Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Tuesday, 8 April 2008

/!\ Perhatian/!\

Kepada semua pelajar 4 Ittihad,
sila hantar informasi kelas paling last pada hari Rabu bersamaan dgn 9 April 2008
FYI, pelajar banin da antar cket da,
pelajar banat bila plak?
da braper kali dateline da,
tp semua x hantar2...
ingt!
last hanya hari Rabu dan tiada last lagi selepas itu..
sekian~



p/s: ni tugas Daeng snanyer, ana lak yg kne bwat..haishhh!

Monday, 7 April 2008

Boikot Produk Belanda

Berikut merupakan senarai barangan dan produk Belanda/Dutch

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi

31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain

MeNyInGkAp KeAjAiBaN tAhAjUd

BILA disebut solat tahajud, pasti yang tergambar di minda kita ialah hikmah dan manfaat yang diperoleh hasil daripada pengamalan ibadat sunat tersebut.
Firman Allah SWT: Orang yang solat tahajud akan memperoleh bermacam-macam nikmat yang menyejukkan pandangan mata (as-Sajdah: 16 hingga 17), tutur kata yang berkesan, mantap dan berkualiti, qaulan tsaqila (al-Muzzammil: 5).

Manakala dalam surah al-Israk ayat 79 menjelaskan pengamalnya memperoleh tempat yang terpuji, maqaman mahmudah, baik di dunia mahupun di akhirat dan di sisi Allah.
“Selain itu, bersolat tahajud juga dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.” (riwayat al-Tirmizi)
Dalam hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa solat tahajud itu memiliki manfaat praktis, baik dari segi keagamaan mahupun dari sudut kesihatan.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa solat tahajud ini dapat menjaga homeostasis tubuh. Ini bererti Allah mensyariatkan solat tahajud dan supaya dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan bukan untuk kepentingan Allah semata-mata tetapi demi kepentingan yang menjalankan itu sendiri.

Hal ini dijelaskan dalam surah al-Jasiyah ayat 15 yang bermaksud: Sesiapa yang menjalankan amal soleh, maka itu adalah untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri...

Lantaran itu, penerbitan buku berjudul, Terapi Solat Tahajud-Mukjizat Penyembuh Penyakit oleh PTS Millennia akan mengetengahkan penemuan-penemuan saintifik melalui kaedah psikoneuroimunologi mengenai kuasa penyembuhan yang dihasilkan melalui solat tahajud, teknik dan panduan bagi mewujudkan kuasa penyembuhan dalam solat tahajud yang kita lakukan serta bukti dan fakta-fakta benar yang dapat meningkatkan keyakinan mengenai mukjizat solat tahajud.

Keterangan ini sekali gus membuktikan solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan kekuatan dalaman manusia bahkan ia berupaya meningkatkan kesihatan tubuh dengan menguatkan sistem imunisasi. Bahkan mereka yang menderita sakit-sakit kronik juga mempunyai peluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud.

Sedikit mengenai penulisnya, Dr. Mohammad Salleh adalah pengasas klinik terapi solat tahajud yang terletak di Masjid al-Akbar, Surabaya, Indonesia. Ramai orang yang mendapat manfaat dari klinik ini dan terbukti, ramai yang semakin sihat serta bertambah kekuatan rohaniah.
Justeru, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini dan miliki buku Terapi Solat Tahajud-Mukjizat Penyembuh Penyakit untuk anda menjadi antara individu yang memanfaatkan mukjizat ini dan sentiasa gunakan nikmat tahajud ini dfengan sebaik mungkin...

Sunday, 6 April 2008

Jaulah Tarbawi ke Indonesia

Pengenalan

Jaulah Tarbawi adalah satu perjalanan khas buat mereka yang inginkan sebuah kelainan. Perjalanan ini bertujuan mendidik diri secara alami, untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta, untuk berukhuwwah sesama insan dan untuk membuka minda terhadap budaya yang lain dari budaya di Malaysia.

Jaulah Tarbawi adalah satu perjalanan selama lima hari. Di mana pada setiap hari diselitkan aktiviti yang bermakna buat Sang Musafir yang mengikuti perjalanan ini.

Sifat perjalanan yang santai adalah demi membuka ruang dan peluang buat Sang Musafir untuk bersilaturrahmi bersama dengan Musafir lainnya serta untuk bertafakur tentang keindahan alam ciptaan ilahi.Pengalaman yang bakal dilalui bermula dari kesibukan Jakarta melalui Bandung terus menuju ke ketenangan desa di sekitar Garut.

Jadual Perjalanan Tentatif

Perjalanan akan mengambil sekitar 3 hari dan 4 malam, dan perjalanannya bermula dari malam 25 Mei hingga ke pagi 29 Mei 2008.

Perincian perjalanan adalah seperti berikut:

Ahad, 25 Mei 2008



Bertolak ke Jakarta (malam).
Bermalam di Pondok Gede, Tuan Rumah; Pak Sono.

Isnin, 26 Mei 2008
Bertolak ke Giri Harja.
Bermalam di rumah penduduk tempatan secara “homestay”.
Aktiviti hari ini:

* Kuliah Subuh di Rumah Pak Sono.
* Lawatan ke Industri Rumah tempatan.
* Lawatan ke Bandung (tumpuan pembelian buku).
* Pertunjukan Budaya.

Selasa, 27 Mei 2008
Bertolak ke Garut.
Bermalam di rumah penduduk tempatan secara “homestay”.
Aktiviti hari ini:

* Ke Cipanas (sumber air panas).
* Rehlah mendaki Gunung Gede.

Gunung Gede

Rabu, 28 Mei 2008
Pulang ke Jakarta.
Pulang ke Malaysia.

Anggaran Kos
Antara RM500-700.

Sasaran Peserta
36 orang.


Berminat?

Peluang untuk mengikuti Jaula Tarbawi dibuka sekarang!

Harga antara RM500-700.

Tempah tempat anda sekarang, lebih awal lebih murah.

Sila hubungi kami di bawah untuk pertanyaan lanjut:
  1. ‘Umayr (013-2780941)
  2. Pak Uteh (012-7126994)

Atau emailkan kepada [ hidef.grp@gmail.com ] dengan tajuk “Jaula Tarbawi”.

Haram...

Assalamu'alaykum w.b.t,

How's everyone? Fine?Alhamdulillah, Allah has given us chance to live for one more day.Long time no write over here...What should I write here? hmmm....

Do you know the word 'haram'? It is the state of a work or deed that we shouldn't do, that if we do we got sin, do you know sin? in Malay: DOSA. There are some things that we can get a free sin for doing that, like: stealing, cheating, drinking alcoholic drink, gambling etc....

You must think:"What does he know about those things, like he hasn't done anything of those".

Alright then, to tell you the truth, I have gambled before (*O*). No, not by playing those stupid cards(oops, terkasar bahasa, sori), it's by playing the marbles (guli), it's if you win you can get what you get in that game, I've lost my fav marble in that game, kinda sad though(sigh).

(Okay, enough with my story, just move on with the subject already!)

As you all know, we need not do these kind of things, especially gambling, it's a waste of money:

"Wala tubazzir tabzira, innal mubazzirina kaanu ikhwana Sayathin wakana syaithanu lirabbihu kafura” (Al Isra : 27),

And we all must remember that we don't belong to this humongous world, because we are on our journey to a place that is 10^10000(not an accurate number) times humongous than this world. So, 'berkejarlah menuju kebaikan'(tak ingat la dalil dia apa).

Okay, who wants to comment, 'silakan', I DON'T CARE! Al muhim:

(correct me if I am wrong)

Wassalam...

Saturday, 5 April 2008

KeBuRuKaN HaSaD DeNgKi

Bismillahirramanirrahim

Hasad ialah rasa benci terhadap nikmat Allah yg ada pd saudara sesama Islam dan ingin sangat supaya nikmat hilang dari orang tersebut itu

Rasulullah bersabda :
Maksudnya: "Hasad itu memakan berbagai kebaikan sebagaimana api memakan kayu"(Ibn Majah)

Ketahuilah kita semua bahawasanya tidak ada kejahatan sama sekali yg lebih bahaya drpd hasad dengki, kerana sifat hasad itu akan menjerumuskan orang yg bersifat dengannya ke dalam 5 balasan buruk sebelum orang yg dihasadnya itu ditimpa sesuatu yg tidak disukai.

1.Kesusahan yg tidak putus-putus
2.Musibah yg tidak dapat pahala
3.Sifat tercela yg tidak dapat pujian
4.Allah murka keatasnya
5.Ditutp pintu tawfiq keatasnya

Setengah orang al-ariffin berkata: "3 golongan manusia yg tidak akn dikabulkan doa mereka:
1. Orang yg makan yg haram
2. Orang yg banyak mengumpat
3. Orang yg hatinya ada sifat benci dan hasad terhadap orang2 Islam

Rasulullah bersabda lagi:
"Hai anakku kiranya engkau boleh hidup diwaktu pagi dan petang sedang hatimu tidak bersifat hasad dan tipudaya terhadap seseorang, maka lakukanlah begitu" (at-Tirmizi)

Adapun hasad yg bermaksud sebagai cita2 dan kemahuan agar ia mendapat sesuatu agar ia mendapat sesuatu sebagaimana yg ada pada oranglain itu adalah sifat terpuji di sisi syarak secara qat'ie sekiranya perkara itu kebaikan untuk akhirat..

Akhir kalam.....bersamalah kita mengislahkan diri kita supaya menjadi lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini kerana celakalah orang yg hari ini lebih teruk dari semalam dan hari esok lebih teruk dari hari ini...

Wednesday, 2 April 2008

Bahasa, Bahasa dan Bahasa

salam...
Bahasa jiwa bangsa... Kalau antum mengambil berat perihal bangsa yang kian lupa-lupa terhantuk kepala, silalah baca dengan penuh rasa takzim. Terima kasih.

Dunia Weblog Cemarkan Bahasa dan Sastera
Oleh Nimoiz T.Y

SEPERTI kata Mohd. Dahrie Zakaria dalam rencananya Mendekati Sastera Siber (Tunas Cipta, Julai 2006), weblog agak popular di kalangan anak-anak muda sekarang dan tidak terhad kepada sasterawan semata-mata. Sebaliknya, medium ini turut didominasi pelbagai lapisan masyarakat; daripada politikus, pentadbir, budayawan, artis lakon dan sebagainya. Bagaimanapun, sebagai salah seorang pengamal sastera siber, saya agak resah dah risau dengan perkembangan weblog sekarang ini. Macam-macam berlaku di dunia weblog tanpa ada pemantauan daripada pihak-pihak berkenaan.

Weblog telah dijadikan medan untuk melampiaskan ketidaksenonohan dalam berbahasa. Soal kebahasaan tidak dititikberatkan. Kalau di media massa yang lain, satu perkataan yang tidak betul menjadi perdebatan hangat di kalangan induk masyarakat, pencinta bahasa Melayu, ahli linguistik, sasterawan malah sampai ke peringkat parlimen. Namun, beribu-ribu penyalahgunaan bahasa di weblog tidak mendapat perhatian mana-mana pihak. Impaknya, penulis-penulis weblog yang ‘tidak sedar diri’ ini terus sahaja bermaharajalela di dunia siber.

Mudah

Media massa dalam konteks persuratan dan visual lebih mencakupi Malaysia sahaja, sedangkan weblog boleh dicapai di seluruh dunia. Sememangnya, sastera siber mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia. Tidak ramai yang memiliki laman web persendirian kerana pemilik laman web persendirian perlu membayar sejumlah wang kepada pembekal server. Justeru, weblog merupakan medium terbaik memandangkan sifatnya yang mesra pengguna. Siapa-siapa sahaja boleh memiliki weblog persendirian termasuklah kanak-kanak yang masih di bangku sekolah rendah. Di weblog, seseorang itu boleh berinteraksi, bertukar-tukar fikiran dan melontarkan buah fikiran masing-masing. Tulislah apa-apa sahaja mencakupi bab politik, ekonomi, sosial, agama, sastera, budaya, sukan dan sebagainya.
Mudah sahaja. Yang penting sesorang itu mestilah tahu serba sedikit tentang komputer. Mesti tahu serba sedikit tentang dunia internet. Kalau tidak tahu, boleh sahaja belajar secara sendirian, belajar daripada ahli keluarga yang celik komputer atau memilih untuk belajar di pusat-pusat komputer. Paling utama, mereka perlu ada minat dan kesungguhan. Pertama sekali, mereka yang ingin memiliki weblog perlulah memilih mana-mana kerangka weblog yang digemari. Sekarang ini, terdapat banyak kerangka weblog di internet yang boleh dimiliki secara percuma. Antara yang agak popular ialah blogspot (http://domainpemilik.blogspot.com), blogdrive (http://domainpemilik.blogdrive.com) dan multiply (www.domainpemilik.multiply.com) – (sekadar menyebut beberapa weblog).
Seterusnya, mereka perlulah melengkapkan beberapa ruangan seperti username, password dan sebagainya. Selepas itu mereka bolehkan memilih rekaletak, warna latar dan sebagainya. Kalau ada yang lebih inovatif, mereka boleh menjadikan weblog mereka lebih interaktif dan dinamik sifatnya dengan meletakkan animasi, grafik, lagu, video dan sebagainya menggunakan kod html. Kalau tidak berapa faham kod-kod html, mereka boleh sahaja menyalin kod ini daripada bar view dan klik pada source di weblog orang lain seterusnya mengikut arahan salin dan tampal. Dalam beberapa minit sahaja, seseorang itu kini telah memiliki weblog persendirian. Sesiapa sahaja boleh mencapainya di segenap pelosok dunia sejurus selepas itu. Untuk masa-masa akan datang, mereka hanya perlu mengemaskini bahagian entri weblog sahaja.

Pencemaran

Banyak kesalahan tatabahasa dilakukan oleh penulis entri weblog. Antaranya kesalahan yang tidak disengajakan seperti kata bilangan, kata sendi, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, kata ganda berimbuhan, kata ganda seluruh, kata hubung, frasa sendi, frasa adjektif dan sebagainya. Mungkin kesalahan ini dapat dimaafkan kerana tidak semua penulis weblog fasih bab-bab tatabahasa. Yang menjadi masalahnya, ramai penulis weblog menulis kesalahan yang terlalu besar secara sengaja. Bagi saya, kesalahan ini tidak dapat dimaafkan sehingga mereka membetukannya kembali.
Antaranya ialah mencampur aduk perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris (lalu terhasillah apa yang dinamakan bahasa rojak). Menulis ayat yang bercelaru, ringkasan perkataan persis menulis mesej pesanan ringkas (sms), dan kerancuan dalam berbahasa yang ketara. Sebenarnya penulis weblog sedar akan kesalahan ini. Namun mereka meneruskan juga kerana sifat tidak bertanggungjawab. Pengabaian ini mencemarkan bahasa Melayu. Penulis weblog sepatutnya mengambil pertimbangan sentimen bahasa Melayu kerana martabat bahasa Melayu terletak di tangan kita sendiri.
Di kalangan penulis sastera, mereka juga menjadikan ruangan entri ini untuk mengasah bakat sastera. Bagus. Ini merupakan langkah yang wajar sebagai satu nilai tambah (value added) berbanding mereka yang buta internet. Mereka bertindak sebagai penulis, dan mereka jugalah yang bertindak sebagai editor. Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, akibat tidak ambil kisah dengan nilai-nilai sastera, mereka mempermainkan sastera. Lebih daripada itu, mereka menjadikan sastera sebagai medan melampisakan rasa ketidakpuasan hati kepada mana-mana pihak tanpa mengambil kira sentimen pihak lain. Sepatutnya, mereka kembali kepada akar sastera itu sendiri yang bersifat halus dengan tidak mengabaikan nilai-nilai seni. Kalau begini keadaannya, sastera Melayu akan hancur.
Seseorang pengunjung weblog boleh membaca kembali entri lama kerana weblog menyediakan ruangan pautan entri terdahulu. Atau dalam ungkapan yang lebih dominan dipanggil arkib. Arkib ini tidak akan hilang melainkan pemilik weblog itu sendiri yang membuangnya. Lalu, arkib ini akan terus menjadi monumen sejarah yang sentiasa boleh ditatap. Dan monumen kesalahan ini akan kekal abadi menjadi kesalahan tanpa ada seorang pun yang membetulkannya.

Faktor

Terdapat banyak faktor yang memungkinkan mengapa seseorang penulis weblog itu tidak mementingkan aspek tatabahasa. Antaranya, mereka memandang remeh aspek ini. Sebabnya mereka tidak ada kesedaran moral akan perlunya menulis entri blog dalam bahasa Melayu yang betul. Yang kedua, mereka sengaja merendah-rendahkan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Mereka buat tidak ambil kisah sahaja.
Memang, weblog biasanya bersifat santai. Maka, mereka pun menulis entri weblog secara santai juga. Lalu soal kebahasaan tidak diambil kira. Barangkali ini disebabkan oleh faktor pengunjung juga. Ada pengunjung yang suka membaca enti weblog yang ditulis secara santai dan bersahaja. Mereka mahu membaca dalam keadaan santai dan tidak perlu memberatkan minda.
Menariknya, weblog ada menyediakan ruangan statistik, pautan ke weblog serta laman web lain dan ruangan sembang-sembang. Di ruangan statistik, kita boleh melihat samada weblog itu kerap dikunjungi atau tidak. Ada penulis weblog yang tulis main-main sahaja (dengan bahasa rojak, tatabahasa tunggang langgang, bahasa rancu). Namun isunya menarik. Maka dengan ini, penulis weblog akan terus dengan keadaan begitu. Mereka semakin rajin untuk mengemaskini weblog masing-masing tiap-tiap hari kerana ada unsur galakan iaitu sambutan pengunjung yang memberansangkan. Dan pencemaran bahasa san sastera terus berulangan.

Kesedaran

Agak sukar juga untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan medium weblog. Ini kerana kerangka weblog biasanya diusahakan oleh pakar-pakar IT daripada luar negara. Caranya tidak lain dan tidak bukan, pihak-pihak tertentu boleh sahaja menyenarai hitakamkan penama-penama mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Pada hemat saya, hanya kesedaran sivik akan pentingnya kita memartabatkan bahasa Melayu sahaja akan memungkinkan perkara ini dapat diatasi. Pemilik-pemilik weblog yang bertanggungjawab juga perlulah membuang pautan (link) rakan-rakan yang tidak menitikberatkan soal bahasa dan sastera supaya weblog itu tidak tersebar.
Tidak dinafikan, ada ramai pemilik weblog yang bertanggungjawab. Yang mementingkan aspek bahasa dan sastera Melayu. Namun, kasihanilah kelompok ini kerana mereka juga menerima tempias yang sama kerana ibarat setitik nila, rosak susu sebelanga. Bagi mereka yang jarang-jarang menjelajah di dunia weblog, katakan pada suatu hari mereka terbaca sebuah entri yang mencemarkan bahasa Melayu, pasti mereka akan menganggap bahawa semua entri adalah sampah. Padahal tidak semuanya begitu.
Weblog kini dianggap sebagai koleksi digital yang tidak dinafikan lagi akan kepentingan dan potensinya. Koleksi digital ini memudahkan lagi pengaksesan maklumat yang lebih global merentasi sempadan. Sepatutnya, weblog harus menjadi medium penyebaran maklumat bahasa, sastera dan budaya melayu dalam talian selain menjadi korpus bahasa dan sastera Melayu. Namun kini, sebaliknya telah terjadi.
Seperti kata Mohd. Dahrie Zakaria, kebanyakan penulis muda sekarang yang mesra siber, akan mendominasi medan sastera perdana pada suatu hari nanti. Mungkin. Dan saya sokong kenyataan ini. Namun, walaupun mereka dapat pergi jauh, bagi saya mereka tidak berguna untuk bangsa kerana mereka ibarat musuh dalam lipatan, dalam diam memusnahkan bahasa Melayu. Kini, jurang digital tidak lagi wujud di kalangan pengamal sastera. Yang wujud adalah jurang nilai itu sendiri.
-------

Monday, 31 March 2008

Adakah kau lupa?

bismillahirrahmannirrahim,








alhamdulillah.

Sunday, 30 March 2008

KEJAYAAN BUKAN MILIK KITA!!

Orang yang berjaya amat mengetahui
siapa diri mereka dan apa yang mereka inginkan.
Mereka menginginkan perkembangan
yang berbeza setiap hari.

Kegagalan hanyalah kesempatan untuk
memulakan semula dengan lebih baik lagi.
Belajarlah dari kesilapan.

Tegakkanlah daulah Islam di dalam diri kamu
nanti
akan tertegaklah
daulah Islam diatas muka bumi ini.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.. akhirnya programyg kita nntikan ini tlh pun berlalu dgn jayanya.Sekalung tahniah kepada pelajar SMIH khususnya GENERASI 11 yg telah mencipta sejarah baru dalam diari HIDAYAH..Semoga kejayaan itu akan menyuntik semangat kita untk terus maju dan BERGERAK SEIRING UNTUK MENGGAPAI HARAPAN.

Namun pernahkah kita terfikir ........................
Apakah kejayaan itu akan kekal abadi bersama kita?
Adakah kejayaan yang kita perolehi itu adalah hasil titik peluh kita semata-mata?
Sudah puaskah kita dgn kejayaan itu sdgkn bnyk lg ranjau onak n duri yg menanti kita
dihadapan?

Adakah kita sume pernah mengucapkan lafaz terima kasih kpd guru2 yg tdk prnh mengenal erti jemu dan penat dlm mendidik kita siang dan malam?
Apakah balasan kita untuk mereka?
Pernahkah kita memohon maaf diats segala khilaf?
Adakah kita dikira pelajar yg menghargai jasa jika tdk mmbuat apa yg disuruh oleh mrk?

Bagaimana pula dengan hubungan kita dengan Tuhan kita?
Semakin dekat atau jauh?
Kalau dulu kita rajin solat dhuha, puasa sunat, bangun malam untuk qiamullail, sentiasa doa selepas solat, istiqamah dalam sume amaln sunat..........
Tetapi mengapa sume itu tidak kelihatan lagi pada diri kita?
Adakah kita sudah berpaling dariNya?
Adakah kita ni hamba yang kufur akan NikmatNya?
Lupakah kita akan segala pemberianNya pada diri kita?

AYUH...mari kita mengisafi diri kita
Segera bangun dan bangkit dari mimpi-mimpi yg indah
Perkukuhkan iman kita
Perbaiki amalan soleh kita
Perelokkan akhlak kita
Rapatkan semula hubungan yang telah kita jalinkan dengan Tuhan kita
Kerana sesungguhnya kejayaan yg hakiki menanti kita

Buang yang keruh dan ambil yang jernih
Perluaskan langkah kita
Yakinlah dengan apa yang kita lakukan
Kerana masih ada ruang dan waktu untuk kita gapai kejaayan ITU....

Monday, 24 March 2008

BANGKITLAH WAHAI PARA MUJAHIDIN

Mujahid
Mujahid Islam...

Betapa aku sungguh inginkan gelaran itu.
Namun terdetik di hati,
Apakah aku layak??

Tersentak...
Tatkala ada yang menggelarku demikian.
Walaupun aku sekadar menyampaikan,
Apa yang aku rasa diperlukan,
Oleh seorang saudara yang memerlukan.. .
Dari Kitab Allah... Al-Qur'an.

Aku melihat kembali
Apakah layaknya diri?
Aku merenung kembali
Menerjah ke kalbu hati


Apakah diri ini sudah selesai urusan hati?
Apakah diri ini sudah mencintai RABBIY?
Apakah diri ini sudah taubat sepenuh hati?
Apakah diri ini sudah munajat mengharap ILAHIY?
Apakah diri ini...?
Apakah diri ini...?
Apakah diri ini...?
Lalu apakah diri ini...?
Dan seribu satu macam persoalan...


Aku belum berjihad sesungguhnya
Aku belum mengharap syahid sesungguhnya
Aku masih takut mati sesungguhnya
Aku masih belum lengkap Rukun Islamku
Aku masih terkontang-kanting mencari kebenaran
Mencari secebis ketenangan dalam seribu kekeliruan

Maka apakah aku layak sebagai Mujahid Islam??

Sungguh...
Aku takuti harapan tidak tertemui
Lantas membawa kegundahan
Lantaran harapan tidak kesampaian.

Sungguh...
Aku takut dilihat manusia dengan pandangan
Yang belum tentu akan mencerminkan kebenaran
Hakikat diriku dan hatiku tentang keimanan

Ya Allah...
Engkau telah mengurniakan aku kepetahan berkata-kata
Maka kau peliharalah diriku dari fitnah manisnya kata
Semoga semua ikatanku bukanlah atas rapuhnya bahasa
Yang indah ditutur tersisip ungkapan menyentuh jiwa

Namun kau jadikanlah semua sahabatku rapat
Atas dasar kekuatan iman.
Atas dasar keutuhan taqwa.
Atas dasar ukhuwwah yang hakiki.
Atas dasar mengharap redhaMu, ILAAHIY.

Ya ILAAHIY...
Terimalah du'aku ini.
Hamba yang mengharap...
Merindu...
Redha dan kasih ILAAHIY.
Hamba yang ingin jua mencintai...
ALLAHU RABBIY.

Bangkitlah MUJAHID bangkitlah,
Rapatkan barisan rapatkan,
Ayunkanlah langkah perjuangan,
Mati Syahid atau Hidup Mulia......

Sunday, 23 March 2008

GT Expedition 2008

Gunung tahan. Mesti ramai yang ternanti-nanti kisah gunung tahan. Haha... Masalahnya ana malas nak menaip. :P

Terlalu banyak pengalaman manis, terlalu banyak pengalaman, terlalu mendalam ertinya ya Allah tak tahu nak cakap apa. Bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah memilih ana untuk berjuang dalam medan ni.

Kata orang bukan calang-calang orang boleh mengharungi rintangan menuju ke puncak. Sedangkan pendaki gunung everest berpatah balik sebelum satu perempat perjalanan... Tapi orang buta pun boleh sampai ke puncak. Macam-macam yang abang-abang guide cerita.

Cabaran demi cabaran. Hujan, injuries, kepenatan, kesejukan dan pelbagai ragam manusia. Beban yang tergalas di bahu mungkin melebihi 10kg bagi banat dan mungkin mencecah 15 kg bagi banin. (Bawak khemah) Hampir 100km berjalan kaki, mengharungi belukar, mendaki sekurang-kurangnya 27 bukit, 7 gunung, 7 sungai dan bermalam di 7 campsite berlampukan bulan dan bintang...

Cabaran mental paling utama. Huhuhu.. Ape lagi bila semua orang mentauliahkan ana sebagai seorang doktor, buntu ana dibuatnya. Boleh bukak hospital rasanya. Banin panggil ana doktor sampai abang2 guide pun terikut sama. Heheh... Feymes kejap.

Lepas tu extend trip, miss class 2 hari. (Ana tak pernah tak dtg sekolah lagi tahun ni) Apabila 3 orang budak ittihad tak datang, masa ana call maziah dari jerantut dia memberitahu bahawa keadaan kelas unusually senyap. haha... baru korang tahu rindu..

Hari rabu ana datang sekolah orang tengok ana macam tengok hantu. Haha. Tak kurang jugak yang tersenyum menyapa mesra.. Orang pelik ana dtg patutnya cuti. ANA rindu SEKOLAH. Suka hatilah nak datang. Ada orang merayu-rayu suruh ana dtg, oh well nak buat macam mana, terpaksa dtglah.. (oh tidak fathimah sudah mula merepek..) Dalam kelas takleh nak fokus, teringat kat gunung tahan sampai tersyahid sepanjang masa dalam kelas bm masa klasmate tgh bentang komsas. Ana mmg dah tak tahan lagi.. Ngantuk sangat sangat sangat sangat.... Ohh bila penyakit ni nak hilang?? Rindu sgt dengan gunung tahan.....

Sudah, sebelum fathimah membebel merepek2 baik berhenti sekarang.


(sila klik thumbnail)Kami dah berjaya tawan gunung tahan!! Tapi... Kamera girl tak dapat masuk gambar... Sedih tau...

Malas nak cerita detail2... Nantikan buku perkongsian pengalaman kami. Berapa bulan lagi nak keluar tak tahulah...


Salam rindu pada batch 11,
dOkToR

Saturday, 22 March 2008

terjumpa

assalamualaikum,

nak berkongsi pengisian nih..

tekan sini

tuh je.

untuk mengubah diri ana dan jugak orang lain.
harap kite dapat berubah ke arah yang lebih baik.

sahabat sejati....

Sahabat Sejati
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


p/s: teringat daurah tahun lepas...

perkongsian HUKUM MAULID.

bismillahirrahmannirrahim,
sesungguhnya ilmu yang kita ketahui banyak dan terkadang semakin banyak ilmu yang kita tahu, semakin banyak pula yang kita tak tahu (persoalkan, keliru).. Jadi, sebab itulah kita perlu mencarinya, mendalaminya mengikut sumber2 yang sohih (betul) supaya kita tidak berpegang teguh pada ilmu yang salah dan dapat berhujah dengan yaqin beserta dalil2nya. di bawah ini ada sedikit pandangan tentang maulid yang kita raikan di dalam satu laman web. terpulang pada sesiapa yang ingin mendalaminya dan mengetahuinya tetapi jangan menyesal jika tidak membacanya~..

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.Beliau berkata(ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka, dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai Nabi Isa. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..

Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:Huzaifah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Rujukan: www.islam-qa.com
www.islamonline.com
http://www.surau.ladang.net/
http://islam.tc/ask-imam/index.php www.bicaramuslim.com

Artikel ‘The Milaad-A Caution against Innovation’ oleh Sheikh `Abdul `Aziz bin `Abdullaah bin Baaz Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman

SATU HATI MENCARI PETUNJUK YANG SATU
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Apa khabar semua dan apa khabar iman kita semua? Adakah ia sentiasa meningkat atau sentiasa menurun? Jika iman kita menurun apa tindakan kita untuk meningkatkannya ?Alhamdulillah bersyukur kita kepada Illahi kerana dengan taufik dan hidayahnya dapat lagi merasai nikmat islam dan iman.

Setiap dari kita sentiasa inginkan perubahan dalam hidup.Sudah pasti keinginan itu menjurus kepada kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Lantaran itu kita perlu berhijrah untuk memenuhi hasrat di samping mencari nilai kesempurnaan hidup yang diredhai Allah.

Begitulah,sedaya mungkin kita mesti keluar dari kepompong suasana kehidupan yang mengurung diri. Andai selama ini kita dibelenggu kegagalan, teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan. Sekiranya kita dalam kejahilan, carilah ilmu yang bermanfaat. Begitu jua jika hidup bergelumang dosa,bertaubatlah di samping memperbanyakkan amal soleh.

Peredaran waktu yang terus berkisar, tidak pernah meninggalkan sebarang kesan atau penanda. Tahun demi tahun berlalu,Cuma menjadi garis sempadan penentu tempoh dan jarak waktu. Apa yang pasti usia kita tetap bertambah dan semakin dekat kepada saat kematian di mana kita bakal menghadap Allah untuk diperhitungkan segala amalan.

Lantas dalam kesempatan menikmati hidup di dunia ini, kewajipan paling utama bagi kita adalah menyediakan bekalan untuk akhirat. Firman Allah yang bermaksud
:Berbekallah dan sesunggahnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertawakallah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal.(al Baqarah:179)

Keutamaan hidup di dunia bukan sekadar melengkapi keperluan sebaliknya untuk berbakti dan beribadat kepada Allah. Tiada gunanya harta kekayaan, pangkat, pengaruh dan kuasa seandainay dipergunakan untuk bertindak zalim sesama manusia dan meruntuhkan agama. Firman allah yang bermaksud: dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nyadan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya maka mereka itulah yang pasti mendapat kemenangan. (an-Nur : 52)

Kita sesungguhnya tidak pasti bila berakhirnya usia kita atau bagaimana kesudahannya hidup kita ini. Namun kita masih punya waktu untuk memperbaiki diri, menghindari penyakit-penyakit hati dan sama-samalah kita berhijrah mencari keredhaan Allah. Semoga Allah merahmati kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Salam Hijratullah!

Thursday, 20 March 2008

Inspirasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mencuri waktu. Mencuri waktu untuk berkongsi sesuatu. Sesuatu yang boleh menjadi peringatan. Peringatan yang menjadi ingatan. Ingatan kita kepada inspirasi.

Dan inspirasi kita ialah Rasulullah...

Inspirasi
Nowseeheart


Diriku berlari

Kejar buih di kaki sirahmu

Malangnya tak jumpa

Hilang ditelan ombak masa



Lelah aku

Dan termangu di sini

Mencari sinar



Ku cuba mengutip

Butir bistari di pesisir kalammu

Inginku sematkan

Menghiasi dada kehidupanku



lalu terang destinasi abadi

Di hujung langkahku



Kau inspirasi

Jiwa nan suci

Inginku terus selami



Di dasar dirimu kilau cahaya

Mutiara putih

Menyinar ke dalam lubuk jiwa

Nan gelap gelita



Di dasar dirimu

Karang indah

Halus penuh seni

meneguh perjuangan kebenaran

Hikmah pekerti



Kau inspirasi

Permata hati

Ingin ku terus selami



Kau inspirasi

Walau kau pergi

Namun kau tetap di sini..


اللهم صل على محمد


Wednesday, 19 March 2008

EST!!!! Nooo!!

Assalamu'alaykum w.b.t,

I type this because this theme (is this word suitable?) have been discussed but only in a comment section, of course, not everyone is going to read a comment, right?

I heard this from Ustazah Fazliaton this morning, that:

"According to SMIH last year's SPM results, which no one got 1A for EST, and it's resisting the straight A's, Ustazah Kamaliah have decided to DROP (is this word suitable?) that subject for our SPM in 2009....."

But you all must understand, it is only a decision and it hasn't been officially announced... but it's 80% 'muktamad'. That is all.

(correct me if I am wrong)

Wassalam

Poster (lagi)

Bismillah.

-----

Hantar poster.

Hantar poster.


Hantar poster.

Hantarlah ye?

Onegaishimasu.

Jkkk! ;)

Tuesday, 18 March 2008

Manifestasi


Bismillahirrahmanirrahim.


Manifestasi emosi yang meluap-luap bak larva gunung berapi yang dikaji vulkanologis.
Sukarnya menahan amarah umpama anjing ketemu sama seterunya.
Oh qalbu! Dengarkanlah bisik 'aqal yang jitu.

Subhanallah wa bihamdih. Subhanallah-il 'adzim.

Ya Allah, tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.

amiin.

"Tinggal yang lalu
tegarnya nubarimu
terus berlari!"

aslim taslam.

Sunday, 16 March 2008

Hayya bina..

bismillahirrahmannirrahim.

Jom, hayya..

salam semua, apa khabar (jasmani+ruhani??) sihat??


"Jom, kita berpuasa sunat pada hari esok (Isnin) beramai-ramai." (*InsyaAllah)

esok, latihan sukan ditangguhkan buat sementara.. (untuk latihan ihtifal pula),
besarlah peluang bagi sesiapa yang ingin berpuasa. Besar lagi pahala dan ganjaran yang menanti.

"Bila dah berpuasa, jom solat Dhuha.."

ayuh kita sama-sama penuhkan musolla untuk mengingati-Nya.. (RAMAI2!!)
(*tentu seronok)

*ajak-ajaklah kawan-kawan nanti ya!!~ (solat dhuha)
(satu kelas, kelas sebelah, dan rakan2 yang lain)

"sesungguhnya Allah suka kepada orang yang mengajak kepada kebaikan..."


-apabila kamu sedang berpuasa, janganlah rasa menyesal...kerana itu (bisikan syaitan)
tetapi, kuatkanlah dirimu dengan zikrullah agar makhluq terkutuk itu takutkan orang yang selalu mengingati-Nya..

-apabila kamu sedang berpuasa, janganlah kamu merosakkannya (bercakap perkara lagha, mengutuk, mengumpat dan sbg). kerana ia akan mencacatkan pahala amalan kita. Katakanlah " ana saum" (sedang berpuasa)..

-apabila kamu sedang berpuasa, peliharalah tingkah lakumu, perbanyakkanlah amal ibadahmu. kerana itu akan menambahkan ganjaran dan pahala yang sedia ada.

-apabila kamu ingin berpuasa atau melakukan amal kebajikan, ajaklah, serulah kepada yang lain. sesungguhnya pahalanya akan ditambah kepada dirimu. Buatlah kebaikan bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk dikongsi bersama...agar terasa ukhwah yang terbina untuk mengingati-Nya..


wallahua'alam