Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday, 30 August 2009

IKHTIAR UNTUK SPM...!!

Assalamualaikum.....


Di sini ana nak memberi berita baek kepada semua warga Batch 11 Smih...
ada sahabat ana bagi website nih kat ana...die kata die nih jual soklan ramalan...
ana pon bukak la dan belek2...
ana tgk soklan die jual harga rm200 lebih...wow!mahalnyer...
lantas terfikir...
ni kalau kongsi satu batch pon leh gak...tong2 la...murah skit....
nak kata kita spend skit utk mende yg mungkin akan memberi manfaat yg besar pada hari SPM kelak...kalo tak kuar pon...baru rm5/6 je kan...
so ana kata why not...kita cube la...
kalau kluar kita untung...kalo tak kuar...baru rm5/6 inggit...daripada beli topup...takpon komik ker....


SO, ape pendapat anda....adakah kita mahu amik peluang nih???

ana wat calculation skit...

time ana wat post nih tgh offer merdeka...

so, 

RM200 x 2 (science dan sastera)
=RM400/117 orang
=RM3.41

kalau miss offer nih,

RM230 x 2
=RM460 / 117 org
=RM3.90

BERBALOI kan??

ana amik RM2 la utk fotostate ketas tuh nanti...kalo cukup la...

SO, ana amik RM6 sorang boleh ker???

fikir2 la...sebelom offer nih berakhir....

nih web dier..


sekian, wasalam...

[mlm badar]
|5 september 2009.(sabtu.)||sek.islam.hidayah|
memperingati Perang Badar yang suatu ketika dalam sejarah Islam merupakan nokhtah di mana KEBENARAN AQIDAH dijunjung, dipertahan dan diperjuangkan dalam bentuk pengorbanan jiwa dan raga para Ansar & Muhajirin di bawah pimpinan Rasullullah SAW

Saturday, 29 August 2009

A chance

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamu'alaykum
Simple:
there's Ramadhan = there's Bazaar
there's Bazaar = there's trading(selling)
there's selling = there're words:
"I buy"

"I sell"
Let's practice this for this month's a chance to do good things.....
(correct me if I am wrong)
Wassalam

Monday, 24 August 2009

jadual iftikhar!!

bismillahirrahmanirrahim...
kepada iftikharian yg belum tahu jadual, bolehlah refer kat sini..

selamat study...

Jadual 5 Iltizam

nah, permintaan daripada shoutbox

Sel : PHY EST BIO BI
Rab : PQS BIO +MT
Kha : BAT PHY
Jum : BM PSI BM
Sab : CHE

Dua Masa
Tiga Masa
Empat Masa
Lima Masa
Enam Masa

Maaf, untuk subjek Akaun, ana tak salin. nanti kat sekola korang cek la. haha.
jangan lupa juga, kerja rumah PSI, +MT, BM Model 1 dan 2, MT, dsb. sekian

Sunday, 23 August 2009

starting selasa pakai baju apa???

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Assalamu'alaykum

First skali, minta maaf, malas skit nak bgitau awal2

Hari Jumaat, ana ngan Rijal tanya Ustazah Norimah kelas yg minggu depan(starting selasa ni) pakai baju apa. Ustazah Norimah kata 

Pakai baju uniform Sekolah. 

Ustazah kata gitu sbb ni kelas ganti.....

hmm... macam gitulah yg kita kena terima, harap faham dan patuhi......

(correct me if I am wrong)

Wassalam

Friday, 21 August 2009

Jadual kelas 5 imtiyaz..

Maaf kepada student kelas lain sebab ana tak berkesempatan ambil jadual kelas antum...








Sekian terima kasih...

Thursday, 20 August 2009

Sajak2 anak palestin.. ROQ esok

sob...sob..sob... sedih deh tgk video ni....

Tuesday, 18 August 2009

tidak merdeka. bukan merdeka.



Kita bukan merdeka? Kita tidak merdeka? Ya, kita bukan merdeka. Tidak pernah kita memberikan tanah kita kepada pihak Inggeris. Ada sesiapa yang boleh mengemukakan dokumen penyerahan Tanah Melayu kepada Inggeris?

Perjanjian Pangkor 1874 , hanya meminta penasihat-penasihat mencampur tangan dalam urusan pentadbiran, politik, ekonomi, tapi tidak pada adat dan agama, yang ada selepas itu hanyalah penipuan atas penipuan atas penipuan.

Contohnya, semasa Perjanjian Pangkor, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim, sengaja didudukkan jauh di belakang, jauh daripada juak-juak Inggeris dan Sultan. Kenapa? Kerana beliau tidak berdaulat? Tidak. Inggeris cuak. Takut helah dan muslihat mereka terbongkar. Tambahan lagi, Ngah Ibrahim diberikan seorang Setiausaha sulit, Kapten Speedy yang akhirnya menjadi seperti belantan menikam Melayu daripada belakang. Selain itu, adakah anda rasa kemasukan buruh Cina dan India oleh pihak Inggeris, untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu? Tidak, Inggeris hanya menumpang, dan mahu bijih timah untuk London.

Sesungguhnya, nenek moyang kita tidak sekali-kali menggadaikan maruah bangsa mereka apatah lagi tanah tercinta ini kepada mana-mana pihak. Oleh itu, hargailah pusaka bertuah ini yang menjadi asas kedaulatan bangsa Melayu.

Lihat orang Melayu, sangat dinamik, minda terbuka, sopan, dan sebagainya. Ketokohan Hang Tuah tidak dapat dinafikan, yang mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi, menjalankan tugas-tugas diplomat di serata tempat. Malah, tidak pernah ada dalam korpus kesusasteraan Melayu, contohnya dalam Sulalat Al-Salatin, karya agung Tun Seri Lanang, menonjolkan sifat keburukan dalam masyarakat Melayu. Jika ditanya apakah akar tradisi Melayu, ada akar yang mempunyai tiga cabang, iaitu agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu.

Tapi, apa yang berlaku pada hari ini, Melayu hanya pandai meniru. Teknologi import, hiburan import, buah fikiran import, dan segalanya import. Malah, mereka mencabut akar tradisi mereka, mempermainkan agama, bahasa, dan budaya mereka. Hakikatnya, mereka perlu menjadikan tradisi dan budaya klasik sebagai model mereka. Lantaran, dapat membentuk bangsa Melayu mengikut acuan sendiri.

Sempena dengan bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama merubah diri kita dan membentuk peribadi kita sebagai Melayu Islam yang sejati. Mencontohi orang Melayu dahulu, yang bisai dan pokta pekertinya, teguh agamanya, dan bersikap inovatif.

Adakah kita boleh dikatakan merdeka sekiranya masih ada tangan rakyat yang digari kemiskinan? Masih ada mulut yang jarang menjamahi sesuap nasi? Masih ada juhalak yang memperkotak-katikkan Islam? Jawapan ada pada anda sendiri.



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

Wednesday, 12 August 2009

AhLaN BiNa Ya RaMaDaN




Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik.

Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.

Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut kami kemukakan “8 Tips Menyambut Ramadhan”:

1 Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)

2 Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.

3 Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

4 Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

5 Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.

6 Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7 Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs – pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.

8 Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.

lirik dikir....

(zubayr)

hai assalamualaikum
ini salam dari kami
untuk semua adik kakak
tuan puan yang tersayang

(haneef)
ini kisah dari kami
batchsebelas sekolah ini
harap boleh duduk diam
kalau nak dengar mari sini

Ulang haneef ramai2

(fateh)
orang kata smih ni molek
sebab tu hamba mari sini
akademik molek sahsiah comel
yang tu la kita nak sesokmo

Ulang fateh ramai2


(Ramai2)
semua orang nak mengaji kat smih
demo tokseh ngaji kat luar sana
kat sekolah hidayah dua-dua boleh
dunia cemerlang akhirat pun sama


Macha~ the tarik o-ne,

(haziq)

teh tarik roti canai boleh makan da belaka
nasi lemak dua seriyal siang malam ada sokmo
hari ini kita ihtifal kita sambut sama-sama
jangan sedih jangan segan kita enjoy sekali sekala!!

(muqsit)
ada orang tanya kita dekat smih boleh gapo
kita fikir...kita fikir...hok tu pening kepala

kalau demo nak tahu dekat smih boleh apa
kalau demo tak nak tapi tapi kawe nak royak jugak
kita ada MDP KELAB SUKAN PERMAINAN, KRS KP KBSM SPPM

(ada lagi)
aaah...kita ada kelas 20 buah, 5 ber'air-cond', dewan besar,
kantin sedap, asrama banin, asrama banat, makmal komputer,
makmal jahitan, makmal kayu, makmal fizik,makmal kimia, makmal
BIO…...

(ramai)
huuh!
(macam-macam ada!)

(naqiuddin)

chorus:
mari-mari kita pakat buat kerja
bersatu hati tak kira tua muda
kita di hidayah kita kaya raya
besar terhutang budi buat kita selamanya

ulang chorus ramai2

(naqiuddin)
mula-mula hamba masuk smih
tengak abang kakak besar-besar belaka
boleh tunjuk ajar mereka
sampai 'lo ni' kita dok guna

Ulang chorus ramai2

(rijal)
kawe teringat masa PMR
kita sama-sama usaha
siang malam bersengkang mata
1.37 jadi hak milik kita!!

Ulang chorus ramai2

(rijal)
pejam celik sudah tahun 5
rasa sebentar saja kat hidayah
gpk dua titik tiga
jadi sasaran kita semua

Ulang chorus ramai2


HEY!!!

(ammar amin)
chorus2:
hidayah lo ni tak serupa mula
tapi dok tahu nak cakap macamana
dulu kecil come lote
dulu kecil come lote
lo ni diri di mata dunia

Ulang chorus2 ramai2

(hakeem)
dulu dinding kayu berlubang
atap berlobang basah selalu
kami tak kisah ngaji kat sini
ooo...o.o.o.o.o.o.o...smih way…..
sekarang dinding dinding batu
atap mahal kering selalu
tingkat tiga berangin bayu

Ulang chorus2 ramai2

(ammar amin)
dulu kelas kelas sempit
peluh berjeruk panas gelegak
kita mintak kipas sebutir
000...o.o.o.o.o.o.o...smih way.....
sekarang kelas ada 'air cond'
tingkap luas pemandangan jauh
kipas sepuluh bak puting beliung

Ulang chorus2 ramai2

(hakeem)
dulu tandas tandas lama
gelap gelita seram semacam
tarik tali tersumbat selalu
ooo...o.o.o.o.o.o.o...smih way.....
sekarang tandas tandas baru
terang derang tak yah lampu
bau wangi tak macam dulu!

Ulang chorus2 ramai2

(syafiq)
kejayaan demi kejayaan
terus maju lah terus maju
adik-adik ambil kesempatan
untuk diri dan agamamu

Ulang syafiq ramai2

(syafiq again!!)
di dunia depan hari
kena adik-adik bina
untuk bela maruah diri
dengan ilmu hok adik terima

Ulang syafiq again!! ramai2

(syafiq one more time!!)
tema kita iltizam teguh
lah kegemilangan utuh
hamba rasa setakat ini
penampilan hari ini

Ulang syafiq one more time!! ramai2

(syafiq….uuuhhh)
andai kata tersalah royak
harap ampun harap dimaaf
terima kasih daun keladi
setakat ini dari kami

ulang syafiq….uuuhhh

(syafiq LAST!! haha!!)
batch sebelas sekolah ini....

nak lirik dikir barat??

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Assalamu'alaykum

Ana rasa ada ramai nak tahu lirik Dikir Barat G11, betul tak??

Ana ada tengok video kat youtube yg fateh upload, dlm details ada lirik, so ana amik lirik tu pastu editla skit2 supaya BUNYInya mcm dlm video, maksudnya ada dekat details di dlm youtube tu....

BUT, ana ingatkan "antum"(sopan skit drpd guna korg), kemungkinan ana tak layan comments yg anda kemukakan.... ana "reserve"kan banyak2 minta maaf kalau tak dilayan....

(correct me if I am wrong)

Wassalam

Monday, 10 August 2009

For reminders...

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Assalamu'alaykum to all my brothers and sisters in Islam,

I sure hope everyone would watch the shaytan series videos on youtube. The short videos are showing how shaytan provoked us to the path of HELL

It would be a great reminder for all that has just forgotten that they ARE our enemy

I hope everyone to watch the whole episodes......

(correct me if I am wrong)

Wassalam

Sunday, 9 August 2009

ke.mati.an

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Memang benar dan lagi tepat.kematian itu adalah sebaik-baik peringatan buat yang hidup.

kematian adalah sesuatu yg amat perit,sukar,sakit..masyaAllah..dan pasti dilalui oleh setiap hamba yang hidup. bilakah kali terakhir anda mengingatinya?!

pernah dalam sebuah perbualan:

hamba 1:sepatutnya bila kita nak meninggal (mati),kita gembira.....sangat.sebab nak berjumpa dengan Allah. :)

hamba 2:gembira? masyaAllah.itu jika seseorang itu benar2 telah bersedia dengan ajalnya.

hamba 1:kenapa tak bersedia pula?!

hamba 2:sebab kematian kan datang tiba-tiba.kita tak tahu.

hamba 1:bukankah kita seorang hamba.memang diciptakan untuk menyembahNya, melakukan ketaatan kepadaNya.orang yang tak bersedia itu kerana dia tak sedar akn kematian!!

hamba 2:masyaAllah..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

anda tergolong yang mana?

ketahuilah,orang yang sentiasa merasakan akan kematian,hidupnya sentiasa tergesa2 dalam melaksanakan tugasnya,tanggungjawabnya,amal ibadahnya.maksud tergesa2 bukanlah bermakna tergopoh gapah.tetapi dia selalu bersegera dalam tindakannya.kerana dia tidak tahu bila gilirannya,yang datang tiba2 itu.dia tidak tahu sempatkah melaksanakan semua amanahnya.dia tidak tahu amalan apakah yang terakhir buatnya.

dia tidak menggunakan masanya dengan bersantai2.perbualan kosong.termenung kosong.
ber-angan-angan.berkata sesuatu yang tidak baik.ketawa sepanjang masa.melakukan perkara yang dilarang.malah dia tidak suka melakukan perkara yang tak memberinya manfaat yang mutlak untuk akhirat.

dengarlah Saidina Umar r.a berpesan:

Kita berjalan kepada AJAL setiap detik,
siang dan malam kita dilipat (berlalu),
Itulah tahap2 perjalanan ke akhirat.

Aku benar2 tidak pernah melihat sesuatu seperti kematian,
seolah-olah ia palsu apabila ia dilangkaui angan2.

Alangkah buruknya kecuaian pada usia yang penuh angan2.

Berangkatlah daripada dunia dengan bekalan taqwa,
Umurmu hanyalah beberapa hari yang
sedikit.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Benar.sungguh, kita memang bergembira dengan hari-hari yang kita lalui.tetapi sedarlah, setiap hari yang berlalu mendekatkan kita kepada ajal.

kerna itulah kita semua tidak boleh bertangguh dengan masa.Apabila kita berpagi,janganlah bertangguh ke petang.dan apabila ita berpetang janganlah bertangguh ke paginya..bersegeralah dengan kebaikan.

janganlah sempatkan waktu itu,dengan melakukan kemungkaran kepada Allah atau sesuatu yang sia-sia.kelak,akan memberi penyesalan selamanya.


Rasulullah ada berpesan:

manfaatkanlah kesihatanmu untuk sakitmu,
dan hidupmu untuk matimu.

wahai hamba! sedarlah akan kematian.Ingatlah ayat ini:

"Inna li-llah wa inna ilaihi raaj'iuun"
Aku seorang hamba kepunyaan Allah,dan hanya kepadaNya jua aku akan kembali.


jadikan masa yang ada,benar2 masa yang dinilai Allah dengan kebaikan.biarkan nafasmu terputus dalam keadaan yang diredhai Allah.amiin..

selamat berjuang!!

Doa Rabithah

Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, 4 August 2009

H1N1 sUaTu EvALUaSi

Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur kepada Allah kerana memberikan kepadaku nikmat kesihatan supaya terus istiqamah dalam beramal soleh demi meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah

Minggu ini sekolah Hidayah dicutikan kerana penyakit influenza H1N1 yang semakin merebak di negara kita sehingga tempiasnya sampai kepada kita semua

Sebelum melangkah lebih jauh ana nak kongsikan sedikit pengalaman ana tentang wabak ini.Untuk pengetahuan semua pada hari ahad yang lepas,jiran taman ana seorang kanak-kanak berumur 12 tahun meninggal dunia disebabkan penyakit H1N1 ini.Pada mulanya ana hanya mahu pergi majlis perkahwinan di rumah jiran ana tapi ana naik pelik sebab selalunya bila pergi rumah kahwin ini orang akan pasang lagu macam-macam tapi hari tu tuan rumah pasang lagu berzanji dan hampir semua orang pakai tudung walaupun ada sebelum ni yang tak pakai tudung

Jadi ana cuba memerhatikan keadaan sekeliling dan ana nampak van jenazah masuk ke dalam rumah kanak-kanak tersebut.Mayatnya diusung masuk kedalam rumah untuk disolatkan.Alhamdulillah dapat bersama sembahyangkan jenazah adik ini.Selesai solat ana jumpa kawan ana(abang dia) dan mengucapkan takziah kepadanya.Dia menceritakan bahawa adiknya telah masuk hospital sejak hari rabu lepas disebabkan demam panas dan akhirnya suspek H1N1.Berita ini masuk kedalam suratkhabar dan kenak-kanak ini merupakan mangsa yang ke-6 dalam Malaysia meninggal dunia akibat penyakit H1N1.




Kesimpulan yang ana dapat buat setelah merenung dan berfikir kenapa penyakit ini begitu cepat merebak sehingga kesannya dapat dirasai oleh warga HIDAYAH sehingga sekolah tutup selama semingguSecara zahirnya boleh kita katakan bahawa ia merupakan faktor cuaca dan persekitaran yang kurang sihat.

Namun hakikatnya Allah mahu kita semua kembali kepadaNya..kembali kepada fitrah insani..Allah mahu kita segera bertaubat kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan..kembali mendaulatkan syiar Allah..kembali mengagungkan kebenaran risalah yang dibawa Rasulullah

Ini semua sebagi satu peringatan dari Allah supaya kita perhebatkan kembali tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar yang semakin hilang dan pudar dalam masyarakat SMIH DAN SRIH.Memang tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar dimana setiap batch ada masalah dan fiil tersendiri.Memang sebelum ini banyak kemungkaran dan kebathilan telah melata di sekolah Hidayah akibat kita menolak kebenaran ajaran Islam dan mengabaikan tugas dakwah dan tarbiah di sekolah kita yang tercinta ini

Mungkin ini adalah sebagai satu pembersihan dari segi rohani yang Allah datangkan kepada kita semua kepada kita dan juga sebagai titik permulaan kepada kita semua untuk menghancurkan dan meninggalkan segala kemungkaran dan sifat jahiliah yang telah lama bertaak dalam hati warga HIDAYAH

fIRMAN ALLAH :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya "

Oleh itu masih ada ruang dan waktu untuk kita perbaiki keadaan sahsiah diri dan hati kita kerana bala Allah tidak datang kepada orang yang berbuat maksit sahaja namun ia datang kepada semua meskipun didalamnya ada golongan orang soleh.Ingatlah bahawasanya Islam dan dakwah itu tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan Islam dan Dakwah itu sendiri. ISLAH NAFSAKA WAD'U GHAIRAKA



Akhir kalam mari kita renungkan kata pujangga yang indah ini :
"Alangkah indahnya jika Islam itu letaknya di hati bukan disisi"

Hidayah di Muka Depan The Star

Assalamu'alaykum!

Nampaknya berita penutupan sekolah kita dah dapat perhatian media. Di sini ana sertakan muka hadapan The Star hari ini.


Ustaz Ezaidin di muka hadapan. :D


Pesanan daripada Dr. Murni:
Sesiapa yang demam, batuk, selesema dan sebagainya, sila kuarantin diri di rumah. Elakkan aktiviti berat (contoh: main futsal, window shopping) dan tempat yang ramai orang (contoh: wayang, shopping centre, cyber cafe). Kalau simptom-simptom semakin teruk dan sesak nafas, sila bergegas ke hospital (bukan klinik) untuk disaring. Banyakkan minum air masak / air mineral dan makan banyak buah yang ada vitamin C (oren, limau, jambu batu dsb...). Jangan enjoy sakan. He he.

Pesanan daripada Ust. Kamaliah:
Sambung belajar sendiri di rumah, buat latih tubi yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

UPDATE:
4 ORANG PELAJAR SEKOLAH ISLAM HIDAYAH DISAHKAN POSITIF H1N1 OLEH JABATAN KESIHATAN. DIHARAP IBUBAPA DAPAT MENGHADKAN PERGERAKAN ANAK-ANAK YANG SAKIT HANYA DI RUMAH SAHAJA.
(sumber: www.hidayah.edu.my

Monday, 3 August 2009

Attentionz!!

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Assalamu'alaykum to all,

Do you have any pics of batch11 or pics since f1?

Well, this is the time that WE NEED YOU!!



Batch11's Unit Penerbitan wants pics for a multimedia show, so if you have the sincerest hearts please submit them to:

Banin - akh Ammar b. Aminuddin
Banat - ukht Raden Qurratu 'Aini bt. Muhd Mun'im or anyone who was assigned to

(correct me if I am wrong)
Wassalam

Sunday, 2 August 2009

Ramadan dah dekat, jom bersiap!

Assalamualaikum..
sekarang ni dah 11 Sya'ban.. x lama lg bulan yang kita nantikan bakal menjelma...
Jadi, macamana persediaan sekarang?? Rohani, fizikal dan mental...
Insya'Allah sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma, ada sikit perkongsian buat pembaca sekalian, mudah-mudahan buletin ini memberi manfaat dan 'ibrah buat kita semua..
Harap dapat..
1. Copy buletin ni
2. Baca
3. Sebarkan ke rakan2 lain, tidak kira dengan 'softcopy' atau 'hardcopy'(dicetak)..

Semoga dengan sedikit perkongsian ini membantu kita semua siapkan diri untuk hadapi Ramadhan yang bakal tiba dan menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita serta mampu memberikan impak positif kepada hidup kita di masa mendatang.. Ameen.

WASSALAM
~Islam pasti kembali bersinar suatu hari nanti.. Ayuh siapkan diri dan orak langkah perjuangan..~
Yakinlah.. "ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG LEBIH TINGGI"
> GPK2.3 <>

tigaWEJANGAN


Bismillahirrahmanirrahim.
-Ajarlah diri untuk melihat kesusahan agar disyukuri segala kesenangan -Tutuplah diri dari segala kejahatan agar dibukakan kepada semua kebaikan. -Sakit yang dirasakan, biar jadi penawar segala dosa.


Sayangi dirimu: kerana dirimu berharga.

[aslimTASLAM]

Saturday, 1 August 2009

MAKLUMAN!

Assalamualaikum Ikhwah Akhawat G11...

Kaifa imanukum??
Moga sentiasa dalam lindungan dan petunjukNya..
Betul tak kalau ana kata hidup bersahabat ni pasti ada suka dukanya.. sahabat sejati itu bila sahabatnya suka, dia sama-sama suka dan bila dia sakit, dia juga akan rasai kesakitan bersama..
"Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya"..

Sebenarnya, ana cuma nak maklumkan yang seorang ahli G11, Tamim Faruq diuji Allah dengan penyakit BRONCHITIS.. Insya'Allah dia akan bercuti seminggu kalau x sembuh lagi..

Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan agar dia cepat sembuh dan dapat teruskan kehidupan seperti biasa dan bersama-sama kita bagi mencapai GPK 2.3, Insya'Allah..

Kepada semua yang tidak sihat, demam, batuk, selesema dan sebagainya (*moga tak de yang kena H1N1).... Ana doakan antum sembuh, SYAFAKALLAH!!

*Perlu kita ingat bahawasanya yang menyembuhkan kita bukanlah ubat-ubatan yang kita makan, tapi Pencipta kita... ubat hanyalah sebagai alat je..

*Bagi yang masih sihat, bersyukurlah atas nikmat kesihatan ini..

ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG LEBIH TINGGI
~shoutulqalbu92~