Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 9 August 2009

ke.mati.an

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Memang benar dan lagi tepat.kematian itu adalah sebaik-baik peringatan buat yang hidup.

kematian adalah sesuatu yg amat perit,sukar,sakit..masyaAllah..dan pasti dilalui oleh setiap hamba yang hidup. bilakah kali terakhir anda mengingatinya?!

pernah dalam sebuah perbualan:

hamba 1:sepatutnya bila kita nak meninggal (mati),kita gembira.....sangat.sebab nak berjumpa dengan Allah. :)

hamba 2:gembira? masyaAllah.itu jika seseorang itu benar2 telah bersedia dengan ajalnya.

hamba 1:kenapa tak bersedia pula?!

hamba 2:sebab kematian kan datang tiba-tiba.kita tak tahu.

hamba 1:bukankah kita seorang hamba.memang diciptakan untuk menyembahNya, melakukan ketaatan kepadaNya.orang yang tak bersedia itu kerana dia tak sedar akn kematian!!

hamba 2:masyaAllah..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

anda tergolong yang mana?

ketahuilah,orang yang sentiasa merasakan akan kematian,hidupnya sentiasa tergesa2 dalam melaksanakan tugasnya,tanggungjawabnya,amal ibadahnya.maksud tergesa2 bukanlah bermakna tergopoh gapah.tetapi dia selalu bersegera dalam tindakannya.kerana dia tidak tahu bila gilirannya,yang datang tiba2 itu.dia tidak tahu sempatkah melaksanakan semua amanahnya.dia tidak tahu amalan apakah yang terakhir buatnya.

dia tidak menggunakan masanya dengan bersantai2.perbualan kosong.termenung kosong.
ber-angan-angan.berkata sesuatu yang tidak baik.ketawa sepanjang masa.melakukan perkara yang dilarang.malah dia tidak suka melakukan perkara yang tak memberinya manfaat yang mutlak untuk akhirat.

dengarlah Saidina Umar r.a berpesan:

Kita berjalan kepada AJAL setiap detik,
siang dan malam kita dilipat (berlalu),
Itulah tahap2 perjalanan ke akhirat.

Aku benar2 tidak pernah melihat sesuatu seperti kematian,
seolah-olah ia palsu apabila ia dilangkaui angan2.

Alangkah buruknya kecuaian pada usia yang penuh angan2.

Berangkatlah daripada dunia dengan bekalan taqwa,
Umurmu hanyalah beberapa hari yang
sedikit.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Benar.sungguh, kita memang bergembira dengan hari-hari yang kita lalui.tetapi sedarlah, setiap hari yang berlalu mendekatkan kita kepada ajal.

kerna itulah kita semua tidak boleh bertangguh dengan masa.Apabila kita berpagi,janganlah bertangguh ke petang.dan apabila ita berpetang janganlah bertangguh ke paginya..bersegeralah dengan kebaikan.

janganlah sempatkan waktu itu,dengan melakukan kemungkaran kepada Allah atau sesuatu yang sia-sia.kelak,akan memberi penyesalan selamanya.


Rasulullah ada berpesan:

manfaatkanlah kesihatanmu untuk sakitmu,
dan hidupmu untuk matimu.

wahai hamba! sedarlah akan kematian.Ingatlah ayat ini:

"Inna li-llah wa inna ilaihi raaj'iuun"
Aku seorang hamba kepunyaan Allah,dan hanya kepadaNya jua aku akan kembali.


jadikan masa yang ada,benar2 masa yang dinilai Allah dengan kebaikan.biarkan nafasmu terputus dalam keadaan yang diredhai Allah.amiin..

selamat berjuang!!

1 comment:

Unknown said...

semoga dapat memanfaatkan masa hidup ni sebaiknya?