Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Saturday 23 August 2008

ROQ_tekad bukan tangisan

Assalamualaikum, ikhwah akhawat fillah... kaifa halukum? Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberi nikmat bernafas.. Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit coretan sebab rasanya dah lama sangat tak menulis di blog ini.. Insya’Allah di sini ana ingin berkongsi sedikit berkenaan peristiwa yg sangat besar di hati setiap muslim... ROQ (Remembrance Of Al-Quds) atau lebih dikenali dengan Hari Al-Quds Sedunia.. Walaupun sedikit terlambat daripada tarikhnya tapi ana akan tetap sampaikannya juga...
Sedar atau tak, sudah 40 tahun berlalu selepas masjid kesayangan kita, Masjidil Aqsa dibakar pada 21 Ogos 1969. Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan, cara untuk membebaskan Masjid Al-Aqsha dan Al-Quds terjajah adalah hanya dengan perlawanan dan jihad, bukan dengan mengemis-ngemis ataupun peluk cium dengan Israel. Pernyataan ini diungkapkan Haneya dalam acara “Al-Aqsha janji dan kemenangan” yang diadakan Gerakan Hamas, Parlimen Palestin dan jaringan informasi al-Aqsha di Gaza Khamis (21/8). Beliau mengatakan, inilah rakyat Palestin di Gaza berdiri bersama Al-Quds dan Al-Aqsha memperingati kepedihan ketika Masjid Al-Aqsa dibakar. Walaubagaimanapun, kami berdiri di sini bukan untuk mencucurkan air mata atau hanya untuk menangisinya. Kami berdiri di sini untuk memperbaharui tekad kami untuk membela al-Aqsha dan Al-Quds.
Haneya menegaskan, “Kami hadir di tempat ini untuk membangunkan semangat dan meneruskan perjuangan menuju kebebasan Al-Quds dan Al-Aqsa. Kami hadir dalam acara ini untuk menyalakan kembali cahaya di Al-Quds dan Al-Aqsha.” “Akan tetapi, setelah 40 tahun berlalu kami tetap dalam pendirian kami yang teguh. Kami kokang senjata ke arah Masjid Al-Aqsha dan kami siapkan bala tentara untuk menjaga al-Qur’an agar menjadi asas bagi kebebasan Al-Quds.
Begitulah kata-kata perdana menteri Palestin. Jadi, bagaimana pula dengan kita di sini? Adakah kita tidak menghiraukan seruan mereka ini? Ingatlah, jangan sampai Allah menggantikan kita dengan umat yang lebih baik daripada kita.. Fikirkan! Atau mungkin kita mengatakan kita sangat prihatin terhadap isu Palestin tapi kata-kata kita ini tidak diimplementasikan dalam bentuk amal. Kita mengatakan kita prihatin tapi kita masih lagi membeli barangan-barangan produk ISRAEL!
Wahai sahabat-sahabat seperjuangan, mereka di sana sebenarnya tidak memerlukan tangisan kita yang meratapi keadaan mereka.. mereka hanya mengiinginkan lahirnya rasa sensitiviti dalam diri kita yang membuahkan am
al dan semangat jihad untuk bersama-sama berjuang dan membantu mereka di sana. Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama menyokong dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Palestin sama ada dari segi kewangan, tenaga, dan sebagainya.. Sesungguhnya yakinlah dengan-
Firman Allah swt yang berbunyi:
“Sesunggunya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan syurga” (AT-TAUBAH: 111)
Akhir sekali, diharapkan agar kita sama-sama dapat sentiasa mendoakan saudara-saudara kita di seluruh pelosok dunia dalam setiap doa kita, menderma untuk saudara kita, melaksanakan solat hajat agar Palestin dan Masjid Al-Aqsa dibebaskan dan perkara-perkara yang lain... Yakinlah sesungguhnya musuh-musuh Islam pasti akan hancur dan Islam pasti akan kembali ke zaman kegemilangannya tapi semua ini tidak akan berlaku melainkan dengan usaha-usaha kita sebagai Rijaluddeen ke arah matlamat itu.

1 comment:

Anonymous said...

syukran ya amirul hidayah 08/09...teruskan dakwahmu utk Palestin