Tolong dan bantulah aku
Wahai Tuhan Punya Dunia dan segala isinya,
Tolong dan rahmatilah aku,
Wahai Tuhan empunya diriku yang hina,
Tolong dan redhailah aku,
Wahai Tuhan Pentadbir Alam Semesta,
Wahai saudaraku seakidahku,
Tolong ingatkan aku andai aku terlupa,
Terlupa bahawa diri ini ada yang punya,
Tolong tegurlah aku andai tersalah,
Tersalah langkah membawa padah,
tolong betulkan aku andai tersasar,
Tersasar jauh dari landasan yang sebenar,
Tolong bantulah aku andai tersungkur,
Tersungkur jatuh dosa melumur,
Tolong doakan aku agar kuat,
Kuat semangat agar jiwa diikat,
Tolong doakan aku agar bertahan,
Bertahan membina taqwa dan iman
Tolong dan tolonglah,
Aku memohon Wahai Tuhan Maha Pengasih,
Tolonglah hambamu ini,
Dalam memperbaiki akhlak dan sahsiah diri,
Wahai manusia yang mengaku saudara,
Tolonglah saudaramu yang berdosa ini.
Dimulakan dengan
Saturday, 15 November 2008
ToLoNgLaH dAkU wAhAi TuHaN....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment