Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Tuesday 8 April 2008

Fitna

Nota: Ana repost sebab macam takde orang baca.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan penerbitan filem yang bertajuk 'Fitna' oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders. Filem ini dikatakan menghina Al-Quran dengan menyelitkan ayat suci al-quran yang bertujuan menghina al-Quran.

Umat Islam serata dunia bangkit dan melakukan tunjuk perasaan dengan bertindak memulakan kempen memboikot barangan Belanda seperti Dutch Lady dan sebagainya. Namun berbaloikah usaha memulaukan barangan Belanda hanya kerana tindakan seorang, SEORANG sahaja daripada seluruh warga Belanda? Wajarkah kita melumpuhkan ekonomi penduduk Belanda, yang mana penduduknya yang beragama Islam melebihi jumlah penduduk beragama Katolik? Tidak zalimkah kita, bertindak melulu tanpa pengetahuan dan maklumat?

Ustaz Hasrizal mengulas tentang topik ini di blog beliau, coretan beliau seperti berikut:

Fitnah Filem Fitna!


fitna.gif

Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.

Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.

Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?

Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!

ministerie-az.jpg

Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:

On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.

We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ [www.government.nl]

REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.

Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.

Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.

Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.

ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.

Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.

PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH

bic.jpg

Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.

Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.

Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.

Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.

ASAS PERTIKAIAN

Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.

Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan amaran Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.

Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.

Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?

REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH

Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.

Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:

hadithmarah.jpg

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.

Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.

Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

UPDATE (02/04/2008):

JIKA ADA DI KALANGAN ANDA YANG MENYENARAIKAN BARANGAN DUTCH LADY UNTUK DIBOIKOT, ANDA MUNGKIN PERLU MENJUSTIFIKASIKAN TINDAKAN ITU DENGAN KENYATAAN RASMI YANG DIBUAT OLEH TAN SRI KAMARUL ARIFFIN MOHD YASSIN, PENGERUSI DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD:

Klik di sini untuk membaca teks penuh
.

Saya sinopsiskan sebagai berikut:

Dutch Lady membantah perbuatan Geert Wilders sebagaimana kerajaan Belanda juga. Dutch Lady sudah berada di pasaran semenjak 50 tahun yang lalu. Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia Dutch Lady juga mempunyai 660 kakitangan rakyat tempatan. Produk Dutch Lady dihasilkan di kilangnya di Petaling Jaya.

Maka, sejauh manakah tindakan anda memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada Geert Wilders atau sesiapa sahaja di Belanda yang anda nak hukum? Saya khuatir, perbuatan boikot konteks kes Belanda ini, adalah suatu KEZALIMAN!

3 comments:

Imran Omar said...

Sebenarnya, bukan tu sahaja yg menjadi bahan pelik ana.....KENAPA KAWAN-KAWAN ANA DI SEKOLAH SEMANGAT SANGAT NAK BOIKOT BELANDA, ISU YANG TERBARU PADAHAL ISU KEKEJAMAN ISRAEL, ISU YANG TERBARU TETAPI SEMANGAT UNTUK MEMBOIKOT ISRAEL AMAT MENDUKACITAKAN!!!???.......Sedarlah, Israel telah membuat perkara yang lebih menghina malah lebih ZALIM dari tindakan Belanda, mereka membunuh sesuka hati, merampas harta orang Islam di Palestin, mereka membina 'Tembok Apartheid' untuk menghalang pertolongan dari luar, menahan beribu orang Palestin di dalam penjara mereka, setelah membunuh orang Palestin, cuba bayangkan, mereka mengambil gambar mereka dengan mangsa mereka seperti 'binatang buruan' dan yang paling penting, rancangan mereka yang paling kejam, MEREKA INGIN MEMBINA SEBUAH KUIL UNTUK MENGGANTIKAN MASJID AL-AQSA YANG BAKAL DIROBOH!!!

http://www.templeinstitute.org/

Anda boleh lihat laman web di atas tapi pastikan anda langsung memboikot Israel.

Imran Omar said...

KENAPA KAWAN-KAWAN ANA DI SEKOLAH SEMANGAT SANGAT NAK BOIKOT BELANDA, ISU YANG TERBARU PADAHAL ISU KEKEJAMAN ISRAEL, ISU YANG TEALH LAPOK TETAPI SEMANGAT UNTUK MEMBOIKOT ISRAEL AMAT MENDUKACITAKAN!!!???

Hakim Ishraf said...

haishh...
abis tu klau kita x boikot,
bmakne kita smer jer mcm laknatulah geert wilders tuh...
cuber pikir btol2 dlu...
kes dye smer jer la mcm kita memboikot brngn us n israel n denmark...
mcm denmark dlu tuh, kes menghina nabi Muhammad, ekoran tu, boikot jugak kn produk Denmark?
so, pndai2 la pikir...