Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Saturday, 22 November 2008

Mana hala tuju kitA?.. let's check it out.. jom bace..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan kalam Allah yang maha suci ana memulakan bicara kita. Bersama kita dalam menjalinkan ukhuwah dan membina kehidupan yang harmoni. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Ar-Rasul S.A.W. junjungan mulia, dan nabi khatimul anbiya’. Tahiyyayun bi tahiyyati Islam, tahiyyatan toyyiban mubarakatan min I’ndillah. Wa hiya “Assalamua’alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh…”

Pertama-tamanya dan untuk selama-lamanya, ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita merafa’ kan kesyukuran kita kepada Allah. Biar kesyukuran itu melangit tinggi, kerana kesyukuran itu menunjukkan kita hamba yang bersyukur. Tiada kerugian daripada bersyukur malah berganda-ganda keuntungan kita. Hitunglah nikmat Allah, nescaya kamu tak akan dapat menghitungnya. (Surah Ibrahim).

Sering kita diingatkan, dalam setiap langkah kita, perlukan niat. Niat yang baik, menunjukkan amal yang akan dilakukan. Tapi dalam tengah beramal, kenapa lain pulak jadinya? Kalau dah jadi macam tu nak buat macam mana? Jawapannya...Perbaharui niat kita (tajdid niat). Untuk apa? Agar langkah kita tidak terpesong dari hadaf sebenar. Tidak lari dari tujuan asal.

Contoh yang paling mudah, internet. Kemajuan dunia siber yang makin canggih mutakhir ini kadang kala boleh dilihat sebagai satu kelebihan bagi kita dalam aspek untuk memajukan diri, kerohanian, tarbiyah, dan pendidikan. Ada pula dalam satu sudut lain terus terjerumus ke dalam keadaan yang 100% kontra.

Tak perlu disebut macam mana, sendiri boleh tahu. Ada satu lagi keadaan. Kadangkala kita terlepas pandang, dan mengambil remeh. Apa dia? Hurm.. katanya nk berdakwah melalui internet.. tapi lain pulak yang dibukanya. Katanya nak merapatkan hubungan sesame batch, tapi bergaduh pulak jadinya, katanya nk berkenalan (lain jantina) tapi bercouple plak jadinya.

Jadi, apa perlu buat? Tajdid balik niat kita, untuk kembali kepada hadaf asal kita.(kecuali untuk contoh ketiga tadi, tak perlu tajdid niat, tapi perlu kuburkan terus niat tersebut :D).

Di pengakhirannya, Berjaya atau tidak amal kita?

Berjaya atau tidak itu bukan soalnya, kerana biarlah Allah yang menilai amalan kita. Atas dasar apa ana bercakap ini? Sudah tentu Allah telah menyebut didalam al-Quran, Allah tidak menilai banyak mana amalan yang kamu telah kerjakan, tetapi sebaik mana amalan tersebut telah kamu kerjakan. Contoh paling mudah, dalam suasana kita menuntut ilmu. Andai di tanya kenapa kita belajar, pasti rata-rata akan menjawab kerana Allah (lihat sahaja banner SPM setiap tahun).


Ketika peperiksaan SPM, kita mengharapkan untuk melakukan yang terbaik, bukan untuk mengambil SPM seberapa banyak yang mungkin. Begitu juga ibadah, lakukan setap amalan itu dengan keadaan yang terBAIK. Di pengakhirannya bagaimana? Jika kita berjaya… Allah ada mengajar kita, bagaimana di pengakhiran amal kita. Dalam surah al-Nash ayat ketiga “maka bertasbihlah dgn memuji Allah, dan beristighfarlah….” Dua perkara yang perlu dititikberatkan. Memuji Allah menandakan kita bersyukur, adab sebagai seorang hamba dan beristighfar.

Kenapa perlu istighfar? Dr Hamka ada menyebut dalam Tafsir Pimpinan Rahman, bahawa, dalam kita bekerja, beramal, dikhuatiri di tengah perjalanan kita ada perkara yang kita lakukan yang tidak disukai oleh Allah. Itulah dia, tajdid niat kita selalu, ditambah dgn istighfar. Kot2 kita terlari dari tujuan asal kita. Astaghfirullah 3x..

Sambung kembali contoh kita dalam belajar, andai peperiksaan kita menunjukkan prestasi yang sungguh cemerlang, perlu istighfar lagi ke? Ya, sebagai seorang hamba, perlu sangat-sangat meminta ampun kepada tuannya penciptanya setiap masa. Kerana apa? Kadang-kadang ketika kita belajar, kita ada mengabaikan hak pencipta kita. Tengah belajar, tiba-tiba azan isya’ berkumandang. “sekejap lagi lah… tengah syok stadi nih…” akhirnya, terlepas laa solat berjemaah. Banyak lagi contoh. Sendiri mau ingat laa ye…

Ikhwah dan akhawat sekalian,

Untuk apa Allah wujudkan syurga.. Dan untuk apa Allah wujudkan syurga? Dan kenapa Allah ciptakan hamba-hambanya berlainan antara satu sama lain? Sedangkan Allah berkuasa untuk mengislahkan umat manusia satu bumi? Jawapannya ada dalam sirah nabi. Tak perlu untuk ana ceritakan kembali sirah tersebut.

Tapi perlunya kita menimbang diri kita di mana kita berada. Atas, bawah, depan, belakang, kiri, kanan? Sesungguhnya percanggahan pendapat, ataupun khilaf dalam masyarakat bukan satu tanda perpecahan. Tetapi sebagai tanda rahmat Allah sekalian alam. Kerana itulah yang mewarnai bumi ini. Cuma manusia sahaja yang menyatakan itu sebagai perpecahan. Sekali lagi ana tekankan, khilaf bukan bermaknan perpecahan, kerana khilaf itu rahmat, tetapi perpecahan itu laknat!!!.. Ayuh, hubungkan kembali silah dan rabitah sesama manusia dan bina kembali kepada satu binaan yang kukuh.

Ana mengerti situasi antum di tingkatan empat SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH. Sebab keadaan sedemikian rupa telah 10 batch melaluinya. Soalnya, bagaimana mengatasinya. Masing-masing ada taklifat yang tersendiri. PRS ada kerjanya dalam tarbiyah, PENGAWAS ada peranannya dalam disiplin sekolah, KRS juga tetap ada pengaruh dalam tarbiyah sekolah. Masing-masing punyai peranan tersendiri. Dan kesemuanya amanah dari Allah. Usah kita rasai betapa tak perlunya “saya” dalam komuniti ini. Tidak!!

Walaubagaimanapun, ana akui kadang-kala tercalit sedikit rasa tidak puas hati dalam kalangan kita. Katanya dia sudah sombong, PRS kian menjauh omongnya…. Benarkah? Mungkin Cuma satu andaian awal tanpa sebarang manipulasi yang jelas. Apa-apapun, bawaklah berbincang. Hal ini lebih elok dari menghentam mana-mana individu, seolah-olah baling batu, sembunyi tangan dan bersiul seolah tiada apa-apa berlaku.

Sahabat, kita bukan lagi kanak-kanak yang bergaduh rebutkan mainan. Kita rebutkan redha Allah. Redha Allah tidak datang dalam perpecahan dan pergaduhan. Tetapi redha Allah ada bersama hati-hati yang terpaut atas dasar cinta padanya.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian,

Acap kali kita dengar perkataan jahiliyyah. Udah bosan gamaknya bila dengar perkataan itu. Kenapa? Bagi ana bila kita takrifkan kembali perkataan tersebut, segelintir sahabat kita suka untuk menjadikannya satu perbincangan istilah. Maksud ana perbincangan tentang makna jahiliyyah sedalam-dalamnya, kita arif tentang hukum-hukum fiqh, perbahasan mengenainya, dan khilaf ulama’ mengenai takrifannya.

Tetapi apa yang lebih penting? Perasaan yang khusyu’ mengalir dalam hati bagaikan air sungai yang mengalir dan membasahi setiap permukaan yang dilaluinya dan inginkan perubahan (taghyir) dalam diri untuk membuang jahiliyyah jauh-jauh dalam diri. Kata al-khattab, kita tak akan kenal jahiliyyah selagi mana kita tak keluar dari nya. Dengar pula kata Syed Qutb, mereka ini (segelintir ulama’ pada ketika itu) berkata-kata tentang agama, tetapi sebenarnya mereka berkata tentang jahiliyyah. Nau’zubillahiminzalik.

Moga-moga blog ini tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan oleh tokoh tersebut. Berdoa’alah sahabat-sahabat sekalian, mudah-mudahan Allah terima amalan kita, dan dihindari daripada jahiliyyah tersebut. Dalam firman Allah, surah al-A’raf, Allah memberitahu “ada segolongan manusia Allah biarkan mereka dalam kesesatan sedang mereka tidak mengetahuinya”.

Bayangkan sahabat sekalian, dalam keadaan tidak kita sedari, Allah melaknat kita. Disebabkan amalan kita, Allah biarkan kita dalam kesesatan. Sedang kita masih menyatakan bahawa “aku berada di jalan yang benar”. Bagaimana pengakhirannya? Jelas sekali bukan syurga tempatnya. Sekali lagi semoga Allah tidak menggolongkan kita dalam golongan tersebut.



Akhir kalam, ingin sekali ana sampaikan pesan al-Banna kepada pemuda.

“Risalah ila Syabab”

“Sesungguhnya pemuda-pemuda yang lama dan yang baru, adalah merupakan tiang bagi setiap kebangkiatan, dan bagi setiap kebangkitan, ada kekuatan yang tersembunyi, dan bagi setiap idea(fikrah), ada seseorang yang memikulnya”

Moga-moga orang tersebut itu adalah kita.. amin.

Dr Ahmad Fahmi Abdullah

Kaherah

22 November 2008

*post edited by admin

No comments: