Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 14 March 2008

ciptaan siput sedut &unye


effy ok x...??nilah ciptaan kami...cpt vote utk kami... utk mngundi tunggulah 4 taun lg....sila taip siput sedut & unye di shoutbox.....

-wassalam-

Pertandingan Mencipta Design Badge utk Batch 11

(sample)
Assalamualaikum....



Di sini ana ingin mengadakan pertandingan mencipta badge utk batch 11...

tujuan petandingan ini diadakan adalah utk:-

1)membuat badge utk Batch 11 bagi taun ni

2)memberi idea yg banyak utk mencipta design badge yg menarik

3)mengelakkan daripada seorang sahaja yg mencipta design dan muncul anasir yg akan berkata "design dah la tak lawa,pastuh nak buat pulak''...so bagi yg suke berkata demikian sila hantar kan design anda yg ''lawa'' tersebut....





Setiap design hendaklah dihantar kan secara soft copy kepada ana iaitu apong92@yahoo.com



design akan di judge berdasarkan vote yg di beri...



Tempoh pertandingan ini dijalankan selama 2 bulan sahaja...so,anda pasti sempat utk menciptanya....



Kreativiti anda ialah bebas.....



Harap kepada pakar2 photoshop sila lah tunjukkan bakat anda...

kerjasama anda adalah amat dihargai...

marilah same2 kita menghantar design badge utk batch 11...



PEMENANG AKAN DIPILIH DESIGN NYER UTK DIJADIKAN BADGE RASMI BATCH11...



Harap Maklum....





(design hendaklah dalam saiz diameter 55cm...)





contoh yg telah di buat seperti di atas sane...(tak tau camner nak letak bawah nih..)


Thursday, 13 March 2008

ringkas~


bismillahirrahmannirrahim..

"Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian amat hebat. Tak dibiarkan terlena dalam kenikmatanNya tetapi dihidangkan dengan keperitan dan derita yang tak berkesudahan...itulah tanda kasih sayang Tuhan".

alhamdulillah..

DT Project

Bismilahirrahmanirrahim.


Da'wah Tarbiyah Project

Pertandingan Poster Positif Sempena Pro A.I.R 2008.

Mengenai DT Project:

1. Terbuka kepada pelajar SMIH
2. Boleh dilukis dengan tangan atau menggunakan komputer.
3. Poster yang dilukis dengan tangan hendaklah dihantar hard copy manakala yang dibuat menggunakan komputer hendaklah dihantar secara soft copy (contoh: disket, CD etc)
4. Penyertaan tiada had tetapi setiap kelas WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 2 poster untuk DT Project.
5. Temanya berdasarkan tema Pro A.I.R : CTRL nafs, SHIFT khuluq, DEL mazmumah.
6. Poster hendaklah bercirikan tazkirah dan adab Islamiyah. Yang dapat mengingatkan kita.
Contoh: Senyum itu sadaqah.
7. Harapnya tingkatan 4 tak terkandas dalam membuat poster ini sebab kalau antum tak buat memang kami merasa sedih yang amat. (Faham-fahamkan.)

Aiwah...
Karya hendaklah dihantar kepada mereka yang berikut dan jika ada sebarang pertanyaan, rujuklah kepada sahabat antum ini yang duduknya di kelas 4 Imtithal:

Abdullah Haneef Taha (bagi banin)

Raden Qurratu'Aini Muhammad Mun'im (bagi banat)

Batchsebelas, buat yang terbaik ya! Hadiah lumayan menanti kalian yang berusaha bi-l jidd wa-l ijtihad!~ Moga usaha kalian diberkati Allah.

Huhu... Ikhlaskan niat semasa membuat poster. Biar apa yang kalian cuba sampaikan, meresapi pada qalbu orang lain. InsyaAllah...

Aslim taslam!

Sunday, 9 March 2008

so afraid to read

assalamualaikum...
just utk renung2an.. lagu dr dawud wharnsby ali, tajuk die afraid to read...
bagos sgt lagu nie, especially part yg last2 tu ( antara bintang2 ****) sbb die ade kaitan bsr dgn kite... so, spend one minute je, bace lyrics and fahami betol2...

How many words she’s read before, she’s consumed two thousand books or more.
Musty pulp and glue soundproof her tiny room.
She cannot understand why this book in her hand
fascinates her now so much that she’s almost shy to touch.
“Don’t think about the words it’s just a book - paper and ink”
She reaffirms, remind herself, “a book can’t dictate what to think.”
It invites, intrigues her more than others on her shelf
“Is it just another book?” - she sits questioning herself.

Oh Allah, she’s so afraid to read,
the wisdom that’s revealed may burrow in her mind
She’ll be obliged to admit,
She’ll be obliged to submit
But will she be strong enough to live the truth she finds?
Oh Allah, she’s so afraid to read.
The hall light is always on every night that he is gone.
He hears his mother toss in bed when he slips in at dawn.
In the book case by the stair, he can see it sitting there
like a waiting watchful wise-man scolding him with care.
In the morning will they fight about him being out all night?
Will he resent their gift of love and not admit that they are right?
All he wants is to fit in some place, but must he compromise his faith?
He can’t look himself or his parents in the face.
He takes the book upstairs unread and sets it closed next to his head
then counts the prayers he’s missed and lays so hopelessly in bed.

Oh Allah, he’s so afraid to read,
the wisdom that’s revealed may burrow in his mind
He’ll be obliged to admit,
He’ll be obliged to submit
But will he be strong enough to live the truth he finds?
Oh Allah, he’s so afraid to read.

***********************************

I sent an email to my loved one, just the other day
It’s sad communication has evolved this way.
We use so many words but have so little to relay
as angels scribble down every letter that we say.
All the viral attachments sent and passionate insults we vent
It’s easy to be arrogant behind user passwords we invent.
But on the day the scrolls are laid, with every word and deed displayed,
when we read our accounts, I know, for one, I’ll be afraid.

That day I’ll be so afraid to read,
every harsh word that I’ve spoken - and every time I have lied.
I’ll be obliged to admit,
I’ll be obliged to submit
Will I have strength owning up to each deed I’ve tried to hide?
Oh Allah, I’m so afraid to read.

********************************

Dirahmati

Bismillahirrahmanirrahim.



P.s: Klik untuk resolusi yang lebih baik bagi penglihatan anda :) Macam seseorang tu pernah kata masa kelas BM 4 Imtithal: "dengar dan hayati..." [kat sini 'dengar' ditukar kepada 'teliti']

Saturday, 8 March 2008

Dakwah ini MILIK SIAPA???


bismillahirrahmannirrahim,



Dahulu, ketika Muhammad mendapatnya
terus diberi kepada beribu-ribu manusia.

Dahulu, ketika Abu Bakar mendapatnya,
terus diberi kepada enam manusia yang kebanyakannya dijamin syurga.

Dahulu, ketika Bilal mendapatnya,
terus dibebaskan jiwanya walau tubuh dibaham belati.

Dahulu, ketika Sumayyah mendapatnya,
terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu.

Dahulu, ketika Umar mendapatnya,
kasar jiwanya terus dihalusi oleh ayat-ayat Yang Maha Esa.

Itu dahulu.

Sekarang?

Kita mendapatnya,
lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana/ entah ke mana

Kita mendapatnya,
lantas kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa.
merasakan bangga dengan ilmu (sedikit sesangat) yang ada.

Kita mendapatnya,
lantas kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya

kita merasa tidak layak,
sedangkan kita sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.

Bila pula mula merasa layak,
kita melakukannya pula demi segugus nama.

Pedang yang tidak tajam harus diasah.

Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara.

Musuh kita al bathil,

Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam soff yang sama

Tawadhu'lah.

Berusahalah..buatlah kerana mardhatillah bukan kerana kepentingan diri sendiri.
sesungguhnya itu hakikatnya merugikan diri, bangga di dunia azab di akhirat,
walau beri beribu sumbangan, hati lain tak terkesan, kerna tiada keikhlasan.
(innallaha 'alimun bizatis sudur)

(diambil dari satu halaman dan diubahsuai sedikit)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

itulah namanya amalan " disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati"..

TAPI, DIA sentiasa tahu apa yang terdetik di hati kita. walaupun ianya satu lintasan hati. Perbanyakkanlah istighfar, supaya hati kita sentiasa dibersihkan dan disucikan. Jika kita lihat hati merupakan sesuatu yang diciptakan Allah, tetapi kita tak bisa melihatnya. jikalau dibuat pembedahan, sudah pasti tidak akan terjumpa oleh sesiapa pun. Tapi kekuasaan Allah itu boleh mengetahui isi hati setiap makhluq yang diciptakan di bumi ini (bukan manusia shj, jin, iblis, malaikat, hayawanat dan sebagainya). masayaAllah. berapa bilion, juta yang tak terkira di atas langit, di langit, di atas bumi, di dalam lautan, dasarnya, dan di dalam bumi. Ini baru dahaja planet bumi. Jikalau kita ambil skop yang kecil, kita ambil manusia sahaja. (wah, manusia. ramainya) bermacam2 bahasa yang Allah tahu. kerana setiap apa yang terdetik di hati kita Allah mengetahui. cuba senaraikan bahasa yang kita tahu...

~ba (palestin, iraq, b.a. fusha...)
~bm (ada mcm2 loghat, sebutan)
~bi (ada mcm2 jenis juga)
~cina (ini pun sama; berbeza mengikut tempat=mandarin....)
~ tamil (kurang tahu, tetapi rasanya banyak juga)
~jawa (banyak juga ni, ponorogo...)
~indonesia
~philipin
~korea

~jepun
~kelabit
~iban
~kenyah
~Bidayuh
~dan macam2 lagi (tambah sendiri ya~)

masyaAllah, itupun kita belum menguasai satu2 bahasa itu sendiri. nak menunjukkan (innalahua si'un 'alim)..DIA.. Maha Luas Pengetahuannya. Allah mengetahui setiap kata2, lintasan hati, apa2 yang terdetik di hati kita lagi2 dalam meneruskan dakwahnya. sama ada ikhlas atau tidak. Jangankan kata ikhlas atau tidak, sama ada kita ingin meneruskan usaha dakwah ini mahupun tidak. Lihat, Rasulullah meneruskan da'wah nabi2 terdahulu dan menyampaikan ilmu yang diketahuinya daripada Allah kepada para sahabat, para tabi' meneruskan usha ini daripada para sahabat, para tabi' tabi'in meneruskannya daripada tabi', tokoh2 islam meneruskan usha ini sehinggalah tiba satu masa pada kita, tetapi kita....(jawablah sendiri, tanya iman, tanya hati.) Bayangkan jika mereka tidak meneruskan usaha ini. sudah pasti kita tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam yang teramat manis nikmatnya.

Adakah kita ingin melihat anak Adam akan datang tidak mengamalkan agama yang dipegang dari zaman nabi Adam sehingga khatimul anbiya' (Rasulullah) dan kini, masih kita nikmatinya. Sesungguhnya kita tidak boleh membiarkan mereka jahil kerana sikap kita yang leka dan tidak meneruskan usaha ini atau kurang serius dalam hal2 tersebut. (menganggap sampingan, temeh)..

Bagaimana kita meneruskannya?
Ya, kita perlu tahu cara untuk mengekalkan agama ISLAM tertegak di bumi Allah ini. bukan sekadar pada agamanya sahaja tetapi turut melalui ilmu dan amalan. Utamanya, selagi ilmu yang kita ada itu, wajib amalkannya, sebarkannya walaupun sedikit. tanpa ilmu tiada amal. tanpa amal tidak bergunalah ilmu. amatlah rugi jika ilmu yang kita ada tidak diamalkan dan disebarkan. Ingat, antara pahala yang berterusan bila kita tiada ialah dengan menyampaikan ilmu yang bermanfaat pada orang lain. apabila kita menyampaikan kepada 5 org, 5 org menyampaikan setiapnya 5 orang, dan akhirnya berterusan ilmu tersebut hingga ke anak cucu. .

Jika kita tidak sebarkan ilmu yang telah kita ketahui bermakna, kita telah melepaskan peluang untuk mengutip, banyak pahala (yang berterusan). Sebarkanlah melalui kekuatan/kelebihan yang telah Allah beri pada setiap diri kita masing2. (menulis, berkarya, melukis, mmeberi nasihat, berhujah dan sbg)..Janganlah kita (lokek2 ilmu) yang kita ada kerana ilmu itu datangnya daripada Allah. Kita tidak berhak untuk bangga dengan berapa "banyak" ilmu yang kita tahu kerana itu bukan datanganya daripada kita. Sebaliknya kita perlu rasa takut & berhati2 terhadap ilmu yang kita ada kerana semakin banyak ilmu kita ada semakin banyak amalan kita terhadap ilmu tersebut.

Dan usahlah kita mengeluh, menyesal kerana perlu meneruskan usaha ini. Usahlah kita berputus asa, inilah jalan yang membawa cinta kita yang sebenar. Malah, banggalah wahai sahabat2 ku kerana kita terpilih dalam menerima hidayah-Nya (ISLAM). Dari jalan ini, kita akan sentiasa dekat pada-Nya kerana memohon sumber kekuatan, kesabaran, ketenangan dan segala apa yang kita perlukan dari-Nya. Itulah yang dinamakan halawatul iman (kemanisan iman). betapa indahnya, manisnya kekasih bersama Allah. Kenang2lah sirah nabi2 terdahulu, cthnya; Rasulullah dalam menyampaikan, menyebarkan da'wahnya dengan penuh rasa ikhlas dan berbesar hati. sedangkan cabarannya lebih hebat, tentangannya begitu menggugat, dilempar dengan batu, caci maki dan sebagainya. Tetapi, lihatlah diri kita seperti tidak berbuat apa2 dalam usaha ini, sudah mengalah, sudah menyerah, berputus asa kerana menganggap "begitu besar" ujian yang ditimpa. Janganlah berkata begitu. teruskannya dengan seluruh kudrat yang kita ada. Ingat, sesungguhnya jalan ini amat panjang dan ia mempunyai destinasi yang Allah janjikan iaitu, kita akan bersama menikmati kehidupan Jannah-Nya jika kita ikhlas dan berjihad dalam jalan ini. Di sana alangkah indahnya kita dapat bertemu dengan Dia Yang Maha Pemurah lagu Maha Penyayang dan Maha Segala2nya. InsyaAllah. Hanya orang yang merebut peluang ini sahaja dapat menikmatinya. Ayuh, apa tunggu lagi!!~

Wallahua'lam~

Friday, 7 March 2008

Memory

Assalamu'alaykum w.b.t,

(just ignore the underlines and links...)

Ingat lagi semasa ana darjah satu dulu, suka sangat bermain2 di luar kelas, selalu juga bergaduh dengan sape tu?ntah(hehe...). Saifullah dulu adalah kwn baik ana dulu...tapi dia pindah sek. masa darjah 4 ke 5 ntah. Yang ingat aulad(banin dahulu) kat kelas ana is: Adam, Ishraf, Daeng, Ammar Taqi, Ismail, Muizuddin, Amir Afifi, Irfan Zulkefly, Firdaus, Zulfadhli, Shafiq, Zahin and Saifullah(sorry kpd yg tak ingat)


.:Ingat lagi tak? 1 Ibnu Majah 1999:.
.:A bit blurry though:.

Tapi sekarang kita dah besar dah... dah matang,kan? Penuh dengan jiwa dan perasaan keremajaan...Pelbagai perasaan menghantui kita remaja, marah, malas, dengki, ci...(er...)macam-macam lagi sifat dan perasaan yg terdapat dlm jiwa seseorg remaja.

Memeandangkan kita semua sudah besar, patutlah kita untuk memikirkan yg mana satu buruk dan yg mana satu yg baik, kan? Jadi kita perlu untuk menggunakan dengan sebaiknya nikmat akal yg telah dianugarahkan Tuhan....jgn menyalahgunaknnya(errr...). Ntah, tak tahu nak kata apa lagi, ok?

(correct me if I am wrong)

Wassalam...

Sunday, 2 March 2008

Lapangkan Dadamu

Assyahid Imam Hasan Albanna:
“Serendah-rendah martabat ukhuwwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu, dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.”

Teringat masa kelas hadith dengan Ustazah Rasyidah. :D 2 thiqah dulu2 (memori!). Hadith pertama masa form 2 dulu pasal ukhuwwah. Dulu ustazah ada sebut, setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ITHAR serendah-rendah ukhuwwah pulak berlapang dada.

Kita selalu sebut ukhuwwah fillah abadan abada... Kita selalu kata ukhuwwah kita mantap. Hakikatnya? Dijentik sedikit, goyah, hancur, rapuh ia rebah. Walaupun hampir sedekad ukhuwwah disemai, hati budi jauh sekali hendak dikenali.

Kenapa? Sebab payah sangat nak amalkan berlapang dada. Ada je dengki dalam hati. Kalaulah serendah-rendah ukhuwwah kita belum capai, macam mana kita nak jamin yang ukhuwwah kita akan kekal abadan abada?

BERLAPANG DADA

Pernah tak terasa diri tak dihargai? Atau sering dikhianati sahabat? Selalu gagal dalam persahabatan? Bukan salah mereka, bukan salah sahabat2 kita andai dikhianati berpuluh kali. Salah siapa? Salah sendiri.

Kita selalu nak yang perfect. Tapi diri sendiri tak perfect. Kat sini kena belajar give and take. Redha. LAPANG DADA. Jangan cepat berburuk sangka. Seek first to understand, then to be understood. Cuba faham kenapa sahabat kita buat macam tu, pandanglah dari perspektif yang berbeza, barulah persefahaman akan terbina.



Dalam bersahabat tak sah kalau takde pertelingkahan. Memanglah payah bila disakiti. Kadang-kadang dengan perkataan harian boleh terguris sekeping hati. Apa kita tahu kan? Kadang-kadang kita tak bermaksud pun nak cakap sesuatu, tapi terlepas, terlukalah seseorang. Kita semua tahu kan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Yang terguris, belajarlah untuk berlapang dada. Jangan sekali-kali simpan dendam. Luahkanlah rasa hati kepada Allah. Ingat, dengan memaafkan seseorang, bukan sahaja pahala kita dapat, malah ukhuwwah juga semakin mantap. Belajar untuk tebalkan hati. Apalah sangat cercaan, makian, pertelingkahan di sekolah berbanding penindasan sahabat-sahabat kita di luar negara sana. Bukan dihina kerana paras rupa mereka, tapi dimaki kerana mengamalkan agama yang sebenar. Dihina kerana memperjuangkan Addeen. Tapi mereka tabah. Kenapa tidak kita?

Hakikatnya, manusia melakukan kesilapan. Manusia tidak maksum. Manusia mudah tergoda dek bisikan syaitaan laknatullah. Itu sebabnya Allah memerintah kita supaya Amar ma'ruf nahi munkar. Usah pendamkan kesilapan seseorang. Hakikatnya, dosanya kita juga akan menanggung bebannya kerana membiarkan sahabat kita dalam kejahilan.



"Ketahuilah sesungguhnya pada jasad ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Apabila ia buruk maka buruklah jasad seluruhnya. Ketahuilah dia adalah hati."

MATANG

Matang ialah persoalan kewarasan akal seseorang. Matang bukan beerti berpakaian yang cantik, atau bercinta dan bercouple. Matang bukan beerti tidak mendengar kata ibu bapa serta guru. Matang bukan ertinya hebat berkata-kata di pentas siasah. Matang bukan bermaksud memiliki handphone canggih atau mp4.

Matang itu lebih daripada TAHU membezakan antara yang baik dan buruk. Matang ertinya boleh digalaskan beban dakwah dan agama atas bahunya. Matang ertinya boleh dipercayai andainya ditugaskan untuk berperang fisabil-iLlah.

Persoalannya, adakah kita sudah matang?

Matangkah jika bertelingkah tentang pemain bola sepak?
Matangkah jika berdebat tentang siapa jejaka paling kacak?
Matangkah jika berkata belakang?
Matangkah jika mengumpat tatkala masa lapang menjelma?
Matangkah jika mengadu tentang setiap itu dan ini?
Matangkah jika hipokrit?
Matangkah jika tidak ambil tahu tentang dunia Islam?
Matangkah jika mengeluh kerana terpaksa menghadiri program?

Marilah bersama kita renungkan kembali. Adakah benar ukhuwwah antara kita adalah ukhuwwah yang sebenarnya atau hanya sekadar ikatan di mata, terselindung dek jiwa yang hipokrit? Adakah kita sanggup berlaku baik di hadapan kawan-kawan, tapi sebenarnya menikamnya dari belakang? Tanpa segan silu mendedahkan keaiban yang tak sewajarnya dipertontoni? Tanpa sekelumit rasa bersalah kita hamburkan rasa geram di dunia maya.

Memang, ada ruangan kecil itu milik kita, tapi siapa yang membacanya? Sanggupkah kita mencampakkan najis ke muka sahabat kita? Tentu tidak bukan? Sungguh, mendedahkan keaibannya lebih dahsyat daripada itu.



Perumpamaannya seperti aurat kita. Memang bahagian tubuh badan kita itu dianugrah oleh Allah buat kita lalu menjadi milik kita buat sementara. Tapi bolehkah kita bertelanjang bulat dikhalayak ramai? Kita punyai batasan aurat yang perlu dijaga. Begitu juga maruah manusia.

Kesimpulannya, berlapangdadalah, senyumlah, gembirakan hati sahabatmu. Nescaya satu hari nanti kita akan dapat rasa manisnya sebenarnya ukhuwwah itu.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersbut yang mengubah diri mereka sendiri."

M & R


bismillahirrahmanirrahim.


muhasabah diri. ini adalah cetusan hati ikhlas seorang ukht junior kita. adik kepada salah seorang ahli batchsebelas. Hayati...

----

m pnjg mmm... m pendek m... dable m mm... single m MALAS!

m.a.l.a.s.

knape p'kataan nih slalu mgacau driku utk mmbuat ssuatu?!
knape dsebbkn p'kataan nih aku slalu mmbiarkn mse b'lari dn b'lari?!
knape jgk p'kataan nih sering mmbuatkn aku akn mnysl nnt?!
dn knape dsebbkn p'kataan nih aku bknlh muslimh sejati?!?!!

aku sering t'tnye tnye...
knape p'ktaan nih msti ade dlm kmus hidupku...
meroskkn hidupku...
mmbuatkn aku mrase teruk...
dn amt teruk!!

p'ktaan nih ibarat suami yg tidk prnh b'tnggungjwb...
x prnh mrase b'slh dgn smua mslh yg die timbulkn...
membiarkn istri sendri mngnggung bban...

sng isteri... bnuhlh sikap suamimu agar t'bntuk kluarge bhagia...
sng pmbce... bnuhlh prktaan itu agr t'bntuk pribadi mulia...

whai istri...
doaknlh die...
minx lh kpd yg 1...
agr t'buke hti...
utk mnerime mu...

whai pmbce...
tmbhlh 1 prktaan dlm kmus hidupmu...
sbgai snjata utk mmbunuh pnyakit M kmu...
iaitu penawar R...

rjinlh kmu!!!
rjinlh kmu!!!
rjinlh kmu!!!

-----
p.s: maaf, byk sgt singkatan. mohon tidak diedit. biar asli. semuanya tentang Malas & Rajin.

Al Quran Pembela di Hari Akhirat


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari al Quran, setelah itu rasulullah memberitahu tentang kelebihan al Quran"

Telah bersabda Rasulullah: "Belajarlah kamu akan al Quran di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia akan bertanya, : "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

"Akulah yg kamu cintai dan kamu sanjung dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

"Adakah kamu al Quran?'' tanya si pembaca al Quran

Lalu Al Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim di beri perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : " Dari manakah kami memperolehi semua ini, padahal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al Quran."

Jadi apa tunggu lagi, gunakanlah masa muda kita ini untuk mempelajari al Quran... Bukannya masa untuk berfoya-foya ataupun berseronok.. Kerana tiada istilah berseronok dalam kamus atau diari seorang yang mengakui dirinya seorang MUSLIM kerana dia tahu dan dapat melihat dengan jelas apa tujuan dia hidup di dunia ini iaitu tujuan hidupnya adalah untuk Beribadah kepada Allah.

Oleh,
Nur Qalbu

Saturday, 1 March 2008

Antara Madu dan Gula: Siapakah Anda?

Bismillahirrahmanirrahim.

ANTARA MADU DAN GULA : SIAPAKAH ANDA?

Oleh : Asyraff Hafdzan Abdullah

Menelusuri rencah kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran, kadangkala memaksa saya berfikir tentang jiwa dan rasa. Kehidupan manusia, adalah terdiri daripada minda, jasad dan hasrat yang mewakili spiritual, fizikal dan intelektual. Hidup manusia tidak akan lengkap tanpa semua elemen tersebut. Apabila elemen-elemen itu bergabung, dan membentuk peribadi, maka di situlah kita akan dapat melihat di mana nilai kita.

Madu & Gula

Gula (sukrosa) terhasil daripada gabungan molekul glukosa & molekul fruktosa yang diekstrak daripada pohon tebu secara kebiasaannya. Gula menjadi makanan asasi dalam kehidupan manusia kini, meskipun, kehadirannya di dalam tubuh manusia, hanya menjadi bahan tambahan kepada tenaga (kalori) dan seringkali menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti kerosakan gigi dan diabetis.

Manakala madu pula, mengandungi bahan utama daripada gula fruktosa (41%), glukosa (35%), sukrosa (1.9%) dan dekstrin (1.5%). Kadar protein dalam madu adalah relatif kecil, sekitar 2.6%. Vitamin pula termasuk vitamin B, B2, B3, B6 & vitamin C. Mineral yang terkandung di dalam madu pula antaranya ialah kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi, tembaga, fosforus dan sulfur. Bezanya antara gula dan madu adalah, madu lebih berkhasiat dan mempunyai banyak kelebihan hatta menjadi ubat yang hebat untuk manusia sebagaimana firman-Nya :

"Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya." (An-Nahl : 69)

Kita sering mendengar, ungkapan-ungkapan seperti 'habis madu sepah dibuang', 'semut mati di dalam bekas gula', dan 'kurangkan manis dalam minuman, banyakkan manis dalam senyuman' serta lain-lain. Ungkapan-ungkapan seumpama ini, jika diteliti, sebenarnya menyimpulkan satu intipati yang menarik untuk direnungkan dalam kehidupan kita ini.

Nilai Diri

Setiap manusia, mempunyai nilainya yang tersendiri. Sama ada nilai itu ditetapkan oleh undang-undang ciptaan manusia seperti sistem nilai dalam masyarakat ataupun yang diwahyukan kepada manusia sebagaimana di dalam firman Allah: "Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa". Kedua-dua sumber penilaian ini, memberi kesan kepada kehidupan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Nilai diri yang dikutip daripada elemen-elemen spiritual, fizikal dan intelektual ini, membentuk peribadi kita selaku manusia yang berinteraksi antara satu sama lain. Nilai diri manusia yang positif adalah seumpama madu sedangkan yang negatif pula bagaikan gula. Nilai madu berbeza jika dibandingkan dengan gula, menjadikan madu lebih istimewa, lebih mahal dan sering dicari, walaupun kadangkala gula juga dicari kerana kehabisan di pasaran. Senyum.

Di Mana Letaknya Nilai Anda?

Saya suka mengambil perumpamaan madu dan gula dikaitkan dengan entiti utama dalam masyarakat iaitu wanita. Madu lebih bernilai daripada gula, madu menyihatkan, sedangkan gula merosakkan. Sebab itu, apabila semut terlalu banyak makan gula, dia akan mati dalam bekas gula. Semut tidak menghurung madu kecuali madu yang tidak asli (campuran gula). Jadi di sini letaknya nilai madu. Wanita sering menjadi objek sasaran semut yang tidak punya nilai spiritual dan intelektual yang tinggi. Cuba kita lihat wanita yang berkecimpung di dalam kerjaya yang menjatuhkan akhlak, betapa banyaknya semut yang menghurung mereka? Wajah yang 'putih' diiklankan. Maruah yang 'manis' diperdagangkan. Akhirnya, semut-semut ini juga turut rosak setelah gula sukrosa wanita terlalu banyak dimamah!

Sedangkan madu pula, walaupun pahit, kata orang-orang yang berumahtangga, namun sebenarnya ia sangat manis. Madu yang baik adalah madu yang asli yang dikumpulkan dan didapatkan dengan begitu susah payah. Terpelihara di dalam sarang lebah, maka cara mendapatkannya melalui jalan-jalan yang sukar, memanjat gunung dan pokok, gua pun ada. Begitulah ibarat wanita solehah yang disukai ramai, tapi tak ramai yang mampu memilikinya.

Persoalannya, adakah anda, wahai wanita (juga lelaki), sebagai gula atau madu?

Lelaki pasangannya wanita. Gula pasangannya semut. Madu pasangannya lebah. Mari kita lihat pula, apa peranan semut. Semut walaupun dari sudut kekuatan fizikalnya mampu mengangkat berat melebihi berat tubuhnya sendiri, tetapi dia tidak mampu untuk makan melebihi hadnya. Sebab itu, semut tidak boleh makan banyak gula, kelak membawa kematian. Semut secara relatifnya mempunyai jumlah yang lebih besar berbanding lebah.

Lebah pula mengumpul nektar daripada bunga dan dikumpulkan di sarang sehingga akhirnya menjadi madu. Walaupun jumlah lebah sedikit berbanding semut, (ya, Saidina Umar sering berdoa dijadikan dari kalangan golongan yang sedikit, juga hanya sedikit manusia yang dapat masuk syurga) namun berkat kerja yang kolektif, dan berwawasan, lebah dapat mengumpulkan madu yang berkualiti. Wahai para lelaki (wanita juga), setakat manakah kemampuan diri anda? Adakah bilangan sahaja yang ramai tetapi tidak mampu menghasilkan apa-apa, atau sedikit individunya namun menggegarkan dunia?

Renungkan Nilai

Perhatikan nilai diri kita. Adakah bertambah selaras peningkatan ilmu di dada dan minda, iman di atma, atau sering merudum dengan pelbagai dugaan melanda? Adakah nilai diri kita layak membawa kita ke syurga? Atau sekadar menjadi semut dunia?

Sudah kolektifkah kerja kita? Sudah maniskah ukhuwah kita? Sudah putihkah amal dan niat kita? Makin positifkah intelektual kita atau kian negatifkah ia kerana terlebih gula?

Nilai Tambah

Sebagai mahasiswa dan mahasiswi Timur Tengah, sudah tentu, kitalah yang menjadi harapan bangsa dan tanahair untuk membangunkan negara dan agama. Mungkin ada di kalangan kita yang merasa terpaksa datang ke bumi padang pasir ini kerana arahan keluarga ataupun keputusan peperiksaan yang tidak mampu memberi harapan untuk ke mana-mana selain ke sini. Sebenarnya, masih belum terlewat untuk memperbaiki diri, belum terlajak untuk muhasabah sekali lagi, apa tujuan, apa matlamat permusafiran ini. Sekiranya niat yang bersih, yang berkualiti, manis bumbunya kerana Allah, maka, selagi kaki berpijak di sini, selagi itulah peluang motivasi kendiri terbuka lagi.

Fikirkan, adakah kehadiran kita di sini sekadar menjadi semut-semut, mengangkut gula ke sana ke mari tetapi tidak mampu memanfaatkan gula untuk diri sendiri dan komuniti? Tidak teringinkah kita, menambah nilai 'terbang'nya kita ke sini, menyedut madu ilmu demi membina sarang ummah yang berkualiti tinggi? Cukupkah nektar hikmah yang dikutip buat bekalan famili, masyarakat dan watani? Atau kita perlu memanjat lebih tinggi, mendaki gunung, merentas samudera demi mendapatkan madu yang kita cari-cari?


Saya tidak perlu bertanya panjang-panjang lagi. Cukuplah anda menjawab, antara madu dan gula, siapakah diri anda?

ketawa dan menangis

antum mesti pernah dengar orang cakap: "jangan banyak ketawa di dunia, nanti di akhirat banyak menangis..."

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa(berlebih-lebihan) nescaya Allah akan melaknat dia (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya dia akan mudah dimasukkan ke dalam api neraka."

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

muhasabah diri. moga kita bergembira dengan cara RASULULLAH (^_^) tetapi tidak dengan cara syaitan.

wallahua'lam.

I Need Help!

Assalamu'alaykum w.b.t,

How's everyone out there, fine? Or having troubles and problems. Well, I don't count this as a problem but I need you or anyone's help, my sister in UIAM Kuantan needs anyone who can draw, make multimedia show, comic or anything else that suits, about the suffering of our cousins in Palestine. This is her message to me:

assalamu'alaykum,

di sini, i would like to ask for your help from you yang pandai melukis tak kira sketched or arts graphic computer stuff.

in your free time, i would like to request you to make anything yang berkaitan the palestinian issue (drawing and slogan) yang boleh menginsafkan as a picture/image, poster, handout, movie, powerpoint or anything at all yang boleh di sebarluaskan and interesting. kakak memegang amanah k-intel kat kuantan ni. all about the ummah.

so don't take too long. tapi in the long run boleh sangat untuk diteruskan. you could ask your friends to help jugak, especially yang pandai melukis tu.i will also ask from abang and k long.

gaza, palestin semakin meruncing! don't forget to make do'a!!

syukran, wassalam.

Kpd sesiapa yg boleh buatkan, lukislah atau buatlah apa yg patut. Ini adalah untuk memberi kesedaran kpd saudara kita di Kuantan betapa sengit dan susahnya hidup di Palestin, yg sangat memerlukan pertolongan.

Oh, ya! hantar tu tak kisah-lah hard-copy ke, soft-copy ke, asalkan sampai kepada ana, biar ana bagi kpd kakak ana. Kalau soft copy,hantarkan melalui e-mail kepada:

munchin_3001@yahoo.com
or...

Kalau tak nak bagi alamt e-mail sendiri tu, takut ana simpan alamat dia(haha:P), boleh bagi gambar tu kpd blog ni(walaupun ana pun tak tahu macamana), biar ana ambil secara sendiri.

(correct me if I am wrong)

Wassalam...

Thursday, 28 February 2008

Peringatan/Tazkirah

Assalamu'alaykum,

Ingat atau tidak?

Sunday, 15 July 2007
Bismillah...

Assalamu'alaykum!

Alhamdulillah bersyukur akhirnya terhasil juga blog ini.
Blablabla. Dah tak tau nak tulis apa.

First sekali nak cakap, blog ini untuk batch 11 SMIH. Macam2 yang kita boleh buat dengan blog nih. Contohnya, menulis blog. Ahah! Sesiapa yang nak join post blog kat sini, boleh bagitau ana.

Harapan ana, agar blog ni dimanfaatkan sepenuhnya, moga kehadiran blog ini akan memberikan manfaat kepada kita. InsyaAllah.

penaip berhemah, tmah

dah pukul 10:02 PM

2 ayam berkokok (klik! :D) tentang General


Saturday, 11 August 2007
Nak Pendapat Semua Orang

Assalamu'alaykum!

Apa pendapat kalian andainya banin join blog ni? (Sekali lagi, skema itu hebat!)
Ana tak tahulah.
I'm thinking about the risks of starting a conflict here.
Ana takut nanti banat dengan banin gaduh.
TAPI
Ana percaya semua dah matang kan?
Hurm...
Batch sebelas kan ada 118 orang sekarang ni.
67 banat dan yang baki 51 orang tu kan banin.
Batch kita bukan ada banat je.
Tapi,
betul, ana takut kalau anything happens...
Sebab ana yang start off the idea of the blog.
Nanti ana yang bersalah.
Haha.
Lawak pulak.

So what do you guys think?
Kalau ada banin yang bukak blog ni, bagilah pendapat.
Korang nak join tak blog ni?
Ana harap semua orang boleh bagi idea yang bernas.
Ana tahu ramai yang singgah blog ni.

Please, I need your opinions.

penaip berhemah, tmah

dah pukul 5:49 PM

6 ayam berkokok (klik! :D):

======================================

Ana ingin menunjukkan rasa bersyukur kerana ada juga manusia yg sanggup menghabiskan masanya untuk membuat blog batch sebelas untuk kegunaan semua pelajar-pelajar batch yg ke-11(jgn bangga sangat).

Oleh itu, gunalah blog ini sebaik mungkin... jgn digunakan sebagai medan pertempur atau ber'debat'(sebenarnya mungkin takde berlaku, tapi hanya untuk memastikan blog ini selamat digunakan)

(correct me if I am wrong)

Wassalam...

Wednesday, 27 February 2008

Hikayat Montel si Kucing Bulat II


Dan Patik Montel menghadap lagi monitor komputer (itukah namanya?) untuk menyambung hikayat patik Montel sebelum patik nanti pergi tinggalkan Istana Hidayah.

Dia datang lagi pada patik, kucing yang tidak dapat meluahkan bicara buatnya. Seandainya saja patik Montel dapat meredakannya.

“Montel, saya rasa s e d i h sangat. Montel, tak boleh ke kamu lihat pada mata saya? Montel, kamu pendengar yang sangat-sangat baik. Kenapa kamu bukan manusia? Kenapa saya rasa setiap kali saya berkata-kata pada kamu, kamu faham semuanya, Cuma Allah tak berikan kelebihan buat saya untuk mendengar bicara kamu, Montel”

Montel kesiankan dia. Dia dilongkangkan.

Patik Montel hanyalah kucing bulat bagi kamu. Kucing bulat.

Kamu tahu hanyalah kamu seorang yang menyedari dan ambil endah ehwal patik Montel. Ataukah memang patik Montel halimunan buat kamu dan hanya terlihatkan oleh seseorang seperti kamu hai hamba Allah.

Patik Montel duduk di sebelahnya. Dia duduk juga. Semacam pondok itulah tempat kami bertemu. Barangkali itu waktu senggangnya.

Dan…

Sekali lagi patik Montel jadi sangat tersentuh…. Sungguh manusia itu sebaik-baik ciptaanNya!

Subhanallah..

“Ya Allah, ya Rabbi… berikanlah kebaikan buat dia ya Allah. Bukakanlah hatinya. Mungkin kerana noda-noda mazmumah yang penuh dalam hati hambaMu ini buatkan dia jadi tidak percayakan hamba lagi. Kau Maha Tahu hatiku ya Rabbi… Kau Maha Kuasa menentukan segalanya yang terbaik…. Maka, tentukanlah segalanya yang terbaik bagi hambaMu ini jua diredhaiMu tiap hela nafas hamba ya Allah..”

Usahlah kalian tertawakan tangisannya. Doanya setulus- tulus doa. Dan hati patik Montel sangat bergetar mendengar doa yang sungguh syahdu. Bukankah doa seorang sahabat buat sahabatnya di luar pengetahua sahabat itu pasti didengarkan oleh Allah?

Maka, beralunlah ayat-ayat cintaNya…..

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

Sungguh sayu dia mengalunkan ayat-ayat itu. Ayat daripada surah an- Najm itu mengesan. Betapa optimisnya dia, senantiasa yakin ayat-ayat cinta Ilahi pasti dapat mengubat hati yang dambakan siraman taqwa.. Patik Montel sangat sayangkan kamu..

-------

Adapun setelah itu, patik berjalan seperti biasa, berlegar-legar menghirup udara segar di pinggiran Istana Hidayah.

Tiba-tiba….

Ah, patik Montel lapar! *keroncong perut kelaparan*

------

*[Baca: Kisah ini menonjolkan watak 'dia' yang rapat dengan kucing Montel itu hanyalah penyempurnaan daripada peribadi insan-insan yang pernah ana kenali. Yang ana kenali dan tersemat di hati. Sungguh amat beruntunglah ana kalau ana bertemankan ‘dia’. Tidak mustahil. Tapi nak dapatkan yang baik-baik mestilah jadi yang baik-baik dahulu, kan? ;) ]

Dengarlah ini; bicara Allah buatmu!!~

bismillahirrahmannirrahim.

Sungguh,
laki-laki dan perempuan muslim,
laki-laki dan perempuan mukmin,
laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan-Nya,
laki-laki dan perempuan yang benar,
laki-laki dan perempuan yang sabar,
laki-laki dan perempuan yang khusyu',
laki-laki dan perempuan yang bersedekah,
laki-laki dan perempuan yang berpuasa,
laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,
laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah,

Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

(surah Al-Ahzab: 35)

Sesungguhnya ampunan yang Allah berikan, amat2 kita harapkan terutama dosa2 yang telah kita lakukan pada-Nya. Astaghfirullah~ Tapi, punyalah Allah sayangkan kita, diberinya pahala yang besar sesudah Dia mengampunkan kita. MasyaAllah. Bersamalah kita hisab (hitung) amalan kita. bersedialah untuk menuju destinasi kita yang kekal. Sesungguhnya dunia jambatan akhirat. (praktikkan PI f3~)

Wallahua'lam.

bismillhirrahmannirrahim..

Peringatan buat kita semua!!~ terutama buat diri yang menulis ini. tiba-tiba terbuka muka surat ni. masyaAllah mafhumnya seperti di bawah;

"Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon pertolongan kepada tuhan-Nya dengan kembali (taat ) kepadanya, tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa' kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-kutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah, "bersenang-senanglah kamu dengan kekafiran itu untuk sementara waktu, sungguh kamu termasuk penghuni neraka."
(Az-Zumar:8)

Wallahua'lam.

Antara tiga BUta..~

bismillahirrahmannirrahim.

Tentu dapat diukur
betapa gembiranya orang2 yang buta huruf
setelah belajar bersungguh2
dapat menulis, membaca, mengira
dunia baginya terbentang luas
kerna ilmu dapat dikecapinya dengan puas
untuk mengenal pencipta-Nya yang Haq.

Sukar untuk digambarkan
betapa bahagianya orang yang buta matanya
setelah berpuluh2 tahun mencari penawar
akhirnya...
sembuhlah ia dan dapat melihat kembali
cahaya bulan dan sinar matahari
serta seisi alam ciptaan Ilahi.

Lebih sukar lagi..
untuk diterang dan dikiaskan
betapa nikmatnya
orang yang buta hatinya
setelah lama hidup dalam gelap gelita
lalu tersirna cahaya ghaib...
dapat dilihat dengan jelasnya
keindahan hakikat akan sesuatu
Makrifah Tuhan Yang Maha Esa

Ya Tuhan!
celikkanlah
hati-hati yang kami yang buta itu
biarlah buta huruf dan buta mata
tetapi...
janganlah buta hati
agar terasa bahagia, nikmatnya Ya Allah
cinta-Mu yang begitu Agung
kami menjadikanmu seagai tuhan kami yang haq
bukan sekadar inginkan syurga atau takutkan neraka
mendorong ketaatan atau menghambakan diri pada-Mu
Tapi...
hanyalah kerana cinta dan rindu pada-Mu.

Wallahua'lam.

Seriuslah lil Islam~

bismillahirrahmannirrahim..
alwaqtu kassoiyyif!!~ (sedang memecut masa..)

alhamdulillah..tiba-tiba terbaca satu majalah yang ana kagum sangat2. masaAllah. nama majalah ni ialah "GENERASI" dan ada sedikit tulisan di bawahnya "pembentuk remaja salafussoleh". tapi sayangnya, diterbitkan pada tahun 1991. sekarang macam tak nampak majalah ni, tapi tak tahulah kalau2 sebenarnya ada.

toyyib!! beberapa peringatan yang boleh dicedok buat kita semua, terutama yang berkaitan dengan tajuk di atas. Ya!!~ serius. di bawah ni salinannya; (harap dapat meluangkan masa untuknya, insyaAllah masa yang sedikit diperuntukkan untuk persediaan masa hadapan yang lebih panjang buat kita semua!)

" Apakah tuhan berbincang dengan ibu bapaku sewaktu memutuskan aku akan lahir ke dunia?" detak hati Saiyidina Ali dalam perjalanan pulang menemui ibu-bapanya. Sebelum dia telah bertemu dengan Rasulullah, dan ketika itu baginda telah mengajaknya memeluk agam ISLAM. Kerana umurnya baru 10 tahun, Saiyidina Ali meminta izin Rasulullah untuk pulang dahulu berbincang dengan ibu-bapanya. Tapi di pertengahan jalan dia terus berfikr dan berfikir. Seriusnya bukan main. Akhirnya dia tiba pada satu kesimpulan: beriman tanpa izin ibu-bapanya. Alasannya mudah; Allah menciptakannya tanpa berunding dengan ibu bapanya. Jadi apa perlunya berunding dengan ibu bapa untuk beriman kepada Allah?

Usamah bin Ziad dilantik menjadi Jeneral Perang sewaktu berumur lapan belas tahu. Sultan Muhammad Al-Fateh, naik menggantikan ayahnya, Sultan Murad, sewaktu berumur 14 tahun. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW, telah dibariskan di medan perang ketika berumur belasa tahun. Hingga sejarah memaparkan ada di antara mereka yang cuba menjungkit kakinya agar kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipilih di medan perang.

Inilah remaja-remaja salafussoleh, remaja yang sedari mudanya sudah memikul tugas2 yang besar dan serius. Walaupun masih muda tetapi fikiran mereka sudah 'tua' , tindakan mereka sudah matang. ISLAMlah yang mendewasakan mereka. Islam adalah agama yang serius. serius untuk diyakini, serius untuk dihayati, serius untuk diamalkan dan serius untuk diperjuangkan.

KITA bagaimana ya?

-Adakah kita seorang yang serius? (bukan setakat nak memperjuangkan Islam seperti zaman-zaman sahabat, tapi hendak menunutut ilmu...masyaAllah!!~ cth: wajibul manzili (h/w), tumpuan dalam kelas, juhud dalam belajar...)
-Adakah kita memikirkan nasib kita dan sahabat kita di akhirat?
Adakah kita memikirkan nasib Islam dah ummahnya?
Adakah kita seorang yang sedang melibatkan diri dalam satu tugas yang serius?

Tepuk dada, Tanya IMAN. (apa khabar ya? sihatke IMAN kita..sedihnya ia meronta kesakitan jika tuannya tak sedar nak memperbaharuinya. moga IMANmu di"tajdid"kan dari masa ke masa)

Iqbal pernah berkata: "Kalau ingin melihat masyarakat esok, lihatlah remaja hari ini."

syukran kerana meluangkan masamu untuk membaca!!~ moga ia bermanfaat buat kita semua!!~Wallahua'lam.