bismillah,
alhamdulillah satu kepuasan dah ambil result dan mengetahui salah dan silap. di sini ada sedikit konklusi kata-kata nasihat dari beberapa guru subjek (yang kami sempat) untuk berjaya. tak apa, kita belajar dari kesilapan. bila tahu mana silap, baru jelas lubang yang perlu diperbaiki.
add maths
-paper 1= scorekan 65 ke atas drpd 80 dan paper 2= scorekan 75 ke atas drpd 100
-usah banyak buat careless..
-buat pembetulan yang silap dan mana2 soalan yang belum buat dlm PS2
-buat latihan-latihan yang guru beri (membantu dalam perkembangan diri)
-buat latihan tambahan
-buat ulangkaji sebelumnya dengan secukupnya
-*digalakkan pergi tuisyen bagi sesiapa yang ada kemudahan
physics
-paper 1=scorekan 40+/50, paper 2=scorekan 80/100, paper 3= scorekan 35/40
*jika paper 2 boleh tahan, yang penting score paper 1 and 3 (dpt cover paper 2)
-banyak buat latihan paper 1 supaya lebih cekap, pantas dan tepat.
-bila ustazah beri nota last minute, baca. penting
-segala latihan dalam kelas, perlu disiapkan untuk kebaikan diri
-jangan tinggalkan kosong, attempt (cuba) untuk jawab.
-buat pembetulan dr ps2 dan mana yang belum buat. hantar naik sek
-soalan essay bagi paper 2, bhg yang pertama boleh jawab guna jadual juga
*buat jadual mengikut point yang diminta
cth: yang soalan orang terjun (ada yang bent kan kaki dan ada yang tak)
chemistry
-paper 1=scorekan 40+/50, paper 2=scorekan 80/100, paper 3=scorekan 35+/40
*lebih kurang paper physics. kuasai paper 1 and 3 utk cover paper 2.
-kuasai eksperimen yang dah belajar (electrolysis, extraction, purification, electroplating & lain..)
-buat pembetulan dari ps2 dan mana2 yang belum buat
biology
-paper 1=scorekan 40+/50, paper 2=scorekan 70+/100, paper 3= scorekan 40+/50
-jawab mengikut soalan, jangan terpesong. baca betul2 soalan.
-baca buku, jika tiada point, markah tak ada walaupun berjela-jela
-buat latihan kertas-kertas yang ustazah kasi
english for science and technology
-paper 1(essay) =scorekan , paper2 (obj)= scorekan 25+/30
-paper 1 (part A)-isi tempat kosong macam apa yang diterang
-paper 1 (part B:essay)-perlu ada kriteria seperti berikut;
*gunakan semua point yang diberi (ya! semua point)
*perlu ada elaboration selepas point
*perlu ada analysis adan justification (AJ). persoalan? macam mana (AJ) dikira?
-AJ adalah elaboration yang menggunakan fakta science and technology, yaitu fakta tambahan selapas elaboration. maksudnya kita perlu tambah ilmu untuk kukuhkan pendapat kita.
-manakala elaboration adalah kita elaborate point tu macam biasa, tanpa ada fakta science and tech.
-jika banyak AJ kita di peringkat attempt (mencuba), kita dapat band D. (7-12 marks)
-jika banyak AJ kita satisfy dengan poin, kita dapat band C.
-jika banyak AJ kita meluas, menyeluruh dapat band A (25-30 marks)
-buat AJ di setiap perenggan selepas elaboration.
bahasa Inggeris
-paper 1= score 60+/85, paper 2 score= 60+/75
-paper 1 ada 2- yg pertama (directed writing), kena score.
*bila dia kasi point, gunakan point tu sebiji dengan apa yang diberi, lepas daripada tu baru boleh tukar-tukar ayat. sebab nanti content point tak dikira bila dah ditukar (pd mula perenggan)
*tujuan section ni untuk beri markah pada pelajar;
-sbb bila content points digunakan sebiji dengan apa yang diberi, dapat full marks bg contents
-sebab bila format cukup syarat, dapat full marks
-tak perlu buat panjang2, asalkan gunakan point yang diberi sebab nanti tolak markah grammar.
-1 m/s setangah dah memadai
bagi bahagian (continuous writing),
*baca elok2 arahan soalan supaya tidak terpesong (terus turun band)
*gunakan grammar yang betul
......
paper 2 (BI),= scorekan 60+/75. ada 4 section
-part A (obj)= scorekan kalau boleh full marks
-part B (transfering info.)= score juga sebiji apa yang diberi. jangan tinggal (s) dan sbg
-part C (isi tempat kosong and summary)
*part ni memang agak susah, tapi cuba buat dengan sebaiknya
-part D (literature and novel)
*kuasai part yang isi tempat kosong
*bahagian novel (essay: I choose..) jangan buat fakta sendiri, ada evidence yang banyak dan kukuh
sejarah
-baca buku, dalami, hayati, aplikasi
-latihan obj perkukuhkan
-bahagian essay (perlu ada fakta) tidak buat sejarah sendiri (reka fakta)
--------------------------------------------------------------------------------
konklusi:
-kita masih punya masa untuk membaiki kesilapan, moga kita lebih jelas dengan kesilapan supaya dapat diperbaiki untuk yang akan datang.
-biar kita jatuh sekarang, tapi tidak untuk yang akan datang
-gunakan waktu cuti untuk perbaiki semula
-sentiasa buat yang terbaik dengan penuh kesungguhan. InsyaAlah berjaya
(*maaf ada subjek yang tidak ditulis di sini kerana kami tidak sempat bertemu dengan guru2.)
bittaufiq wannajah untuk semua! wallahua'lam.
Dimulakan dengan

Saturday, 15 November 2008
ke arah yang lebih baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum, saudari...
Syukran krn bagi info yg ana rasa sgt brguna nih. Tp awk juga kena praktikkn apa yg disampaikan yeh? Ok, mekasih bebanyak.
SAlam
Post a Comment