Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday 8 April 2010

sempoi--l'entrevue

bismillah.

memandangkan blog ni tengah hangat daripada biasa, mari sejuk2kan dgn membaca pengalaman interview.
sekadar berkongsi rasa dan nak ingatkan, apa jua interview: mesti RELAX jah! Dan relax itu mesti kena tanam paling lambat sehari sebelum interview.

8.00 pg UiTM Larkin

saya lambat sampai. patutnya elok sampai 30 minutes before the interview. tapi saya sampai ok2 je. no rushing.
jumpalah miss Razali & cik2 dari pelbagai tempat di JB. ex-ketua pelajar pun ada. Jadi 3 batchsebelasian sesi interview pagi utk 8/4/2010.

naik tingkat atas. tingkat tu ibubapa takboleh naik. sampai2, terus ada sorang cik ni tampal nama. saya panel 1 dengan dia. dan miss razali (SMIH) panel 4. bawak fail yang 'berat' naik lagi satu tingkat.

masuk bilik menunggu. cik tu bagi instruction mcm mana nak susun dokumen. tret tret tret, siap. tiba-tiba, ada seorang cik lain ni masuk: "MORNING!"

kami yang blur2 lepas susun dokumen jawab perlahan sangat: "morning". Lepas tu cik tu sebut lagi "MORNING!" lepas tu baru semangat. hehehh. Cik tu bagi tips, try to speak up when there's a chance. dan jangan sia2kan peluang nak cakap tu. Ok. Faham :)

8.30 pg (kuranglebih)

panggilan.

oleh kerana panel 1, maka memang awal. 6 orang untuk grup panel  1:

yasmin (convent) accountacy/chua (SSI) engine/ zubayr (SMIH) econs/ penulis (SMIH) social science --sociology/affan (taktahu) engine/syuhaidah (teknik JB) engine.
[5 malays, 1 chinese = 3 male, 3 female]

INTERVIEWER: 1 indian, 2 malays. hanya seorang wanita melayu.

bagi ucapan salam, selamat pagi, assalamualaikum. they all look so nice and kind.

mula2 diminta untuk taaruf dalam bahasa melayu. ok2. lepas tu ditanya what do you do while waiting for SPM results. Ada yg cakap kerja restoran, kerja cikgu, kerja kat kedai kurma, pergi program itu ini dan lain-lain.

kemudian barulah ditanya tentang course yang dipilih. alhamdulillah have done research about human sciences days before today. dan ada orang ajar sikit2. Allah permudahkan. ditanya tentang apa sumbanagn yang akan diberi. tapi, kami juga ditanya tentang course lain. contoh: orang econs ditanya tentang engine. Orang engine ditanya tentang accountancy.

dah habis part itu,ditimbulkan  isu pemberian biasiswa patut diberikan berdasarkan kewangan keluarga atau pencapaian akademik semata untuk disscussion. dalam bahasa melayu. semua beri pendapat bernas. dah pandai remaja sekarang ;)

isu lain: engineering, better study @ KOREA or UK. payah sikit tetapi tetap berusaha. semuanya berusaha.

ya, ada orang rajin angkat tangan dan bagi pendapat. saya tak rajin angkat tangan. tapi tetap cuba memberikan pendapat yang lebarjelas dan terbaik setiap kali diminta beri pendapat.

isu hangat: kahwin semasa belajar di luar negara. saya setuju. haha.

interviewer: kamu sebagai ahli sosiologi, apa pendapat kamu tentang kahwin semasa belajar di luar negara?
saya: (jawapan agak panjang. cuba berfalsafah ;D)
interviewer: adakah awak akan kahwin semasa belajar di luar negara?
saya: err.. kalau jodoh dah sampai! (aduh, apesal lah jawab ni, paling spontaneous)
semua orang: *ketawa*!

sudah tu, perdebatan lain ada lagi. kejap dalam english, kejap dalam bm. tapi sekejap je. kemudian habis. bismillahi tawakkalna. 10000 apply, hanya 1500 dipilih. Insya-Allah, Allah akan sentiasa beri yang terbaik untuk batchsebelas. menjadi BINTANG ummah!

(the key in interview: relax saja. dan cuba beri yang terbaik. kalau dah berusaha, kenapa perlu takut? Allah kan ada?)

itu jah. sama2 baca. sama2 doakan yang terbaik utk batchsebelas dan ummah. tak kira siapa pun kita. sampai mati, kita tetap 1 batch: batchsebelas. yg pergi A-level, maktab, IPTS, IPTA, politeknik, overseas... sampai bila pun kita satu hati. Sama2 doa dalam rabithah.

OK?

[aslimtaslam]

3 comments:

Anonymous said...

hoho..ok.wow,mesti best dpt i group ngn bdak i sek.....
btw..yg sebut morning tu...she must be 'miss fauzana'

zzz said...

oh.btol la kan.kalau da jodoh,kawin je.nikah gantung pon xpe la asalkan x jd maksiat.
hehe...

the,writer.i'm.thankful said...

anonymous: oklah gak dpt same skool, but still rasa inferior. erk.

yg morning tu not sure who she was, she didn;t wear hijab. free hair.

zzz, emm, pandangan yang bernas utk remaja masa kini.