Assalamualaikum..
dah lmer x post kt cnyh...post kali nyh ana nk kenalkn satu konsep baru n klau boleh diamalkn oleh form kita ni yep! konsep tuh ialah "Give and Take"...kan org kter LOVE is give and take, tp ambil perhatian! bukan give and take pakwe makwe tuh, ini give and take nasihat. Maksudnya kt cnyh, kita beri nasihat (give) dan terima nasihat (take), n one more thing, bkn cuma take sahaja, malah praktikknnya. Tujuan nya ialah supaya kita saling nasihat menasihati antara satu sama lain di samping dpt bersatu padu sesama form esp antara banin ngn banat. Tak perlu ana mention sper kt cnyh, ana pnh nasihat dye, dye blas blk "anta sper nk nasihat ana? anta ingt anta da bgus sgt nk nasihat ana?" (contoh shaja), jadik lebey baik kita terima nasihat org dan praktikkannya...btowl x?
Ekceli konsep ini diamalkan oleh form ana mase skul kt SMAKJ (pomot skul) dlu..n Alhamdulillah, perpaduan kami especially antara banin ngn banat mmg sepakat dan sebulat suara dlm apa jua keputusan. So ana harap antum sumer boleh mengamalkn konsep ini. Saje post kt cnyh, sbb nyer ana pnh utara kn bnde nyh lepas post mortem MABIT form kiter, tp nmpknyer, x bwat pape pon an...
Dimulakan dengan
Wednesday, 30 April 2008
Give And Take
Friday, 25 April 2008
Islah n Da'wah
Bismillahirrahmanirrahim.
Hmm, ana nak minta pendapat.
Macam mana kan, kalau seseorang ni, dia susah nak menegur dengan baik.
Dalam erti kata lain, dia tak ada 'tangan' untuk mencegah atau mengislahkan sesuatu. Dia tak ada kuasa.
Dalam masa yang sama juga, dia rasa dia tak ada 'lisan' yang dapat meluahkan apa yang sebenarnya. Takut keadaan bertambah buruk.
Tapi... kalau dah dua-dua tadi tu tak boleh dia guna, dia rasa dia masih ada upaya untuk mengubah sebelum dia perlu ke peringkat terakhir dalam mencegah kemungkaran - dengan hati.
Maka, dia rasa dia boleh dan berupaya menegur secara bertulis dan berkarya.
Tapi...
Dia rasa apa yang dia tulis susah nak sampai kepada hati orang lain. Susah sangat.
Walaupun bahasa dia mudah sungguh. Dia rasa dia tak mampu.
Salah siapa?
Dia dah berusaha dah tapi tak berhasil.
Menduga, memikir dan mengetuk hati sendiri sebab butuhkan jawapan yang super pasti.
Apa pandangan antum?
Apa cara yang terbaik bagi si dia ini? Antum kan geliga. Bijaksana lagi tu. Kan?
Jkkk. Salam Ukhuwwah.
P.s: Ya ya ya... Saya tak berani janji. Tunggu sajalah.
Monday, 21 April 2008
ApA iTU sKeMa DaN aPa iTu AliM??
Skema itukan benda baik....jadi kenapa nak takut???
Kenapa ya kita takut sangat orang gelarkan diri kita "skema"@"alim"? Sedangkan bukankah skema dan alim itu satu perkara yang baik....?
Ada yang sampai takut nak solat dhuha,puasa sunat.tolong guru n sebagainya sebab dia takut orang cakap dia ni baik sangat @ nak tunjuk alim konon..
Apa dah jadi dengan dunia hidayah?mereka kenal tarbiah tapi buat2 x kenal...sampai bila fenomena ini akan terus berlaku?dah lah tak mahu solat dhuha lepas tu buat bising dekat musolla mengganggu orang yg tengah solat....
Sedarlah wahai saudaraku dunia ini tidak lama?suddah banyakkah amal soleh kita hendak bertemu dengan Allah? Andai nyawa kita ditarik adakah kita sudah cukup bersedia untuk bertemu dengaNya?
Ayuhlah!!!! sahabatku apapun yg kita lakukan....UTAMAKANLAH KERANA ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA.....Jadi.....
-bila nampak musolla ramai2 lah kita mengimarahkannya dengan solat dhuha bukannya berbual kosong
-bila kita nampak sampah kutiplah....
-bila nampak guru angkat barang, tolonglah....
-bila nampak orang lakukan kesalahan, tegurlah dengan bijaksana...
-bila guru beri homework, siapkanlah....
Kaukah yang Tidak Mengerti? (I)
Rintihan kecil sang mujahidah yang tetap tidak mahu mengalah.
Seorang sahibah berkongsikan khibrah jadidah. Allahu a'lam.
Moga tinta tangan kecil ini dapat dijadikan muhasabah mufidah.
Sungguh
aku jadi malu duhai adam
kerana aku adalah seorang hawa
yang bisa kau tepis hati kecilnya
dengan senyummu yang sinis
dengan tawamu yang melukakan
sedang diriku manusia sepertimu
Akukah yang pesimis
atau inikah rupanya cubaan?
Untuk aku hawa ini optismis
dari mula hingga akhirnya...
Aku memilih untuk optimis
tetap aku dalam pesimis
barangkali adam, kau
tidak mengerti
Aku tahu
tidak semua manusia sama
namun, kesebalanku yang memuncak
egoismu yang mengikis kemanusiaan
Aku tetap mahu memungkinkan
agar segalanya berhasil
walau dalam kepayahan
lalu untuk itu kutepis segalanya
yang kau perbuat
hingga bisa meruntun hati kecilku
lalu berjujuhan mutiara sakti
Mungkin akulah yang tiada apa
aku yang serba serbi tidak sempurna
aku hanya tahu menjadi diriku
melakukan semuanya semampuku...
namun, Tuhan itu jua Maha Tahu.
Sememangnya
akulah hawa yang selalu tersenyum
tetapi
aku tahu rasanya
bila menjadi manusia
apatah lagi menjadi hawa
Dan aku, hawa, sangat tahu
bila untuk menangisi hari bahagia
malu pada ruang sempadannya
Kaukah yang tidak mengerti duhai adam?
Tuesday, 15 April 2008
Ana nak merepek, boleh?
Hmm....
Shoutbox.
Shoutbox nih satu medium komunikasi dan unsur tarikan dalam blog. Keadaan di shoutbox mempamerkan identiti pembaca blog. Shoutbox tu jalan pintas untuk melontarkan komen, sebab tak payah nak klik dan tunggu untuk memberi komen.
Tapi sebab mudah sangat langkah2 untuk menghantar mesej melalui shoutbox, sebab tak perlu login, kemudahan ini pun disalah guna selalunya... Sebenarnya tak kisah pun nak cakap apa kat shoutbox, asalkan: yang pertama, kita menggunakan bahasa yang sopan, kedua: tak menyentuh isu sensitif (politik, perkauman) dan yang ketiga, menepati kandungan blog.
Ha, yang ketiga nih susah sikit. Kadang-kadang kita rasa macam ok je kalau kita merepek merapu kat shoutbox tuh. Ana rasa pun tak kisah sangat pun sebab banin kalau bersembang kat situ dengan banin je, banat dengan banat je. Kalau ada pun secara umum, untuk bertanya perkara penting je. Ana tahu semua orang dah pandai jaga benda basic ni. Kan?
Walaupun kalau diikutkan, pergaulan di shoutbox kite tu macam tak salah dari segi syara', tapi ada perkara yang perlu kita ambil perhatian.
Pertama, dengan terang, jelas dan nyata kita menyatakan bahawa kita adalah pelajar ISLAM. Jadi adab dan pergaulan Islam perlu dijaga. Bahasa kita, topik yang dibincangkan, gurauan kenalah berpada-pada, jangan over sangat. Walaupun dari segi logik akal kadang-kadang rasa macam tak salah tapi bukan ke nabi dah pesan, kalau dah takde benda baik nak cakap, diam itu lebih baik. (ok, bahasa dimudahkan sebab tak ingat hadith asal...) Hmm... Ok?
Kedua, kita membawa imej sekolah kita. Ya, dengan idzharnya kita telah mengaku bahawa kita adalah pelajar SMIH. Jadi, setiap yang kita lakukan diperhati dari seluruh pelusuk dunia. Mana kita tahu siapa yang memerhati blog kita, jadi pebagai inferens telah dibuat tentang sekolah kita berdasarkan observation awal di blog kita. Taknaklah first impression orang lain tentang sekolah kita diburukkan dengan sikap kita di sini. Tak moleklah.
Ketiga, menghindari fitnah dan dosa lain. Manusia, berbeza persepsi yang menghasilkan jutaan reaksi. Pandangan kita tak semestinya dipersetujui oleh orang lain. Selalunya orang nampak kesalahan kita, dan cepat-cepat menuding jari ke arah kita. Bila timbul fitnah, banyak dosa lain boleh timbul. Kalau kita buat salah, merepek melampau2, mesti kesalahan kita akan diungkit2 dan disebut2 oleh sesetengah golongan yang memerhati, senang kata, orang akan mengumpat kitalah...
Bila kita tahu orang mengumpat kita, kita pulak tak puas hati... Nak cari gaduh dgn golongan tu. Tapi cuba kita kembali kepada punca masalah ni. Siapa yang mula-mula timbulkan fitnah? Kita kan? Dosa-dosa akibat perkara yang kita timbulkan kita sendiri yang menanggung... Huhuu....
Ana harap semua faham apa yang ana cuba sampaikan ni. Yang baik itu datang dari Allah, segala kekurangan tu drpd ana sndr... WaLlahua'lam...
Saturday, 12 April 2008
PeTaNdA iNsAn RaBbAnI
“ Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” ( Al – Asr :1-3 )
PETANDA INSAN RABBANI
1. Dalam keadaan senang saya bersyukur.
2. Bila dalam kesusahan saya bersabar.
3. Bila berasa takut saya bergantung kepada Allah
4. Bila saya difitnah saya berpegang dengan keimanan kepada Allah
5. Bila saya menghadapi musuh saya berazam untuk berjihad.
6. Bila dalam keadaan resah,saya akan redha dengan ketentuan Allah,mengharapkan
pertolongan dan pahala dari-Nya.
7. Dalam menghadapi hasutan syaitan,saya akan berkata, “ Aku berlindung dengan Allah dari
syaitan yang direjam.”
8. Dalam menghadapi orang yang berbuat buruk pada saya,saya akan membalasnya dengan
kebaikan.
9. Bila berdepan dengan orang jahil,saya akan berkata, “selamatlah”Bila berdepan dengan
dukacita,saya akan ingat kembali perbuatan saya
Suatu renungan untuk kita semua.....
Adakah kita ada ciri2 diatas?
Separuh atau semua?
Kalau tak de apa tindakan kita untuk memperbaikinya?
Sampai bila kita mahu berada di takuk yg lama?
Bila kita mahu berubah?
Susah ke nak berubah?
Jikalau begitu sampai bile kita nak biarkan syaitan menguasai kita?
Fikir-fikirkanlah bersama agar diri kita tidak hanyut dengan kehidupan dunia yang sementara ini dan jangan sampai dunia masuk dalam hati kita.Kalau dah masuk memang susah nak diubati.Harap kita sume sedar tentang tipu daya syaitan dan dunia yang melekakan ini.Bersederhanalah dengan kehidupan dunia dan bersedialah untuk membuat bekal yang sebanyak-banyaknya untuk kehidupan akhirat yang kekal dan penuh nikmat
SALAM MUJAHADAH!!
Friday, 11 April 2008
Choral Speaking
Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikum..
Ana nak kongsi sikit cerita kami 20 banat form 4 yang pergi ke melaka untuk choral speaking. Harap tiada siapa yang marah atau timbulkan apa2 yang tidak menyenangkan mengenai post ini. Sekadar nak share..
Warning : Post ni agak panjang. Kalau nak terus skip ke perenggan terakhir dialu-alukan..
Hurm.. nak start dari mane ye?
Ana start dari mule mule mule punye..
20 banat form4 dan 10 banin form 2 telah terpilih untuk masuk choral speaking ni..
Bila dapat masuk tu, rasa semangat je walaupun tak tahu pun ape maksud choral speaking tu yang sebenarnye.. Bile dah beberape hari baru ustzh explained, choral speaking tu kite baca text ramai2.. lebih kurang macam tula maksud die. Tak reti nak explain lebih2. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk kamus.
Oh and by the way, its Choral Speaking, not ChoruS Speaking..
Mula-mula, kami dapat teks pasal little birdie. Lepas tu tukar teks tajuk die 'Manners'. Text manners ni interesting jugakla.. Tapi malangnya teks tu pendek sangat, jadi guna Fahima punya teks masa die masuk choral speaking mase sekolah rendah. Jadi, sebab Fahima dah hafal teks tuh, die kene jadik conducter.
Kene hafal teks tuh dalam masa tak sampai seminggu. Dahla panjang. Rasa macam takde harapan je nak hafal teks panjang macam tu. Tapi bila dah lebih kurang tiga hari berlatih, ulang teks yang sama je, terhafal pulak teks tuh.
Bila semua orang macam dah hafal teks tu, baru kami mula fikir tentang gaya.
Mula-mula, memang kaku sangatlah kami punye choral speaking. Membebel-bebel je, boring. Tapi dengan bantuan ustazah-ustazah, dapatlah buat gaya, intonasi dan ekspresi yang best-best sikit. Berlatih gaya, intonasi sume2 tuh dalam masa due hari rasenye, lepas tu kene present kat ustzh Kamaliah.
Ustzh Kamaliah kate kami punye choral speaking masih sangat kaku.
So lepas habis present tu, ustzh banyak bagi idea2 untuk gaya dan intonasi baru. Masa tu hari jumaat. Dua hari sebelum ihtifal. Petang Jumaat, kami berlatih dengan semua gaya baru, intonasi baru, tukar-tukar line nak kene baca. Tapi petang tu berlatih sekejap sangat. Tak sempat.
Masa raptai, hancur sikit sebab baru nak hafal gaya-gaya tuh. Banyak kali lupa teks, lupa nak angkat tanganlah, lupa intonasilah, macam2lah lupe. Masa tu macam tension sangat sebab semua dah penat, suara pun serak-serak. Semua tension. Tapi bila habis raptai, semua balik dan relaks kat rumah. Masa ihtifal tu kami buat dengan sangat sungguh-sungguh tapi masa tuh tak tau kenape, macam nervous sangat. Terlupa line nak kene baca, tersalah line, dan sebagainya. Tapi perfomance masa ihtifal tu ok jugaklah.
Habis ihtifal, kami buat banyak jugak perubahan gaya dan sound effect. Buat banyak perubahan untuk competition. Masa seminggu je nak berlatih. Dahlah mase petang je. So, hari khamis dan jumaat kami kene berlatih sampai pukul 10 malam. Time ni, strepsils amatlah diperlukan. Dahlah selesema teruk, lepas tu sakit tekak, batuk2. Suara macam segan nak keluar je. Tapi, tetap jerit jugak. Nasib baik air asam jawa disediakan. Sedap jugak air asam tuh.
Hari Sabtu, 5 April 2008.
Pagi-pagi, tak rasa apa-apa. Risau pasal suara dan tekak je masa tu.
Naik bas, sarapan dalam bas. Sarapan pagi tu sedap, mungkin sebab makcik kantin tuh nak habiskan stok makanan sebab budak asrama semua balik kampung.
Sampai-sampai Kolej Yayasan Saad, baru rasa berdebar-debar sikit.
Keluar bas je, rase agak kagum dengan sekolah tu sebab besar sangat. Kami disambut oleh pengawas sekolah tu yang pakai blazer di tengah hari yang panas.
Kami dibawa ke dewan KYS, pastu diberi masa berlatih jap nak naik turun pentas. Masa naik pentas tu, orang cina kat dewan tuh gelakkan kami sebab mungkin pelik tengok pakaian kami. Geram jugakla dengan orang cina tu sebab uniform diorang pun bukannye lawa sangat pun. Lepas tu kami dibawa ke satu kelas untuk berlatih lagi. Masa ni semua senyap je sebab nervous.
Kami dapat turn buat persembahan yang ke 4.
Sebelum kami ialah Kolej Yayasan Saad. Persembahan mereka memang amat gempaklah. Lawa sangat dan menarik perhatian. Memang patut dapat first.
Bila kami naik pentas je, audience dah buat muke boring. Geram jugakla masa tuh.
Masa baru je start, tibe-tibe terdengar ade orang cina yang jerit "BORING!!".. Masa tu rasa macam nak nangis tapi tahan je. Genggam tangan kuat2 sebab tangan letak kat belakang. Geram sangat dengan orang tu. Nak kata diorang punye perfomance best sangat, tak jugak. Boring jugak. (hehe) Tapi lepas beberape lame sikit, baru dapat response yang agak baik jugakla dari semua orang. Mungkin sebab skrip tuh lawak kot.
Bila turun pentas, semua buat muka bahagia. Rasa gembira sangat sebab kami dah buat yang terbaik sekali. Sebelum umumkan pemenang, ada persembahan dari sekolah ape ntah, mereka menari2 atas pentas ikut rentak lagu shrek ngan lindsay lohan.. Bile die baru start tu, semua tergamam je tengok orang kat atas pentas tu. Dahla kelakar. Tapi sedih jugak bile tengok sebab tau mereka semua tu Islam dan most of the girls pakai tudung. Rase macam memalukanla.. Bila die umumkan pemenang, kami macam tak expect sangat nak menang sebab kami tahu kemampuan kami. So, semua happy je mase tuh. Cuma ustzh2 nampak macam frust. Tapi mungkin mase tuh ustzh penat. Lepas tuh kami dibawa ke dewan makan. Makan nasi ayam, epal n dapat air mineral yang sangat susah nak bukak penutupnya. Lepas makan, ade sikit sesi penggambaran choral speakers. Sempat jugak nak ambil gambar pengiring kami.
Lepas tu, berhenti solat kat masjid then shopping kat jusco melaka. Masa kat jusco, semua beli minumam berais. yelah, dah berpantang 2 minggu tak minum ais. lama jugakla shopping kat jusco tu. best.. ;D
Kami sampai sekolah masa Maghrib.
Kami nak minta maaf pada semua kalau kami dah menghampakan semua.. Kami dah buat yang terbaik dan sungguh-sungguh tapi Allah yang menentukan segalanya..
Pengalaman masuk choral speaking competitton nih memamg sangat menariklah. Seronok sangat walaupun penat menjerit2 dan ulang teks yang sama setiap hari.
Sampai sekarang, setiap masa mesti tercakap teks choral speaking. Sampai orang sekeliling ana sume boleh hafal teks tuh sebab tiap2 hari ulang mende same.. Dah macam terlekat kat otak n lidah teks tuh. Kadang-kadang, masa belajar, bile boring sikit nanti mulelah baca teks tuh. There are two people in this world whom we cherish the most....... :D
p/s: kepada 4 imtithal, jangan lupe siapkan homework yang amat banyak ter list kat whiteboard belakang kelas tu!
Tuesday, 8 April 2008
percayalah Allah menyayangimu!
Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)
Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,"Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar."
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’,
“Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”
Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,
“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”
Saya pernah terdengar, apabila kita berdo'a sebenarnya do'a itulah yang menyelamatkan kita daripada bermacam2 bencana dan musibah yang akan datang kepada kita. dan do'a yg kita mohonkan itulah yang akan bertarung dengan musibah yang akan datang kepada kita di langit sana. kerana itulah dikatakan doa senjata mukmin. Jadi perbanyakkanlah berdoa' kerana itulah pergantungan kita pada-Nya
wa akhiron, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang, InsyaAllah..
Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang. ~Ameen~
Fitna
Nota: Ana repost sebab macam takde orang baca.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan penerbitan filem yang bertajuk 'Fitna' oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders. Filem ini dikatakan menghina Al-Quran dengan menyelitkan ayat suci al-quran yang bertujuan menghina al-Quran.
Umat Islam serata dunia bangkit dan melakukan tunjuk perasaan dengan bertindak memulakan kempen memboikot barangan Belanda seperti Dutch Lady dan sebagainya. Namun berbaloikah usaha memulaukan barangan Belanda hanya kerana tindakan seorang, SEORANG sahaja daripada seluruh warga Belanda? Wajarkah kita melumpuhkan ekonomi penduduk Belanda, yang mana penduduknya yang beragama Islam melebihi jumlah penduduk beragama Katolik? Tidak zalimkah kita, bertindak melulu tanpa pengetahuan dan maklumat?
Ustaz Hasrizal mengulas tentang topik ini di blog beliau, coretan beliau seperti berikut:
Fitnah Filem Fitna!
Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.
Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.
Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?
Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!
Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:
On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.
The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.
The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.
We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.
Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.
We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.
The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ [www.government.nl]
REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA
Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.
Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.
Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.
Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.
ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.
Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.
PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH
Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.
Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.
Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.
Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.
ASAS PERTIKAIAN
Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.
Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan amaran Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.
Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.
Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?
REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH
Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.
Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”
Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.
Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.
Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
UPDATE (02/04/2008):
JIKA ADA DI KALANGAN ANDA YANG MENYENARAIKAN BARANGAN DUTCH LADY UNTUK DIBOIKOT, ANDA MUNGKIN PERLU MENJUSTIFIKASIKAN TINDAKAN ITU DENGAN KENYATAAN RASMI YANG DIBUAT OLEH TAN SRI KAMARUL ARIFFIN MOHD YASSIN, PENGERUSI DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD:
Klik di sini untuk membaca teks penuh.Saya sinopsiskan sebagai berikut:
Dutch Lady membantah perbuatan Geert Wilders sebagaimana kerajaan Belanda juga. Dutch Lady sudah berada di pasaran semenjak 50 tahun yang lalu. Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia Dutch Lady juga mempunyai 660 kakitangan rakyat tempatan. Produk Dutch Lady dihasilkan di kilangnya di Petaling Jaya.
Maka, sejauh manakah tindakan anda memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada Geert Wilders atau sesiapa sahaja di Belanda yang anda nak hukum? Saya khuatir, perbuatan boikot konteks kes Belanda ini, adalah suatu KEZALIMAN!
Kepada semua pelajar 4 Ittihad,
sila hantar informasi kelas paling last pada hari Rabu bersamaan dgn 9 April 2008
FYI, pelajar banin da antar cket da,
pelajar banat bila plak?
da braper kali dateline da,
tp semua x hantar2...
ingt!
last hanya hari Rabu dan tiada last lagi selepas itu..
sekian~
p/s: ni tugas Daeng snanyer, ana lak yg kne bwat..haishhh!
Monday, 7 April 2008
Boikot Produk Belanda
Berikut merupakan senarai barangan dan produk Belanda/Dutch
1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain
MeNyInGkAp KeAjAiBaN tAhAjUd
BILA disebut solat tahajud, pasti yang tergambar di minda kita ialah hikmah dan manfaat yang diperoleh hasil daripada pengamalan ibadat sunat tersebut.
Firman Allah SWT: Orang yang solat tahajud akan memperoleh bermacam-macam nikmat yang menyejukkan pandangan mata (as-Sajdah: 16 hingga 17), tutur kata yang berkesan, mantap dan berkualiti, qaulan tsaqila (al-Muzzammil: 5).
Manakala dalam surah al-Israk ayat 79 menjelaskan pengamalnya memperoleh tempat yang terpuji, maqaman mahmudah, baik di dunia mahupun di akhirat dan di sisi Allah.
“Selain itu, bersolat tahajud juga dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.” (riwayat al-Tirmizi)
Dalam hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa solat tahajud itu memiliki manfaat praktis, baik dari segi keagamaan mahupun dari sudut kesihatan.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa solat tahajud ini dapat menjaga homeostasis tubuh. Ini bererti Allah mensyariatkan solat tahajud dan supaya dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan bukan untuk kepentingan Allah semata-mata tetapi demi kepentingan yang menjalankan itu sendiri.
Hal ini dijelaskan dalam surah al-Jasiyah ayat 15 yang bermaksud: Sesiapa yang menjalankan amal soleh, maka itu adalah untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri...
Lantaran itu, penerbitan buku berjudul, Terapi Solat Tahajud-Mukjizat Penyembuh Penyakit oleh PTS Millennia akan mengetengahkan penemuan-penemuan saintifik melalui kaedah psikoneuroimunologi mengenai kuasa penyembuhan yang dihasilkan melalui solat tahajud, teknik dan panduan bagi mewujudkan kuasa penyembuhan dalam solat tahajud yang kita lakukan serta bukti dan fakta-fakta benar yang dapat meningkatkan keyakinan mengenai mukjizat solat tahajud.
Keterangan ini sekali gus membuktikan solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan kekuatan dalaman manusia bahkan ia berupaya meningkatkan kesihatan tubuh dengan menguatkan sistem imunisasi. Bahkan mereka yang menderita sakit-sakit kronik juga mempunyai peluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud.
Sedikit mengenai penulisnya, Dr. Mohammad Salleh adalah pengasas klinik terapi solat tahajud yang terletak di Masjid al-Akbar, Surabaya, Indonesia. Ramai orang yang mendapat manfaat dari klinik ini dan terbukti, ramai yang semakin sihat serta bertambah kekuatan rohaniah.
Justeru, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini dan miliki buku Terapi Solat Tahajud-Mukjizat Penyembuh Penyakit untuk anda menjadi antara individu yang memanfaatkan mukjizat ini dan sentiasa gunakan nikmat tahajud ini dfengan sebaik mungkin...
Sunday, 6 April 2008
Jaulah Tarbawi ke Indonesia
Pengenalan
Jaulah Tarbawi adalah satu perjalanan khas buat mereka yang inginkan sebuah kelainan. Perjalanan ini bertujuan mendidik diri secara alami, untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta, untuk berukhuwwah sesama insan dan untuk membuka minda terhadap budaya yang lain dari budaya di Malaysia.
Jaulah Tarbawi adalah satu perjalanan selama lima hari. Di mana pada setiap hari diselitkan aktiviti yang bermakna buat Sang Musafir yang mengikuti perjalanan ini.
Sifat perjalanan yang santai adalah demi membuka ruang dan peluang buat Sang Musafir untuk bersilaturrahmi bersama dengan Musafir lainnya serta untuk bertafakur tentang keindahan alam ciptaan ilahi.Pengalaman yang bakal dilalui bermula dari kesibukan Jakarta melalui Bandung terus menuju ke ketenangan desa di sekitar Garut.
Jadual Perjalanan Tentatif
Perjalanan akan mengambil sekitar 3 hari dan 4 malam, dan perjalanannya bermula dari malam 25 Mei hingga ke pagi 29 Mei 2008.
Perincian perjalanan adalah seperti berikut:
Ahad, 25 Mei 2008
Bertolak ke Jakarta (malam).
Bermalam di Pondok Gede, Tuan Rumah; Pak Sono.
Isnin, 26 Mei 2008
Bertolak ke Giri Harja.
Bermalam di rumah penduduk tempatan secara “homestay”.
Aktiviti hari ini:
* Kuliah Subuh di Rumah Pak Sono.
* Lawatan ke Industri Rumah tempatan.
* Lawatan ke Bandung (tumpuan pembelian buku).
* Pertunjukan Budaya.
Selasa, 27 Mei 2008
Bertolak ke Garut.
Bermalam di rumah penduduk tempatan secara “homestay”.
Aktiviti hari ini:
* Ke Cipanas (sumber air panas).
* Rehlah mendaki Gunung Gede.
Rabu, 28 Mei 2008
Pulang ke Jakarta.
Pulang ke Malaysia.
Anggaran Kos
Antara RM500-700.
Sasaran Peserta
36 orang.
Berminat?
Peluang untuk mengikuti Jaula Tarbawi dibuka sekarang!
Harga antara RM500-700.
Tempah tempat anda sekarang, lebih awal lebih murah.
- ‘Umayr (013-2780941)
- Pak Uteh (012-7126994)
Atau emailkan kepada [ hidef.grp@gmail.com ] dengan tajuk “Jaula Tarbawi”.
Haram...
Assalamu'alaykum w.b.t,
How's everyone? Fine?Alhamdulillah, Allah has given us chance to live for one more day.Long time no write over here...What should I write here? hmmm....
Do you know the word 'haram'? It is the state of a work or deed that we shouldn't do, that if we do we got sin, do you know sin? in Malay: DOSA. There are some things that we can get a free sin for doing that, like: stealing, cheating, drinking alcoholic drink, gambling etc....
You must think:"What does he know about those things, like he hasn't done anything of those".
Alright then, to tell you the truth, I have gambled before (*O*). No, not by playing those stupid cards(oops, terkasar bahasa, sori), it's by playing the marbles (guli), it's if you win you can get what you get in that game, I've lost my fav marble in that game, kinda sad though(sigh).
(Okay, enough with my story, just move on with the subject already!)
As you all know, we need not do these kind of things, especially gambling, it's a waste of money:
"Wala tubazzir tabzira, innal mubazzirina kaanu ikhwana Sayathin wakana syaithanu lirabbihu kafura” (Al Isra : 27),
And we all must remember that we don't belong to this humongous world, because we are on our journey to a place that is 10^10000(not an accurate number) times humongous than this world. So, 'berkejarlah menuju kebaikan'(tak ingat la dalil dia apa).
Okay, who wants to comment, 'silakan', I DON'T CARE! Al muhim:
(correct me if I am wrong)
Wassalam...
Saturday, 5 April 2008
KeBuRuKaN HaSaD DeNgKi
Bismillahirramanirrahim
Hasad ialah rasa benci terhadap nikmat Allah yg ada pd saudara sesama Islam dan ingin sangat supaya nikmat hilang dari orang tersebut itu
Rasulullah bersabda :
Maksudnya: "Hasad itu memakan berbagai kebaikan sebagaimana api memakan kayu"(Ibn Majah)
Ketahuilah kita semua bahawasanya tidak ada kejahatan sama sekali yg lebih bahaya drpd hasad dengki, kerana sifat hasad itu akan menjerumuskan orang yg bersifat dengannya ke dalam 5 balasan buruk sebelum orang yg dihasadnya itu ditimpa sesuatu yg tidak disukai.
1.Kesusahan yg tidak putus-putus
2.Musibah yg tidak dapat pahala
3.Sifat tercela yg tidak dapat pujian
4.Allah murka keatasnya
5.Ditutp pintu tawfiq keatasnya
Setengah orang al-ariffin berkata: "3 golongan manusia yg tidak akn dikabulkan doa mereka:
1. Orang yg makan yg haram
2. Orang yg banyak mengumpat
3. Orang yg hatinya ada sifat benci dan hasad terhadap orang2 Islam
Rasulullah bersabda lagi:
"Hai anakku kiranya engkau boleh hidup diwaktu pagi dan petang sedang hatimu tidak bersifat hasad dan tipudaya terhadap seseorang, maka lakukanlah begitu" (at-Tirmizi)
Adapun hasad yg bermaksud sebagai cita2 dan kemahuan agar ia mendapat sesuatu agar ia mendapat sesuatu sebagaimana yg ada pada oranglain itu adalah sifat terpuji di sisi syarak secara qat'ie sekiranya perkara itu kebaikan untuk akhirat..
Akhir kalam.....bersamalah kita mengislahkan diri kita supaya menjadi lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini kerana celakalah orang yg hari ini lebih teruk dari semalam dan hari esok lebih teruk dari hari ini...
Wednesday, 2 April 2008
Bahasa, Bahasa dan Bahasa
Dunia Weblog Cemarkan Bahasa dan Sastera
Oleh Nimoiz T.Y
SEPERTI kata Mohd. Dahrie Zakaria dalam rencananya Mendekati Sastera Siber (Tunas Cipta, Julai 2006), weblog agak popular di kalangan anak-anak muda sekarang dan tidak terhad kepada sasterawan semata-mata. Sebaliknya, medium ini turut didominasi pelbagai lapisan masyarakat; daripada politikus, pentadbir, budayawan, artis lakon dan sebagainya. Bagaimanapun, sebagai salah seorang pengamal sastera siber, saya agak resah dah risau dengan perkembangan weblog sekarang ini. Macam-macam berlaku di dunia weblog tanpa ada pemantauan daripada pihak-pihak berkenaan.
Weblog telah dijadikan medan untuk melampiaskan ketidaksenonohan dalam berbahasa. Soal kebahasaan tidak dititikberatkan. Kalau di media massa yang lain, satu perkataan yang tidak betul menjadi perdebatan hangat di kalangan induk masyarakat, pencinta bahasa Melayu, ahli linguistik, sasterawan malah sampai ke peringkat parlimen. Namun, beribu-ribu penyalahgunaan bahasa di weblog tidak mendapat perhatian mana-mana pihak. Impaknya, penulis-penulis weblog yang ‘tidak sedar diri’ ini terus sahaja bermaharajalela di dunia siber.
Mudah
Media massa dalam konteks persuratan dan visual lebih mencakupi Malaysia sahaja, sedangkan weblog boleh dicapai di seluruh dunia. Sememangnya, sastera siber mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia. Tidak ramai yang memiliki laman web persendirian kerana pemilik laman web persendirian perlu membayar sejumlah wang kepada pembekal server. Justeru, weblog merupakan medium terbaik memandangkan sifatnya yang mesra pengguna. Siapa-siapa sahaja boleh memiliki weblog persendirian termasuklah kanak-kanak yang masih di bangku sekolah rendah. Di weblog, seseorang itu boleh berinteraksi, bertukar-tukar fikiran dan melontarkan buah fikiran masing-masing. Tulislah apa-apa sahaja mencakupi bab politik, ekonomi, sosial, agama, sastera, budaya, sukan dan sebagainya.
Mudah sahaja. Yang penting sesorang itu mestilah tahu serba sedikit tentang komputer. Mesti tahu serba sedikit tentang dunia internet. Kalau tidak tahu, boleh sahaja belajar secara sendirian, belajar daripada ahli keluarga yang celik komputer atau memilih untuk belajar di pusat-pusat komputer. Paling utama, mereka perlu ada minat dan kesungguhan. Pertama sekali, mereka yang ingin memiliki weblog perlulah memilih mana-mana kerangka weblog yang digemari. Sekarang ini, terdapat banyak kerangka weblog di internet yang boleh dimiliki secara percuma. Antara yang agak popular ialah blogspot (http://domainpemilik.blogspot.com), blogdrive (http://domainpemilik.blogdrive.com) dan multiply (www.domainpemilik.multiply.com) – (sekadar menyebut beberapa weblog).
Seterusnya, mereka perlulah melengkapkan beberapa ruangan seperti username, password dan sebagainya. Selepas itu mereka bolehkan memilih rekaletak, warna latar dan sebagainya. Kalau ada yang lebih inovatif, mereka boleh menjadikan weblog mereka lebih interaktif dan dinamik sifatnya dengan meletakkan animasi, grafik, lagu, video dan sebagainya menggunakan kod html. Kalau tidak berapa faham kod-kod html, mereka boleh sahaja menyalin kod ini daripada bar view dan klik pada source di weblog orang lain seterusnya mengikut arahan salin dan tampal. Dalam beberapa minit sahaja, seseorang itu kini telah memiliki weblog persendirian. Sesiapa sahaja boleh mencapainya di segenap pelosok dunia sejurus selepas itu. Untuk masa-masa akan datang, mereka hanya perlu mengemaskini bahagian entri weblog sahaja.
Pencemaran
Banyak kesalahan tatabahasa dilakukan oleh penulis entri weblog. Antaranya kesalahan yang tidak disengajakan seperti kata bilangan, kata sendi, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, kata ganda berimbuhan, kata ganda seluruh, kata hubung, frasa sendi, frasa adjektif dan sebagainya. Mungkin kesalahan ini dapat dimaafkan kerana tidak semua penulis weblog fasih bab-bab tatabahasa. Yang menjadi masalahnya, ramai penulis weblog menulis kesalahan yang terlalu besar secara sengaja. Bagi saya, kesalahan ini tidak dapat dimaafkan sehingga mereka membetukannya kembali.
Antaranya ialah mencampur aduk perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris (lalu terhasillah apa yang dinamakan bahasa rojak). Menulis ayat yang bercelaru, ringkasan perkataan persis menulis mesej pesanan ringkas (sms), dan kerancuan dalam berbahasa yang ketara. Sebenarnya penulis weblog sedar akan kesalahan ini. Namun mereka meneruskan juga kerana sifat tidak bertanggungjawab. Pengabaian ini mencemarkan bahasa Melayu. Penulis weblog sepatutnya mengambil pertimbangan sentimen bahasa Melayu kerana martabat bahasa Melayu terletak di tangan kita sendiri.
Di kalangan penulis sastera, mereka juga menjadikan ruangan entri ini untuk mengasah bakat sastera. Bagus. Ini merupakan langkah yang wajar sebagai satu nilai tambah (value added) berbanding mereka yang buta internet. Mereka bertindak sebagai penulis, dan mereka jugalah yang bertindak sebagai editor. Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, akibat tidak ambil kisah dengan nilai-nilai sastera, mereka mempermainkan sastera. Lebih daripada itu, mereka menjadikan sastera sebagai medan melampisakan rasa ketidakpuasan hati kepada mana-mana pihak tanpa mengambil kira sentimen pihak lain. Sepatutnya, mereka kembali kepada akar sastera itu sendiri yang bersifat halus dengan tidak mengabaikan nilai-nilai seni. Kalau begini keadaannya, sastera Melayu akan hancur.
Seseorang pengunjung weblog boleh membaca kembali entri lama kerana weblog menyediakan ruangan pautan entri terdahulu. Atau dalam ungkapan yang lebih dominan dipanggil arkib. Arkib ini tidak akan hilang melainkan pemilik weblog itu sendiri yang membuangnya. Lalu, arkib ini akan terus menjadi monumen sejarah yang sentiasa boleh ditatap. Dan monumen kesalahan ini akan kekal abadi menjadi kesalahan tanpa ada seorang pun yang membetulkannya.
Faktor
Terdapat banyak faktor yang memungkinkan mengapa seseorang penulis weblog itu tidak mementingkan aspek tatabahasa. Antaranya, mereka memandang remeh aspek ini. Sebabnya mereka tidak ada kesedaran moral akan perlunya menulis entri blog dalam bahasa Melayu yang betul. Yang kedua, mereka sengaja merendah-rendahkan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Mereka buat tidak ambil kisah sahaja.
Memang, weblog biasanya bersifat santai. Maka, mereka pun menulis entri weblog secara santai juga. Lalu soal kebahasaan tidak diambil kira. Barangkali ini disebabkan oleh faktor pengunjung juga. Ada pengunjung yang suka membaca enti weblog yang ditulis secara santai dan bersahaja. Mereka mahu membaca dalam keadaan santai dan tidak perlu memberatkan minda.
Menariknya, weblog ada menyediakan ruangan statistik, pautan ke weblog serta laman web lain dan ruangan sembang-sembang. Di ruangan statistik, kita boleh melihat samada weblog itu kerap dikunjungi atau tidak. Ada penulis weblog yang tulis main-main sahaja (dengan bahasa rojak, tatabahasa tunggang langgang, bahasa rancu). Namun isunya menarik. Maka dengan ini, penulis weblog akan terus dengan keadaan begitu. Mereka semakin rajin untuk mengemaskini weblog masing-masing tiap-tiap hari kerana ada unsur galakan iaitu sambutan pengunjung yang memberansangkan. Dan pencemaran bahasa san sastera terus berulangan.
Kesedaran
Agak sukar juga untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan medium weblog. Ini kerana kerangka weblog biasanya diusahakan oleh pakar-pakar IT daripada luar negara. Caranya tidak lain dan tidak bukan, pihak-pihak tertentu boleh sahaja menyenarai hitakamkan penama-penama mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Pada hemat saya, hanya kesedaran sivik akan pentingnya kita memartabatkan bahasa Melayu sahaja akan memungkinkan perkara ini dapat diatasi. Pemilik-pemilik weblog yang bertanggungjawab juga perlulah membuang pautan (link) rakan-rakan yang tidak menitikberatkan soal bahasa dan sastera supaya weblog itu tidak tersebar.
Tidak dinafikan, ada ramai pemilik weblog yang bertanggungjawab. Yang mementingkan aspek bahasa dan sastera Melayu. Namun, kasihanilah kelompok ini kerana mereka juga menerima tempias yang sama kerana ibarat setitik nila, rosak susu sebelanga. Bagi mereka yang jarang-jarang menjelajah di dunia weblog, katakan pada suatu hari mereka terbaca sebuah entri yang mencemarkan bahasa Melayu, pasti mereka akan menganggap bahawa semua entri adalah sampah. Padahal tidak semuanya begitu.
Weblog kini dianggap sebagai koleksi digital yang tidak dinafikan lagi akan kepentingan dan potensinya. Koleksi digital ini memudahkan lagi pengaksesan maklumat yang lebih global merentasi sempadan. Sepatutnya, weblog harus menjadi medium penyebaran maklumat bahasa, sastera dan budaya melayu dalam talian selain menjadi korpus bahasa dan sastera Melayu. Namun kini, sebaliknya telah terjadi.
Seperti kata Mohd. Dahrie Zakaria, kebanyakan penulis muda sekarang yang mesra siber, akan mendominasi medan sastera perdana pada suatu hari nanti. Mungkin. Dan saya sokong kenyataan ini. Namun, walaupun mereka dapat pergi jauh, bagi saya mereka tidak berguna untuk bangsa kerana mereka ibarat musuh dalam lipatan, dalam diam memusnahkan bahasa Melayu. Kini, jurang digital tidak lagi wujud di kalangan pengamal sastera. Yang wujud adalah jurang nilai itu sendiri.