Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday, 27 January 2008

Kalian...

Terima kasih tuhan
kerana mentakdirkan semua ini berlaku.
Terima kasih tuhan
kerana telah menciptakan hikmah
di sebalik keperitan yang teramat...

Terima kasih kalian
kerana memberikan aku peluang
memegang tampuk penggerak...
Terima kasih kalian
kerana tulus meluahkan perasaan
terima kasih kerana bersuara
terima kasih atas coretan-coretan kalian
di dada blog kalian
terima kasih
atas kejujuran kalian melontarkan buah fikiran.

Terima kasih kerana membuat aku tahu
akan pemikiran kalian
terima kasih kerana tidak memendam
kerana barangkali jika tidak
sampai bila akan aku begini...

Terima kasih kalian
kerana telah berbicara
yang menusuk dasar kalbu
sungguh
aku bersyukur
atas kehadiran kalian
indahnya ketentuan tuhan
meski zahirnya nampak pahit untuk ditelan
tapi manisnya
berganda daripada kemanisan
madu di taman...

Terima kasih kalian,
atas bicara peniup semangat...
Terima kasih kalian
membisik kalimah sayang.

Maafkan aku kalian...
Barangkali aku terlalu tulus
harapan aku terlalu menggunung
barangkali kalian tersilap mengerti kata-kataku
tapi apakan daya
tersalah bicara sukar sekali mengundur masa...

Aku tak reti memendam
aku tak suka menyimpan
aku tak sanggup membiarkan
aku cuba untuk menahan
namun asakan dalam minda berterusan
aku sedar akan kelemahan...

Maafkan aku kalian......
Sungguh aku tak pernah berdendam,
aku hanya harapkan kemaafan kalian...

1 comment:

Unknown said...

thehehe...ana dband dr cbox...cet3...xpe, kalo rasa susahkn...terima ngan redha...huhuhuu...(sedey sket)