Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 23 November 2008

F.i.K.I.R



Seronok kan bila mengenang memori lalu? Dulu tak pernah pun terfikir yang susahnya memikul tanggungjawab sebagai seorang senior, pemimpin, dan pelajar SMIH sendiri. Sebab masa tu, kita cuma perlu fikir tentang diri kita. Masalah? Lantaklah... Asalkan kita bahagia sudah.

Sekarang, dah lain... Masing-masing semua dah ada banyak tanggungjawab. Dan bila usia meningkat, ego pun meningkat tanpa kita sedari. Bila kita dah ada pangkat selalunya kita lupa diri kita yang sebenarnya. Sebab bila ada pangkat kita rasa kita mempunyai reputasi yang harus dijaga. Memanglah tak semua yang jadi macam ni. Tapi kadang-kadang sebenarnya kita kena ketuk sikit kepala, sedar sikit siapa kita sebenarnya. Hakikatnya kita semua masih sama. Kita semua hamba Allah...

Kadang-kadang kita terfikir, kenapalah sekolah aku ni teruk sangat? Kenapalah budak-budak semua tak nak dengar kata? Kenapalah nak ikut sangat pengaruh barat? Jawapannya, seek first to understand then to be understood. Cuba untuk faham orang lain sebelum kita nak orang faham kita.

Contohnya, katalah ada pelajar banat yang tidak menutup aurat dengan betul di luar sekolah. Cuba fahami dulu kenapa dia macam tu. Ingat, tak semua orang bertuah untuk mempunyai keluarga yang sudah ada tarbiyyah! Mungkin bukan menjadi kebiasaan untuk memakai tudung labuh dan berjubah dalam keluarganya. Kita tak boleh nak pandang serong mereka ini. Bukan mudah untuk seorang perempuan remaja yang masih di bawah jagaan ibu bapa untuk melakukan yang lain daripada yang dilakukan oleh ibu bapanya. Ada juga ibu bapa yang tak benarkan untuk memakai seperti yang kita pakai di sekolah, jangan terkejut! Bukan kita yang minta untuk dilahirkan dalam keluarga yang macam mana...

Sebab kita tak faham, kita pakai terjah je bantai budak-budak ni. Label macam-macam. Budak bermasalah, perlukan perhatian... Blablabla... Tazkirah pakai lazer je mulut, kononnya menjalankan tugas. Tapi, adakah kita benar-benar menyelami hidup mereka? Sedangkan nak berbual dengan mereka pun susah, lagilah nak memahami sendiri jiwa mereka.

Ana teringat statement yang sungguh membuat ana berfikir, "Ana tak nak rapat dengan junior sebab takut diorang pijak kepala kita." Sahabat, resmi padi semakin berisi semakin tunduk. Semakin kita tunduk semakin kita dihormati. Hakikatnya, sebenarnya semua ni disebabkan oleh ego! Perkara ini telah dibuktikan. Siapa yang angkuh tak nak tunduk, sebenarnya sudah hancur lumat dipijak kepalanya, tanpa disedari. Siapa yang tunduk, semakin tinggi disanjung sebenarnya. Tak percaya? Rasulullah sendiri sanggup bermain dengan kanak-kanak. Rasulullah sendiri sanggup menziarahi orang yang menyakitinya. Rasulullah sendiri sanggup memaafkan umatnya. Siapa kita untuk menebalkan keEGOan??

Allah kurniakan kita otak untuk berFIKIR. Supaya boleh bezakan yang mana betul dan salah. Sebab kita adalah khalifah Allah. Gunakan otak untuk FIKIR. Jangan jumudkan kepala otak. Bukak sikit mata, bukak sikit minda. 1 + 1 tak semestinya 2. Bak kata akh fahmi, khilaf adalah rahmat. Jangan sebab orang lain sedikit berbeza pendapat dgn kita, terus kita buang dia. Terus pinggirkan dia. Belajar untuk menerima orang seadaanya. Dan, jangan suka cari alasan.

Ya, tiada siapa yang sempurna dalam dunia. Tapi dunia ini akan menjadi sempurna kalau kita saling melengkapi. Bukan orang yang banyak jawatan je yang boleh berjaya, orang biasa pun boleh berjaya. Bukan orang yang selalu handle program je yang boleh berjaya, sesiapa pun boleh kalau dia nak. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Ana mohon maaf kalau ada terguris, atau terkasar bahasa, tapi inilah cara ana untuk menyampaikan sesuatu. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

5 comments:

alifah said...

betul2. kite sendiri yang kene memahami dan SELIDIK cara hidup seseorang tu dulu lepas tu baru kite nak ambik tindakan seterusnya. tak boleh main terjah je.

and pasal takut adik2 pijak kepala, hakikatnye kalau kite rapat dengan adik-adik tu, lagi kite akan dihormati dan dipercayai. cume perlu ada cara. :)

'Umayr SRA said...

Betul betul betul... Sokong.

Being judgemental is not the way to go.

Understanding is. Period/full-stop.

Belajarlah untuk memahami orang. InsyaALLAH, pintu dan cara untuk berhikmah dalam menegur dan menasihat tu akan terbuka. :)

Anonymous said...

tapikan, persoalannya kat sini, kebanyakan pljr kat smih ni ana yakin mereka dah faham sbb majoritinya dah dpt tarbiyah drp sek ren lg(plg kurg pun, sejak f1). bila selidik2 famili pun macam dah bagus, tp diri sendiri yang x nk amalkan apa yg dah dpt kat sekolah ni.
kebanyakannya siap boleh berhujah dn bg tazkirah lg dpn org lain ttg pkara2 mcm tu. tp knapa x boleh nak AMALKAN??

FIKIR2kanlah.
ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH.

maaf andai terkasar bahasa dan ada yg terasa. harap sama2 dpt perbaiki diri masing2..bukan skdr ckp di mulut dgn teori masing2 tnpa tindakan yg dibuat...

'Umayr SRA said...

Kalau macam tu, ana saksikan dari perspektif seorang alumni dan suami ustazah, serta seorang naqib kepada pelajar:
1. Ada pelajar yang keluarganya TIDAK bertarbiyyah.
2. Ada pelajar yang keluarganya TIDAK menutup 'aurat - IBUnya.
3. Ada keluarga pelajar yang BERCERAI ibubapanya.
4. Ada pelajar tidak sekolah tidak hidayah sejak kecil, dan telah lalui PELBAGAI pengalaman yang sukar dibayang sebagai pelajar sekolah.

Idealnya memanglah semua pelajar SEPATUTNYA terima tarbiyyah dari form 1.

Hakikatnya dan realitinya PENERIMAAN itu subjektif pada siapa pelajar tersebut dan latar belakangnya.

Oleh itu, usahakanlah untuk KENALI setiap yang menjadi mad'u kita sebelum kita tibai dia cukup-cukup kerana kita tak paham latar belakang dan sebab dia begitu.

Boleh jadi "nahi mungkar" yang paaaaling baik bermula dari "amar maaruf" dan taaruf.

:) Senyum sikit... Saje je kongsi sebagai senior alumni. Ana cuma hidup lama sikit je dari korang. Tak banyak pun.

zach said...

setuju sangat ngan sr umayr... tiba2 teringat fizik(efficiency)... bukan semua yg diperuntukkan boleh diguna... lagipun,siapa kita utk nilai kebolehan orang lain? kita cuma boleh bagi tapi bergantung kpd orang tu utk ambil...

just nak cakap,kita sbg org yg menyampaikan,bila kita dah dapat kepercayaan seseorang,jgn la khianati kepercayaan tu...sedih ana dgr citer yg ade pihak mencabul kepercayaan orang lain sewenang2nye...