Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday, 20 March 2008

Inspirasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mencuri waktu. Mencuri waktu untuk berkongsi sesuatu. Sesuatu yang boleh menjadi peringatan. Peringatan yang menjadi ingatan. Ingatan kita kepada inspirasi.

Dan inspirasi kita ialah Rasulullah...

Inspirasi
Nowseeheart


Diriku berlari

Kejar buih di kaki sirahmu

Malangnya tak jumpa

Hilang ditelan ombak masa



Lelah aku

Dan termangu di sini

Mencari sinar



Ku cuba mengutip

Butir bistari di pesisir kalammu

Inginku sematkan

Menghiasi dada kehidupanku



lalu terang destinasi abadi

Di hujung langkahku



Kau inspirasi

Jiwa nan suci

Inginku terus selami



Di dasar dirimu kilau cahaya

Mutiara putih

Menyinar ke dalam lubuk jiwa

Nan gelap gelita



Di dasar dirimu

Karang indah

Halus penuh seni

meneguh perjuangan kebenaran

Hikmah pekerti



Kau inspirasi

Permata hati

Ingin ku terus selami



Kau inspirasi

Walau kau pergi

Namun kau tetap di sini..


اللهم صل على محمد


2 comments:

nadim said...

ooh nasyid ni psl rasulullah ke... (serabainye ana ni) slalu dgr, tp x penah terfikir yg 'inspirasi' tu adlh nabi muhammad s.a.w., bile bace post ni baru terperasan.. :) tq raden!

qurrah mun'im :D said...

sama-sama, tasnim! :D