Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Tuesday, 30 June 2009

Semak Status PLKN!!!

Assalamu'alaykum semua! Dah cukup berehat?

Ok hari ini ana dapat berita bahawa senarai peserta PLKN untuk

tahun 2010 dah dikeluarkan. Alhamdulillah ana bukan salah seorang

daripada yang kena pergi. Setakat ni ada seorang sahabat baik ana

yang merangkumi bos ana dalam krs (hehe, paham2lah siapa)

dah ada dalam list... Kita doakan semoga dia berjaya.

Macam mana nak semak?

Setakat ni yang ana tahu, kita boleh semak di internet. KLIK DI SINI!

Sekarang ni line PLKN agak sibuk, jadi bersabarlah...

Kalau takde dalam senarai, alhamdulillah...


Kalau ada dalam senarai, alhamdulillah jugak...

Ada hikmahnya! ^_^ Apapun yang penting

sekarang ni, kejayaan dalam SPM!


UPDATED!!!!!!


CHECK MENGGUNAKAN SMS:

Taip: PLKN SEMAK [no ic anda]

contoh: PLKN SEMAK 921212011515

hantar ke 15888.

caj: rm0.20

GeNeRaSi HaRaPaN...


Bismillahirrahmanirrahim...
(bacalah artikel ini sehingga akhir)

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan hidayahNya kita semua dapat menjalani program mukhayyam f5 untuk kali terakhir yang memberikan pelbagai input dan mencanangkan minda kita semua untuk lebih menyedari hakikat kehidupan kita sebagai pelajar,anak, hamba Allah mahupun sebagai dai

Ini adalah mukhayyam terakhir buat kami pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran di HIDAYAH dengan kekuatan 117 orang (3 orang x datang).Program ini memberikan seribu satu kenangan buat kami kerana inilah tahun terakhir kami berada di bumi hidayah.Sedih rasanya nak meninggalkan sekolah ini...Disinilah kami semua dilatih cara berkomunikasi dengan masyarakat dan pelbagai persediaan untuk menghadapi dunia luar berbekalkan bekalan yang kami kutip dari bumi HIDAYAH




Namun begitu perjuangan kami belum berakhir disini kerana kami mempunyai lebih kurang 4 bulan di Hidayah yang kami cintai ini.Masih belum terlambat untuk kami buktikan kepada semua bahawasanya batchsebelas adalah batch yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh institusi pendidikan HIDAYAH terutamanya di dekad yang kedua.Ayuh semua kita buktikan yang kita adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik tak kira dari segi akademik,sahsiah mahupun kurikulum.

Program ini telah membuka minda kami untuk berfikiran jauh dan berjiwa besar disamping menjadi individu yang pandai bercita-cita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita itu




Tujuan kami bersekolah disini bukanlah hanya ingin cemerlang dalam akademik atau kurikulum tetapi juga cemerlang dalam sahsiah yang akhirnya akan mengeluarkan produk yang berkualiti untuk dakwah dan tarbiah itu sendiri
kerana tujuan kita semua diciptakan adalah untuk memakmurkan bumi Allah



Tapi bagaimanakah caranya untuk kita semua memakmurkan bumi ini sebagai khalifah Allah ??
Di sinilah kita semua diajar dan ditarbiah untuk menyiapkan diri mengahadapi segala kemungkinan yang akan berlaku di dunia luar sana di samping menyiapkan diri dengan pelbagai skill sebagai juru dakwah kerana kita semua tidak mahu terlepas dan terpesong dari jalan yang lurus seperti firman Allah :

"Aku mengajak manusia kepada Allah dengan hujah,bukti,hikmah(bashirah) aku dan orang yang mengikutiku (jemaah) " (Yusuf)




Tugas untuk mengajak manusia kepada Allah (dakwah) adalah tugas kita semua dan perlu dilakukan secara berjemaah dan setiap individu yang ingin menjalankan tugas dakwah ini perlulah menjalani proses tarbiah kerana tarbiah itu sendiri akan mengembalikan manusia yang berada dalam kegelapan kepada cahaya kebenaran



Justeru,tarbiah itu mempunyai tunjangnya seperti pokok yang mempunyai akar sebagai tunjangnya dan tunjang tarbiah itu adalah USRAH.Semua individu yang mengaku dirinya sebagai pendakwah tidak terlepas dari usrah(halaqah) kerana konsep usrah itu sendiri adalah untuk membentuk peribadi muslim disamping wasilah lain seperti mukhayyam,rehlah,daurah dan sebagainya

Kesimpulannya kita semua menyedari bahawa tujuan kita semua bersekolah di SMIH bukan hanya hendak cemerlang dalam pelajaran tapi juga cemerlang dalam dakwah dan tarbiah serta menjadi aset penting dalam mengembalikan kegemilangan Islam.




Akhirnya,ingatlah semua rakanku janji kita untuk memberikan yang terbaik dalam SPM,dalam dakwah itu sendiri dan juga kepada sekolah yang kita cintai seperti yang tertulis dalam lagu tema BATCHSEBELAS : JANJI KITA

Monday, 29 June 2009

CUTI

assalamualaikum wbt

PERHATIAN!!
pengumuman buat warga batch sebelas..
esok merupakan cuti pelepasan am(mukhayyam) buat semua form 5...
harap maklum.

Terima kasih yang tidak terhingga buat guru besar tersayang,ustzah kamaliah atas keperihatinan beliau.


^hudarshad^

Sunday, 14 June 2009

Oooo...


Akh Qamarul Naim & Ukht Khairah
G7 Hidayah JB & G12 Hira'
Ijabkabul: 3 April 2009 @ Mesir
Barakallahu fikuma!

(Mula2 dengar akh qamarul naim dah kawen.
Cam tak caye pastu tiba2 jumpa kebenarannya
di blog seorang ahli G7. Oo, betul3.
Siapa dah lupa dia, dia ialah ketua PRS
masa kita form 1 dulu.)


-motif post tak berapa jelas. just in case org yang cari kebenaran mcm ana jugak-

Prayer: God be in my head

God be in my head,
And in my understanding;

God be in mine eyes,
And in my looking;

God be in my mouth,
And in my speaking;

God be in my heart,
And in my thinking;

God be at mine end,
And at my departing.

Tuesday, 9 June 2009

Futsal....

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

Assalamu'alaykum,

First of all, maaf bgtau lambat....

-futsal utk g11 petang ni(9/6)
-lps asar
-tmn pulai utama
-ajak semua yg laen
-mlm tu mkn sama2 & wat studygroup kat surau an-nur!

Ana diarahkan utk menyebarkan but lambat sikit la, sorry....

(correct me if I am wrong)

Wassalam

Friday, 5 June 2009

Tentang isu 10 subjek

Sebelum membuat sebarang tuduhan, fahamkan isu sebenar dulu. Masih belum tetap keputusan untuk mengehadkan subjek SPM. Bagaimana pelaksanaan pun masih belum disebut. Jadi harap semua bertenang. Usah tuduh orang zalim. Tunggu pengumuman seterusnya dulu.

KUALA LUMPUR: Bilangan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikurangkan kepada tiga atau empat, berbanding enam sekarang selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil calon peperiksaan itu, mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengurangan subjek teras itu akan membolehkan calon SPM dalam semua aliran pendidikan, termasuk agama mengambil lebih banyak mata pelajaran elektif mengikut keperluan bidang pengkhususan dan minat masing-masing.

Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral.

"Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu.

"Ini bermakna calon masih berpeluang mengambil beberapa subjek elektif lain yang diminati tanpa perlu mengorbankan pemilihan mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau memberi contoh, calon dalam aliran sains dapat mengambil mata pelajaran elektif Biologi, Kimia, Fizik serta Matematik Tambahan dan pada masa sama boleh memilih dua atau tiga subjek lain yang di luar bidang aliran pendidikan mereka seperti Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.

Alimuddin berkata, calon dari aliran agama juga mempunyai peluang mengambil subjek yang mencukupi dalam bidang pengkhususan mereka, seperti Tasawwur Islam, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Beliau mengulas kebimbangan ibu bapa dan pelajar aliran agama mengenai kekangan untuk mengambil mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka berikutan keputusan Kementerian Pelajaran mengehadkan pengambilan maksimum 10 subjek dalam SPM yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Kebimbangan sama turut disuarakan ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Samy Vellu dalam kenyataannya semalam, meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula peraturan itu kerana berpendapat ia akan menghalang pelajar keturunan India daripada mengambil kedua-dua kertas Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil dalam peperiksaan itu.

Mengenai subjek teras yang akan dikeluarkan dan dijadikan mata pelajaran elektif, Alimuddin berkata ia masih terbuka kepada sebarang pandangan daripada pihak lain.

"Kementerian dalam peringkat akhir menambah baik keseluruhan cadangan penstrukturan semula SPM, termasuk dari segi penentuan mata pelajaran teras serta sistem penggredan peperiksaan itu, yang dijangka siap dalam satu atau dua minggu lagi.

"Apabila siap, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat profesional kementerian sebelum dibentangkan kepada Menteri Pelajaran untuk kelulusan dan sekiranya diminta Menteri Pelajaran, nota Kabinet akan turut disediakan," katanya.

Mengulas lanjut, Alimuddin menegaskan langkah mengehadkan pengambilan subjek dalam SPM tidak akan menimbulkan masalah besar kerana berdasarkan statistik, tahun lalu tidak sampai 10 peratus atau kira-kira 38,000 daripada 480,000 calon SPM mengambil lebih 10 mata pelajaran.

Beliau menasihatkan calon tidak membuat pemilihan subjek elektif secara 'caca marba' atau 'bertindih', sebaliknya menumpukan pengambilan mata pelajaran mengikut pengkhususan masing-masing berdasarkan keperluan kelulusan untuk memasuki bidang pengajian tertentu di universiti kelak.

Justeru, katanya, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) amat penting bagi menentukan kecenderungan penguasaan bidang ilmu seseorang pelajar untuk membolehkannya mengkhusus dalam aliran pendidikan berkenaan mulai Tingkatan Empat.

"Kementerian berharap ibu bapa dan pelajar memahami langkah ini (mengehadkan bilangan subjek boleh diambil calon SPM). Antara tujuannya ialah untuk mengelakkan calon mengabaikan aktiviti kokurikulum.

"Apabila mengambil terlalu banyak subjek, mereka tiada masa kerana terpaksa mengikuti tuisyen bagi mata pelajaran elektif yang tidak diajar di sekolah.

"Ada banyak aduan bahawa sistem pendidikan negara ketika ini seolah-olah terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata sedangkan konsep sebenar pendidikan ialah gabungan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai murni bagi melahirkan modal insan cemerlang," katanya.

ZALIM

Salam semua, post kali menunjukkan ketidakpuashatian terhadap kementerian Pelajaran.

Along kurung pelanggannya yang gagal bayar hutang dalam stor.

Kerajaan kurung pelajar yang bersekolah agama dengan menghadkan matapelajaran yang boleh diambil.

SPM 10 subjek =
BM + MATE + SEJ + BI + ADD MATH+ BIO + FIZ + KIM + EKON + PA = Profesional

BM + MATE + SEJ + BI + BAT + PSI + PSQ + PA + EKON + SCIENCE = AGAMA

BM + MATE + SEJ + BI + PA + BAT + PSI + PSQ + ADD MATH + FIZ + KIM + BIO = Diharamkan.

Golongan ini kebanyakannya akan menjadi pembangkang kerana mampu menimbang baik dan buruk profesional dengan nilai agama.Fikir-fikirkan sejenak.

Semoga ianya menjadi zikir.Mengingatkan kita bahawa hidup bukan hanya di Dunia.

Dan ana berharap B11 boleh bangkit dari tidur yang lena, dan bersiap sedia lah untuk menghadapi ancaman yang boleh membawa kita kepada kejayaan iaitu SPM. Mungkin kali ini sahaja sekolah mampu untuk mencipta rekod dengan mendapat 13A1. Dengan itu ana menyeru sekali lagi kepada B11 supaya bersedia dengan ancaman ini.

Sekian sahaja post kali ini.

ASSALAMUALAIKUM...

Pelajar yang tidak puas hati...

mengisi jiwa.

salam ‘alaik.


 bismillah.teruja nak kongsikan sesuatu pada semua! post ini, tiada topik khusus.

alhamdulillah nikmat cahaya..(sehangat waktu dhuha) masih diberi peluang utk rasa buat hari ini.


hari ni, bangun pukul berapa? belajarlah untuk jadikan setiap hari adalah hari yang terbaikbuat kita selagi peluang masih kita kecapi.alhamdulillah!)


ma...ashobaka min hasanatin faminallah

wa ma...ashobaka min sayyiatin famin nafsik


maksudnya: kebajikan apapun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah

                 dan keburukan apapun yang menimpa kamu itu dari perbuatan KAMU SENDIRI..


 1..2…3…4…5..ya  l.i.m.a!

masih ada 5 hari berbaki sebelum naik kelas tambahan. are you ready?

 

ting..ting..

 

sayu bila dengar:

 Iman tak dapat di..warisi… dari seorang ayah yang bertaqwa… 

maksudnya,walau hebat mana ibu bapa kita, belum tentu kita boleh merasai nikmat iman yang mereka rasai.masyaAllah. hibanya bila lihat harapan mereka pada kita.


 apa strategi kita utk melimpahi mereka dgn pahala anak soleh? yang berterusan walau mereka sudah tiada.ingatlah,mereka didik kita bukan mengongkong kita itu dan ini.bukan utk menyekat kebebasan dalam diri kita.tapi cara hidup Islam menjadikan kita hidup dengan penuh keistimewaan bila taat kepada Allah.serta mengajar kita supaya cuba menjadi insan yang berguna/bermanfaat terutama untuk Islam serta makhluq dunia seisinya.

 

Islam itu indah,Islam itu mudah! (teringat ustzh Hamidah pesan waktu form 3)

 moga Allah terus kurniakan kita hidayah yang mampu mengatasi nafsu supaya lakukan perintahNya dan meninggalkan yang Allah murka.ameen..

 

solat?sembahyang. ada rahsia di sebalik kita sembahyang.ada hukama’ berkata: 

manusia apabila mendirikan solat, maka Allah akan singkap tabir yang memisahkan antara Allah dan diri manusia itu.Lalu Allah berhadapan dengan manusia itu (mengikut selayaknya bagi Allah)


 *bestnya kalau kita melihat Allah.tp nikmat utk di dunia bg org yg khusyu’ dpt berkata dgn Allah dlm jarak yang dekat.bila sujud…masyaAllah, bertambah hampir…

 

dan apa yang berlaku bila kita sedang menunaikannya?

 bangun seluruh malaikat yang ada di langit mendirikan solat melalui solat (kita) itu, dan mengucapkan “aaa…mii..n” di atas segala doa (kita) ketika solat itu.seterusnya (kita) akan ditaburi rahmat kebajikan dari langit hingga ke kepalanya.subhanallah! 

maksudnya, dalam masa yang sama= jika seseorang manusia itu solat,memudahkan pintu hatinya di buka utk dilimpahi cahaya hidayah.alhamdulilah…

 

dan, 

segala pintu langit akan dibuka untuk orang yang solat, memudahkan kita memohon rahmat ketika pintu langit terbuka.

 *berusahalah untuk mencapai khusyu ketika solat.kunci kejayaan umat Islam.


 yang terakhir,

peliharalah Allah, Allah akan memelihara kita dalam setiap perkara..insyaAllah.bila hidup bersama Allah, hidup terasa indah dan mudah!

 wassalam.semuga dapat lawan kata nafsu yang merosakkan.

 

DO THE BEST FOR ALLAH, 

BECAUSE HE ALWAYS GIVES THE BEST FOR US! (in every single thing)


Thursday, 4 June 2009

Pesanan buat yg bertudung (rewind)

In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

Assalamu'alaykum,

Post semula.... utk peringatan....(kalau ni perbuatan salah, perbetulkanlah ya?)
=====================================================


Dah lama sangat ana tak post di blog batch(??). So, ni ana ada beberapa pesanan yang ana dapat drpd blog abg Husaini(siapa kenal angkat tangan)

Ana hendak berkongsi beberapa tips untuk akhawat dalam berhadapan dengan ajnabi bagi mengelakkan ikhtilat, yakni antara barah terbesar harakah islamiyah ini. (Credit to http://sunahmohammad.asasian.net/):

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:


“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”


Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?



3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..



5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.


Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi. (”,)

Haa...menarik, kan? Kita sudah masuk bulan Ramadhan ni jadi perbaikilah diri supaya menjadi org yang lebih kuat menahan bisikan syaitan apabila mereka sudah "merdeka" nanti..

Tambahan drpd comments...

1) kaum yg btudung ni juga (*perlu) ada teman/kawan bila nak berhubung dgn berlainan jantina. sekurang2nya seorang. hal ini untuk mengelakkn fitnah. (memang wanita sangat2 hampir dgn fitnah di sekelilingnya sejak dia melangkah keluar dr rumahnhya.) 

dan seperti qisah dlm alquran juga ada menyebut sikap wanita muslimah yg pemalu (anak Nabi Syuaib) ketika hendak berjumpa dengan Nabi Musa. Allah telah gambarkan bagaimana sikap sepatutnya wanita ketika berhubung dgn lelaki. 

dan sebaiknya apabila bertembung antara keduanya untuk melalui satu laluan, sebaiknya lelaki perlu didahulukan terlebih dahulu untuk melaluinya.

"lelaki mukmin yang berjalan di belakang singa lebih baik daripada lelaki mukmin yang berjalan di belakang wanita."

namun begitu, untuk sama2 mendapat kekuatan, jelaskan matlamatmu. apa yang ingin kamu capai di dunia ini sbagai khalifahnya dan sebaik2 umat? 

---------ALLAHU GHAYATUNA---------

=Allah matlamat kita. (koreksi semula, apakah yg kita lakukan selama ini menuju ke arahnya, utk mencapai redhaNya?)

Jangan sia2kn nikmat2 yg kita telah mahupun sedang kita kecapi saat ini.


Sekian,

(correct me if I am wrong)

Wassalam

Jom datang KT F5 (11-13 JUN 09)

Assalamualaikum, semua..
Moga sentiasa berada di bawah petunjukNya... :-)


~WaSsALaM~

"Indahnya bila Islam itu di hati, bukan di sisi"

Wednesday, 3 June 2009

Contoh Kerja Khusus Add Math..

Salam
ni ada contoh kerja khusus tu...sbgi satu kemudahan untuk dijadikan rujukan..

lepas nie boleh direct tengok dr sini je..
moga dpt membantu kita semua!!




Form 5 Add Math Project 2009
Form 5 Add Math Project 2009 muhammad0509 Additional mathematics project given task in 2009. Entitled as Circles In Our Daily Life


all the best!
happy holiday!
wslm.

Tuesday, 2 June 2009

tentang TIDUR dan semangat

Bismillahirrahmanirrahim.

Suatu hari, saat kerja2 masih terbengkalai, dan hati sangat bersedia dan siaga untuk melunaskan semuanya, terdengar keluhan seorang teman.

Keluhan yang tajam maknanya.


"Kenapa hidup mesti ada tidur?"


Mungkin dia lihat pada perspektif, semangat yg dia ada tu tak patut dibunuh dengan TIDUR.
Ya, barangkali.

Apa2 pun, Allah dah jadikan tidur untuk kita dan kita selamanya sebagai hamba-Nya sangatlah wajib mensyukuri-Nya.

Kan Allah berfirman: dan Kami jadikan tidur sebagai pakaianmu. Maksudnya, segala kerehatan kita, ibadah qiam kita, rahsia antara kita dan Dia.

Oh, ALLAH bagi Cinta, sampai bila-bila!


Mari bangkit dgn hammasah! ^ ^


[Jangan lupa baca tarbiatuna! Paling santai untuk semua~]

Saturday, 30 May 2009

masabelumBUNUHkita

macaminiCINTAaku...

akucintadiatapiakupalingcintaDIAsebabsatuhariakulupaDIA
akurasaakubukanlagimanusia.silapsilapakubolehjadisepertihaiwan
dihutanbelantara.
DIAbagiakudekatdenganhatiyangsentiasa
bahagia
.akutahunakdapatyangserbagembirakenasabarsentiasa.
bilasabardandapat
hadiahDIAakurasahidupakusangat
bermakna.akutahuDIAselaluingatdansayangaku
sampaibilabila.manapernah
DIAtinggalkanakuwalausekelipmata
sebabituakumestibuatyangterbaikuntukDIAsebabaku
takmungkindapathiduptanpaDIA.
sebabbagiaku
DIAadalahsegalagalanya.

siapaDIA?

bak kata keua pelajar 08/09 masa last 1st sem tazkirah asrama:
awek ana siapa? awek ana ALLAH.


so, kepada sesiapa yang rasa dia ada cinta lain selain ALLAH, Rasul-Nya dan mak ayah dia, baik stop jelah. nak admire tu pendam jelah kat hati. Allah akan bagi jugak jodoh tu.

tak payahlah nak buat date sorok-sorok, kat tempat terpencil tu Allah nampak jugak. nak bagi benda yang tak perlu pun kat org yang kita suka tu tak payahlah. tak rahsialah. kan tak sweet. ustazah shahidah kata, kalau kita sukakan seseorang, baca doa dalam surah al-qasas ayat 24. Rabbi inni lima anzalta ilayya min khoirin faqeer. Hmm, SEMPURNA sangat ke hidup bercouple-couple ni? Oh, tak tahu pulak kan ada manusia boleh mati tak ada couple. Setahu ana, orang kahwin je mati kalau tak ada couple dia.

masa cuti ni rancanglah benda elok-elok. Allah tengok je kita. Allah kan al-Bashir.

jadi, nak ke kita ragu2kan nikmat CINTA DIA yang tak akan pernah pudar pun macam cinta manusia?

fabiayyi alaa irabbikuma tatamara. [QS 54:55]

semua benda yang Allah bagi percuma, tapi berapa saat je kita bagi kat Dia untuk ingat DIA?

ni pesanan hati dari hati yang perlu diingatkan selalu juga. sama2 ingatkan sesame kita!

-bak kata kata ustaz Ezaidin: La Taqrabul Ikhtilat!

[Takpe, takpe, waktu masih belum penggal kita. jom BERUBAH!]

Tuesday, 26 May 2009

KeRaNa CiNtA



Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


Ku dedikasikan lagu ini kepada semua yang sedang hangat dibuai mimpi cinta
Sesungguhnya cinta itu tak salah kerana ia adalah fitrah lebih-lebih lagi sebagai seorang yang meningkat remaja

Cuma ia perlu diletakkan pada tempatnya yang betul dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak melanggar syariat Islam

Ku seru kepada semua duhai sahabat kembalilah kita meletakkan cinta kita pada tempat yang sepatutnya..hanya kepada yang Esa kerana itulah cinta yang hakiki

Belum masanya lagi untuk kita meluahkan isi hati kita kepada orang yang kita cintai itu kerana itu semua adalah mainan syaitan dan dunia

yang bisa menghanyutkan kita...
yang bisa mengelirukan kita...
yang bisa menghancurkan masa depan kita...

Ingatlah kita ada satu tugas yang lebih utama dan besar iaitu sebagai

hamba Allah...
khalifah...
duat...
pelajar...
calon SPM 09...
anak...
abang...
kakak...
senior...

Sanggupkah kita biarkan masa ini dibazirkan untuk cinta yang tidak hakiki
sedangkan banyak tugas kita belum langsai lagi

Sanggupkah kita melihat ibubapa sedih melihat keputusan kita...
Sanggupkah kita melihat mereka kecewa dengan keputusan kita...
Sanggupkah kita melihat masa depan kita hancur begitu sahaja...
Sanggupkah kita melihat adik-adik kita semua hancur..
Sedarkah kita bahawa keadaan sekolah kita

makin teruk...
makin ramai pelajar menolak tarbiyah...
makin jauh dengan cara hidup Islam...
sampai bila ia akan berlaku...
adakah sekadar melihat...
apa peranan kita...
duhai abang dan kakak batch 11..
kononnya dikatakan sebagai batch terbaik...

segalanya hilang kerana cinta...
hilang kerana kita makin jauh dengan Allah...

adakah kita mahu meninggalkan sekolah tanpa melihat perubahan
perrubahan pada sekolah yang kita cintai ini

Oh Tuhan...
mengapa semua ini terjadi
pada diri kami
pada batch kami

Kembalikanlah kekuatan kami
Satukanlah hati kami
Tunjukilah kami hidayahMu
tunjukilah kami kebenaranMu
yang bisa membezakan yang hak dan yang bathil
Ampunilah dosa kami
Bersihkanlah hati kami dari dosa
Bukakanlah hijab dalam diri kami
supaya kami bisa melihat nilai cinta yang hakiki
Kekalkanlah rasa kehambaanku

Sunday, 17 May 2009

Attention to Generation Eleven

Bersamaan dengan 18/5/2009 ataupun esok hari.....

Semua diminta untuk membawa baju rasmi...

Diatas arahan ketua batch sebelas...(AHMAD)

.............................................

BuAtMu MuRaBBi

Guru,

Dikau hadir dalam diriku tanpa ku sedari,

Dikau ibarat cahaya rembulan,

Yang menerangi kegelapan malam.


Kehadiranmu,

Bisa menyebabkanku bangkit dari kealpaan,

Menanggalkan segala kejahilan yang menyelimuti diriku ini,

Dikau memberikanku secebis harapan,

Untukku bawa sepanjang pengembaraan,

Demi menyuluh jalan kejayaan.


Guru,

Dikau mendidikku seperti menatang minyak yang penuh,

Hidupmu tidak pernah jemu melayan kerenah anak muridmu ini,

Kerana kau tahu kami ini ibarat permata yang perlu digilapkan,

Diri ini amat menghargai pengorbananmu,

Ku bersyukur kepada Tuhan,

Kerana mengurniakan guru sepertimu,

Yang tidak bisa ku cari di dunia yang fana ini,

Demi memastikan kejayaan yang akan digapai.


Wahai guruku,

Akan ku realisasikan harapanmu,

Ku akan cuba sedaya upayaku,

untuk menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat,

Ku berharap bingkisan doa darimu,

Untukku menempuh onak dan duri ini,

Demi mencapai redaNya yang satu.


Guru,

Terima kasih daku ucapkan,

Sambutlah salamku,

Wahai guruku.

Saturday, 16 May 2009

si dia

Assalamualaykum..ahli batchsebelas dan semua yang membaca...

amacam exam? dah ada yang demam?[na'udzubillah..]

semoga antum sentiasa sihat dan sentiasa dipelihara oleh Allah di bawah lembayung rahmatNya...

berbalik kepada topik...

kenal tak ni sape?


hmmm..mesti semua kenal, kan?

bak kata ustazah hawanis, dia ni lagi femes daripada ustazah...hahaha.


Alhamdulillah, Ammar dah semakin pulih sekarang ni.. Cuma yang Abi dan Ummi dia harapkan, DOA daripada semua.

Semalam, bila lawat dia kat hospital, sayu je…

Teringat keriangan Ammar masa lawatan hari tu…

Oklah, pesan ustaz Iswan, masa baca al-Quran tu, doa-doakanlah sekali untuk Ammar..

Masa solat hajat pun jangan lupa…

Doakan supaya Ammar cepat sembuh dan cepat2 keluar daripada hospital…

Doakan Ammar kembali ceria macam dulu…


DOA itu kan SENJATA mukmin?


p.s. mula-mula nak ambil gambar ammar kat hospital, tapi ustaz kata tak boleh..nanti kena bayar 10 juta..adeih… terus batalkan niat tu..

Selamat Hari Guru

salam. sempena hari guru ni,ana nak minta maaf kepada guru-guru yang mengajar atau pernah mengajar kat SMIH. maafkanlah kami Batchsebelas yang pelbagai kerenah ni.(yg hyper2 belaka nih)

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA DAN

SELAMAT HARI GURU!!!
KAMI SAYANG GURU-GURU KAMI!!!



Send this eCard !

Sunday, 10 May 2009

JUBAH BUAT IBU

Salam...disini ana nk kongsi sebuah cerita yg sgt menyayat hati... baca lah dlm keadaan hati yg terbuka...

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.



Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.