Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 11 April 2008

Choral Speaking

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum..

Ana nak kongsi sikit cerita kami 20 banat form 4 yang pergi ke melaka untuk choral speaking. Harap tiada siapa yang marah atau timbulkan apa2 yang tidak menyenangkan mengenai post ini. Sekadar nak share..

Warning : Post ni agak panjang. Kalau nak terus skip ke perenggan terakhir dialu-alukan..

Hurm.. nak start dari mane ye?
Ana start dari mule mule mule punye..

20 banat form4 dan 10 banin form 2 telah terpilih untuk masuk choral speaking ni..
Bila dapat masuk tu, rasa semangat je walaupun tak tahu pun ape maksud choral speaking tu yang sebenarnye.. Bile dah beberape hari baru ustzh explained, choral speaking tu kite baca text ramai2.. lebih kurang macam tula maksud die. Tak reti nak explain lebih2. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk kamus.
Oh and by the way, its Choral Speaking, not ChoruS Speaking..

Mula-mula, kami dapat teks pasal little birdie. Lepas tu tukar teks tajuk die 'Manners'. Text manners ni interesting jugakla.. Tapi malangnya teks tu pendek sangat, jadi guna Fahima punya teks masa die masuk choral speaking mase sekolah rendah. Jadi, sebab Fahima dah hafal teks tuh, die kene jadik conducter.
Kene hafal teks tuh dalam masa tak sampai seminggu. Dahla panjang. Rasa macam takde harapan je nak hafal teks panjang macam tu. Tapi bila dah lebih kurang tiga hari berlatih, ulang teks yang sama je, terhafal pulak teks tuh.

Bila semua orang macam dah hafal teks tu, baru kami mula fikir tentang gaya.
Mula-mula, memang kaku sangatlah kami punye choral speaking. Membebel-bebel je, boring. Tapi dengan bantuan ustazah-ustazah, dapatlah buat gaya, intonasi dan ekspresi yang best-best sikit. Berlatih gaya, intonasi sume2 tuh dalam masa due hari rasenye, lepas tu kene present kat ustzh Kamaliah.

Ustzh Kamaliah kate kami punye choral speaking masih sangat kaku.
So lepas habis present tu, ustzh banyak bagi idea2 untuk gaya dan intonasi baru. Masa tu hari jumaat. Dua hari sebelum ihtifal. Petang Jumaat, kami berlatih dengan semua gaya baru, intonasi baru, tukar-tukar line nak kene baca. Tapi petang tu berlatih sekejap sangat. Tak sempat.

Masa raptai, hancur sikit sebab baru nak hafal gaya-gaya tuh. Banyak kali lupa teks, lupa nak angkat tanganlah, lupa intonasilah, macam2lah lupe. Masa tu macam tension sangat sebab semua dah penat, suara pun serak-serak. Semua tension. Tapi bila habis raptai, semua balik dan relaks kat rumah. Masa ihtifal tu kami buat dengan sangat sungguh-sungguh tapi masa tuh tak tau kenape, macam nervous sangat. Terlupa line nak kene baca, tersalah line, dan sebagainya. Tapi perfomance masa ihtifal tu ok jugaklah.

Habis ihtifal, kami buat banyak jugak perubahan gaya dan sound effect. Buat banyak perubahan untuk competition. Masa seminggu je nak berlatih. Dahlah mase petang je. So, hari khamis dan jumaat kami kene berlatih sampai pukul 10 malam. Time ni, strepsils amatlah diperlukan. Dahlah selesema teruk, lepas tu sakit tekak, batuk2. Suara macam segan nak keluar je. Tapi, tetap jerit jugak. Nasib baik air asam jawa disediakan. Sedap jugak air asam tuh.

Hari Sabtu, 5 April 2008.
Pagi-pagi, tak rasa apa-apa. Risau pasal suara dan tekak je masa tu.
Naik bas, sarapan dalam bas. Sarapan pagi tu sedap, mungkin sebab makcik kantin tuh nak habiskan stok makanan sebab budak asrama semua balik kampung.

Sampai-sampai Kolej Yayasan Saad, baru rasa berdebar-debar sikit.
Keluar bas je, rase agak kagum dengan sekolah tu sebab besar sangat. Kami disambut oleh pengawas sekolah tu yang pakai blazer di tengah hari yang panas.
Kami dibawa ke dewan KYS, pastu diberi masa berlatih jap nak naik turun pentas. Masa naik pentas tu, orang cina kat dewan tuh gelakkan kami sebab mungkin pelik tengok pakaian kami. Geram jugakla dengan orang cina tu sebab uniform diorang pun bukannye lawa sangat pun. Lepas tu kami dibawa ke satu kelas untuk berlatih lagi. Masa ni semua senyap je sebab nervous.

Kami dapat turn buat persembahan yang ke 4.
Sebelum kami ialah Kolej Yayasan Saad. Persembahan mereka memang amat gempaklah. Lawa sangat dan menarik perhatian. Memang patut dapat first.
Bila kami naik pentas je, audience dah buat muke boring. Geram jugakla masa tuh.
Masa baru je start, tibe-tibe terdengar ade orang cina yang jerit "BORING!!".. Masa tu rasa macam nak nangis tapi tahan je. Genggam tangan kuat2 sebab tangan letak kat belakang. Geram sangat dengan orang tu. Nak kata diorang punye perfomance best sangat, tak jugak. Boring jugak. (hehe) Tapi lepas beberape lame sikit, baru dapat response yang agak baik jugakla dari semua orang. Mungkin sebab skrip tuh lawak kot.

Bila turun pentas, semua buat muka bahagia. Rasa gembira sangat sebab kami dah buat yang terbaik sekali. Sebelum umumkan pemenang, ada persembahan dari sekolah ape ntah, mereka menari2 atas pentas ikut rentak lagu shrek ngan lindsay lohan.. Bile die baru start tu, semua tergamam je tengok orang kat atas pentas tu. Dahla kelakar. Tapi sedih jugak bile tengok sebab tau mereka semua tu Islam dan most of the girls pakai tudung. Rase macam memalukanla.. Bila die umumkan pemenang, kami macam tak expect sangat nak menang sebab kami tahu kemampuan kami. So, semua happy je mase tuh. Cuma ustzh2 nampak macam frust. Tapi mungkin mase tuh ustzh penat. Lepas tuh kami dibawa ke dewan makan. Makan nasi ayam, epal n dapat air mineral yang sangat susah nak bukak penutupnya. Lepas makan, ade sikit sesi penggambaran choral speakers. Sempat jugak nak ambil gambar pengiring kami.

Lepas tu, berhenti solat kat masjid then shopping kat jusco melaka. Masa kat jusco, semua beli minumam berais. yelah, dah berpantang 2 minggu tak minum ais. lama jugakla shopping kat jusco tu. best.. ;D
Kami sampai sekolah masa Maghrib.

Kami nak minta maaf pada semua kalau kami dah menghampakan semua.. Kami dah buat yang terbaik dan sungguh-sungguh tapi Allah yang menentukan segalanya..

Pengalaman masuk choral speaking competitton nih memamg sangat menariklah. Seronok sangat walaupun penat menjerit2 dan ulang teks yang sama setiap hari.
Sampai sekarang, setiap masa mesti tercakap teks choral speaking. Sampai orang sekeliling ana sume boleh hafal teks tuh sebab tiap2 hari ulang mende same.. Dah macam terlekat kat otak n lidah teks tuh. Kadang-kadang, masa belajar, bile boring sikit nanti mulelah baca teks tuh. There are two people in this world whom we cherish the most....... :D


20 banat form 4 dan 10 banin form 2 di hadapan bas KYS

Lastly, terima kasih sebab sudi baca kisah diatas yang agak... er.. boleh dikatakan boring. Wassalam.. Majulah Batchsebelas untuk Sekolah..!

p/s: kepada 4 imtithal, jangan lupe siapkan homework yang amat banyak ter list kat whiteboard belakang kelas tu!

7 comments:

Anonymous said...

fathimah berasa perlunya mengomen entri ini kerana sebuah komen akan menceriakan penulis. hahah... merepek pulak. tahniah kerana berjaya melakukan sesuatu yang pada mulanya kelihatan mustahil! (wah begitu poyo skali)

:D :D

fathimah yang telah ditolak namanya kerana sebab yang tak begitu relevan, takde hasil...

safiahkd said...

heheh.. takpela.. orang tu dah pegi gunung tahan kan.. :P

tmah said...

wek! :P

(mari kita berkempen memenuhkan ruangan komen.. hehe)

safiahkd said...

ye mari.. orang sibuk penuhkan ruang sebelah kanan. kite penuhkan ruang komen. seronok.. esok sukantara.. tak semangat langsung..

tmah said...

sukantara lalalalala
yo marilah kita bersama-sama merepek di sini

safiahkd said...

penatla fikir pasal homework jek.. adeih..

Anonymous said...

walaupon dah lambat...ana nak penuhkan jugak tempat komen nih...
ahahaha