersebut ialah:
- kanak2 bawah 5 tahun
- orang tua 65 tahun keatas
- orang dewasa dan kanak2 yang ada masalah kesihatan seperti diabetis dan asthma.\
Macam mana flu tersebar?
Virus ni tersebar dalam bentuk titisan halus dari mulut dan hidung sesorang yang dah dijangkiti bila dia bersin, batuk atau mungkin, ketawa!! Anda boleh dapat virus ni bila anda menghidu titisan halus tu. Selain tu, anda boleh dijangkiti bila titisan2 tu kena pada tangan anda, kemudian and menyentuh hidung atau mulut anda. Sebab tu bila bersin atau batuk, tutup mulut! :P
Selain daripada tu, amalkan basuh tangan sekerap mungkin. Jauhkan tangan anda daripada muka.Tapi, kalau dapat jugak virus ni?
Ni nasihat dia:- Rehat secukupnya.
- Minum banyak cecair. Air kosong ke air sirap ke, 100 plus pun boleh.
- Makan ubat.
- Bagitau parents kalau dah rasa teruk sangat. Muscle sakit sangat ke, rasa pening sangat...
No comments:
Post a Comment