Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 4 January 2008

kisah rumput dan orang yang disayangi..

Pada suatu pagi di satu
sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan
sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa yang saya suruh. Ikut saja
ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ
dan sambil memandang rumput di depan
kamu, pilih mana yang PALING cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun
sekali. Dan kamu petiklah rumput yang
PALING cantik yang berada di depan kamu
tersebut dan selepas itu bawa balik ke
kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut
balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu
pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas
rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput yang
paling cantik. Memang ada banyak yang
cantik tapi cikgu kata petik yang paling
cantik maka saya pun terus berjalan ke
depan sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut
hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh
ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang
berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah
kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak
lagi yang cantik dan baik seperti rumput
tadi. KECUALILAH jika perhubungan
tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali lagi.

Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.hargai sahabat2 kita
seadanya...semoga batch kita semakin kukuh walaupun
ada sahabat baru.

copy paste-portal ukhwah

1 comment:

Raden Qurratu 'Aini said...

~erti hidup pada memberi ;D

~selamanya kita takkan jumpa sahabat yang sempurna sbb mmg tiada manusia yg sempurna.. terimalah sahabat kita seadanya mereka menerima kita seadanya...

("mcm ada pepatah tu, layan org mcm kita nak org tu layan kita macam tu".. heh, lupa la ayat nye)

~sama2 mujahadah jadi sahabat yg soleh wa musleh sesama kita! (memang SUSAH tp kenalah USAHA!)

^______^