Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Wednesday 19 November 2008

Kisah taubat kaki maksiat di tangan anak kecilnya


Assalamualaikum wrt.

ape khabo sume?
harap sihat sentiasa..ana ade stoli nak cite kat korang..ana dah bace stoli nih..besh sgt3! n menyayat hati..

Beliau adalah salah seorang penduduk di bandar Riyad. Beliau hidup penuh dgn kesempitan lantaran langsung tidak meningati Allah melainkan sedikit sahaja. Sudah bertahun2 beliau tidak bersujud kepada Allah yg maha Esa. Akan tetapi Allah mahu menjadikan beliau seorang bertaubat. Beliau bertaubat di tangan perempuannya yang masih kecil.

Cerita nya berbunyi, tiap2 hari beliau sering berjaga malam sehingga menjelang subuh, lepak bersama kawan2 ku yg buruk akhlak sambil bermain permainan yg langsung x memberi faedah. beliau sanggup tinggalkan isteri dan anak kecilnya di rumah. Pada satu malam, seperti biasa beliau pulang pada waktu larut malam. Jam ketika itu menunjukkan pukul 3 pg. Beliau mendapati isteri dan anaknya sedang nyenyak dibuai mimpi. Beliau segera ke ruang tami utk menghabiskan waktu malam yg masih berbaki dgn menyambung kembali tayangan filem lucah dari pita video. Perbuatan beliau tidaklah patut sekali bersikap demikian walhal di saat itulah Tuhan Yang Maha Esa turun ke langit dan berkata:

'Adakah sesiapa yang berdoa, pasti aku akan memakbulkan utknya? Adakah sesiapa yang meminta keampunan aku akan mengampuninya? adakah sesiapa yang memohon apa2 pasti aku akan perkenankannya?..'

Tengah sedap2 beliau nikmati video itu, tiba2 kedengaran salah pintu bilik dibuka. Rupa2 nya ana perempuan beliau yg masih kecil dan umurnya belum mencapai 5 tahun. Mata anak perempuan beliau itu tajam melihat ke arah beliau. Pandangannya pelik sekali dan penuh kebencian. Lantas dia (anaknya) berkata:

'Ayah! Malulah sket ayah! Takutkanlah kpd Allah ayah!'

anaknya berulang ayat itu sebanyak 3 kali. Kemudian anaknya masuk ke bilik dan terus tutup pintu. Beliau terus diserang kebuntuan dan terus menutup video. Beliau duduk termenung. Beliau segera mendapatkan anak beliau, namun anaknya sudah pon tido di perbaringan. Beliau seolah2 orang gila yang tidak tau arah. Suara azan Subuh kedengaran dari sebuah masjid berdekatan sekaligus memecahkan kesunyian malam, mengajak manusia menunaikan solat Subuh. Beliau segera berwuduk dan keluar pergi ke masjid. Padahal beliau tiada niat langsung ke situ akan tetapi jiwa beliau sgt gelisah dan tidak tenteram mendengar nasihat anaknya itu. Beliau pon mendirikan solat bersama jemaah masjid. Imam bertakbir dan membaca surah2 dari al-Quran. Imam bersujud...beliau pon turut bersujud sama. Sebaik saje beliau meletakkan dahinya di tempat suhud, tanpa disedari beliau menangis teresak2 sedang x tau ape sebabnya. Itulah pertama kali beliau bersujud kpd Allah semenjak tujuh tahun meninggalkannya.

Kemudian selepas solat, beliau tidak terus tido seperti biasa, akan tetapi beliau terus pergi siap utk pergi kerja. Sebaik tiba di pejabat, kawan karib beliau sungguh terkejut kerana selama ni xpernah pergi kerja awal. Kawan karibnya bertany sbb sikap demikian. Beliau terus menceritakan apa yg telah berlaku mlm td. Ketika menjelang tengah hari, beliau meminta izin utk pulang ke rumah sebentar utk berehat.

Apabila tiba di rumah, tiba2 isteri beliau serta-merta dtg menerpa ke arahnya sambil menangis.

'Apa yg telah berlaku?,' soalnya kehairanan

'Anak kita telah meninggal dunia bang!!. (isteri beliau)

Kenyataan itu bagaikan petir menyambar benak beliau. Seluruh anggota beliau lemah-longlai. Beliau tidak menyangka bahawa orang yang menerangi jalan yg sebnar telah pulang kerahmatullah. Lantas beliau mandikan,mengkapankan dan menyolatkan jenazah anaknya. Selepas itu mengebumikannya, lalu teringt bahawa itu semua adalah ujian dari Allah Azza Wajalla.

sekian, ambillah iktibar dari apa yg ana dpt kat cni. Harap sesiapa yg bace ini dapat menginsafi perbuatan yang telah dilakukan selama ini diharamkan oleh Allah Azza Wajalla.

Diulas oleh ana dari Titisan Air Mata Kerana Allah Siri ke-3..Sesiapa yg nak pinjam buku, boleh btau kat ana..banyak lagi kisah2 taubat yg ade kat buku ni..bkn satu jer..

No comments: