Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 14 November 2008

menilai diri..

Salamun'alaykum. alhamdulillah, kaifa hal? sihat.. (rohani?)

di sini ana ingin kongsikan satu ayat alquran, (pasti tersentuh: tentulah, Allah berkata pada kita.)

ayatnya, surah al-Anfal ayat 70 bermaksud;

....."Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan yang LEBIH BAIK dari apa yang TELAH DIAMBIL darimu dan Dia akan MENGAMPUNI kamu, Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."

Alhamdulillah..

secara ringkasnya dikatakan;

jika kita bersabar dalam menerima ujianNya dengan tenang lagi gembira, serta tabah dengan penuh keimanan, apa yang Allah hilangkan sekejap buat kita, Allah akan ganti yang lebih baik disertai usaha yang gigih.

*Tidak bermakna kita ("membuang masa") jika kita melakukan ibadah2 sunat (yg mendekatkan lagi kita pada Allah) itu, tidak memberi kejayaan kepada keputusan seperti kita idamkan.

*dan tidak bermakna jika kita tidak melakukan amalan sunat pun dah boleh capai kejayaan..

sebenarnya mukmin dan muttaqin yang berjaya mereka menguasai kedua-duanya. berusaha sedaya upaya yang mungkin (selagi terdaya), dan apabila selesai mereka berserah diri kepada Allah. cuba bayangkan maksud BERSERAH DIRI. memulangkan semuanya kepada Allah yang berhak menentukan yang terbaik buatnya. kemudian dihiasi dengan amalan-amalan sunat. ketika itulah rasa kemanisan bertawakkal. (wa jamilit tawakkul 'alaik)

seperti ada dalam satu hadith mengatakan;

............"Dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang Aku sukai seperti ia melaksanakan ibadah wajib yang Aku perintahkan. Dan hamba-Ku mendekatkan dirinya dengan ibadah-ibadah sunat sehingga Aku menyintainya.

Dan apabila Aku telah menyintainya,

maka Aku menjadi pendengarannya apabila ia mendengar,

menjadi penglihatannya, ketika ia melihat,

menjadi tangan yang ia gunakan untuk berjuang,

menjadi kakinya ketika ia melangkah.

Dan apabila ia meminta kepada-Ku, pasti Aku kabulkan.

Dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Aku lindungi. (H.R Bukhari)

--------------------------------------------------------------------

dan ana faham, bukan mudah untuk kita menerima sesuatu ujian dengan hati yang lapang. tapi itu semua memerlukan masa. untuk meyakinkan diri kita yang masih goyah ini, perhatikanlah, dalamilah kisah para sahabiyah yang dapat mengharungi ujian yang lebih berat dari kita. Mereka kuatkan, kentalkan diri mereka dengan qiyamullail setiap hari sebagai cahaya kekuatan. mengingati Allah diwaktu pagi (tilawah, dhuha, zikir dan sbg). kemudian Allah menambahkan keimanan setelah mereka sabar serta digantikan dengan lebih baik teradap apa yang diambil kepada mereka (*sebagai ujian).

Ini tidak bermakna, kita hanya perlu terus bersabar setiap kali kita diuji. tetapi, perlu dilihat semula apa yang silap, kekurangan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Kerana itulah Allah banyak berikan cerita-ceita kaum terdahulu sebagai pelajaran bagi yang berfikir.

Ingat, kisah kaum 'Ad, kaum thamud, kaum nabi Nuh, kamu nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Musa..semuanya memeberi 'ibrah paa kita.

(*umat Islam perlu bangkit dari kesilapan!)

-dari segi pengurusan masa terutamanya (solat, masa belajar, main, baca, tidur, makan, mandi)

-wajibat-wajibat yang perlu dilaksanakan

Bagi mukmin/ah yang sedar, sudah banyak kali Allah ajarkan kita tentang masa. kan? Solat. siapa yang tiada halangan dan keuzuran, perlu SEGERA menunaikannya, ONTIME. bila ontime solat, semuanya Allah permudahkan. kerana bila urusan dengan Allah (solat) selesai, Allah bantu bukakan pintu-pintu kemudahan kepada kita.

(*oh, mudah rupanya~!)

tapi, ini semua perlukan jihad terhadap diri sendiri. macam mana tu? memang kita serba kekurangan malah sampai tahap miskin (peminta sedekah kepada Allah), tapi kita diseru supaya berdoa kepadaNya. Apa yang tidak cukup, insyaAllah dicukupkan. (tapi, perlu dipenuhi syarat2 berdoa). bukan meminta seperti orang tak berperasaan, malah kita digalakkan utk berusaha menangis. Hmm, seperti sahabat Rasulullah, Abu Bakar. sehingga ada di mukanya kesan menangis, kerana sering menangis ketika berdoa.

~doa sebagai SENJATA~

untuk melakukan perubahan, buatlah perancangan dengan sebaiknya. kerana hendak berjaya perlukan perancangan walaupun untuk mencuri. (*di sini bukan untuk mengajak sama2 mencuri). tapi, dengan perancangan itu menampakkan semangat ingin berusaha menjadi yang lebih baik.

-rancang jadual belajar (walaupun seringkali tak terbuat)

-rancang masa main (bagi lelaki, jangan meluangkan masa yang banyak untuk game, set masa)

-rancang masa (apa-apa yang terlibat dalam kehidupan)

=utamakan perkara yang perlu diutamakan. supaya tak menyesal di kemudian hari.

__bersama-sama melakukan perubahan__

wallahua'lam. (*maaf andai ada khilaf)

No comments: