bismillahirrahmannirrahim,
Dahulu, ketika Muhammad mendapatnya
terus diberi kepada beribu-ribu manusia.
Dahulu, ketika Abu Bakar mendapatnya,
terus diberi kepada enam manusia yang kebanyakannya dijamin syurga.
Dahulu, ketika Bilal mendapatnya,
terus dibebaskan jiwanya walau tubuh dibaham belati.
Dahulu, ketika Sumayyah mendapatnya,
terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu.
Dahulu, ketika Umar mendapatnya,
kasar jiwanya terus dihalusi oleh ayat-ayat Yang Maha Esa.
Itu dahulu.
Sekarang?
Kita mendapatnya,
lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana/ entah ke mana
Kita mendapatnya,
lantas kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa.
merasakan bangga dengan ilmu (sedikit sesangat) yang ada.
Kita mendapatnya,
lantas kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya
kita merasa tidak layak,
sedangkan kita sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.
Bila pula mula merasa layak,
kita melakukannya pula demi segugus nama.
Pedang yang tidak tajam harus diasah.
Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara.
Musuh kita al bathil,
Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam soff yang sama
Tawadhu'lah.
Berusahalah..buatlah kerana mardhatillah bukan kerana kepentingan diri sendiri.
sesungguhnya itu hakikatnya merugikan diri, bangga di dunia azab di akhirat,
walau beri beribu sumbangan, hati lain tak terkesan, kerna tiada keikhlasan.
(innallaha 'alimun bizatis sudur)
(diambil dari satu halaman dan diubahsuai sedikit)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
itulah namanya amalan " disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati"..
TAPI, DIA sentiasa tahu apa yang terdetik di hati kita. walaupun ianya satu lintasan hati. Perbanyakkanlah istighfar, supaya hati kita sentiasa dibersihkan dan disucikan. Jika kita lihat hati merupakan sesuatu yang diciptakan Allah, tetapi kita tak bisa melihatnya. jikalau dibuat pembedahan, sudah pasti tidak akan terjumpa oleh sesiapa pun. Tapi kekuasaan Allah itu boleh mengetahui isi hati setiap makhluq yang diciptakan di bumi ini (bukan manusia shj, jin, iblis, malaikat, hayawanat dan sebagainya). masayaAllah. berapa bilion, juta yang tak terkira di atas langit, di langit, di atas bumi, di dalam lautan, dasarnya, dan di dalam bumi. Ini baru dahaja planet bumi. Jikalau kita ambil skop yang kecil, kita ambil manusia sahaja. (wah, manusia. ramainya) bermacam2 bahasa yang Allah tahu. kerana setiap apa yang terdetik di hati kita Allah mengetahui. cuba senaraikan bahasa yang kita tahu...
~ba (palestin, iraq, b.a. fusha...)
~bm (ada mcm2 loghat, sebutan)
~bi (ada mcm2 jenis juga)
~cina (ini pun sama; berbeza mengikut tempat=mandarin....)
~ tamil (kurang tahu, tetapi rasanya banyak juga)
~jawa (banyak juga ni, ponorogo...)
~indonesia
~philipin
~korea
~jepun
~kelabit
~iban
~kenyah
~Bidayuh
~dan macam2 lagi (tambah sendiri ya~)
masyaAllah, itupun kita belum menguasai satu2 bahasa itu sendiri. nak menunjukkan (innalahua si'un 'alim)..DIA.. Maha Luas Pengetahuannya. Allah mengetahui setiap kata2, lintasan hati, apa2 yang terdetik di hati kita lagi2 dalam meneruskan dakwahnya. sama ada ikhlas atau tidak. Jangankan kata ikhlas atau tidak, sama ada kita ingin meneruskan usaha dakwah ini mahupun tidak. Lihat, Rasulullah meneruskan da'wah nabi2 terdahulu dan menyampaikan ilmu yang diketahuinya daripada Allah kepada para sahabat, para tabi' meneruskan usha ini daripada para sahabat, para tabi' tabi'in meneruskannya daripada tabi', tokoh2 islam meneruskan usha ini sehinggalah tiba satu masa pada kita, tetapi kita....(jawablah sendiri, tanya iman, tanya hati.) Bayangkan jika mereka tidak meneruskan usaha ini. sudah pasti kita tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam yang teramat manis nikmatnya.
Adakah kita ingin melihat anak Adam akan datang tidak mengamalkan agama yang dipegang dari zaman nabi Adam sehingga khatimul anbiya' (Rasulullah) dan kini, masih kita nikmatinya. Sesungguhnya kita tidak boleh membiarkan mereka jahil kerana sikap kita yang leka dan tidak meneruskan usaha ini atau kurang serius dalam hal2 tersebut. (menganggap sampingan, temeh)..
Bagaimana kita meneruskannya?
Ya, kita perlu tahu cara untuk mengekalkan agama ISLAM tertegak di bumi Allah ini. bukan sekadar pada agamanya sahaja tetapi turut melalui ilmu dan amalan. Utamanya, selagi ilmu yang kita ada itu, wajib amalkannya, sebarkannya walaupun sedikit. tanpa ilmu tiada amal. tanpa amal tidak bergunalah ilmu. amatlah rugi jika ilmu yang kita ada tidak diamalkan dan disebarkan. Ingat, antara pahala yang berterusan bila kita tiada ialah dengan menyampaikan ilmu yang bermanfaat pada orang lain. apabila kita menyampaikan kepada 5 org, 5 org menyampaikan setiapnya 5 orang, dan akhirnya berterusan ilmu tersebut hingga ke anak cucu. .
Jika kita tidak sebarkan ilmu yang telah kita ketahui bermakna, kita telah melepaskan peluang untuk mengutip, banyak pahala (yang berterusan). Sebarkanlah melalui kekuatan/kelebihan yang telah Allah beri pada setiap diri kita masing2. (menulis, berkarya, melukis, mmeberi nasihat, berhujah dan sbg)..Janganlah kita (lokek2 ilmu) yang kita ada kerana ilmu itu datangnya daripada Allah. Kita tidak berhak untuk bangga dengan berapa "banyak" ilmu yang kita tahu kerana itu bukan datanganya daripada kita. Sebaliknya kita perlu rasa takut & berhati2 terhadap ilmu yang kita ada kerana semakin banyak ilmu kita ada semakin banyak amalan kita terhadap ilmu tersebut.
Dan usahlah kita mengeluh, menyesal kerana perlu meneruskan usaha ini. Usahlah kita berputus asa, inilah jalan yang membawa cinta kita yang sebenar. Malah, banggalah wahai sahabat2 ku kerana kita terpilih dalam menerima hidayah-Nya (ISLAM). Dari jalan ini, kita akan sentiasa dekat pada-Nya kerana memohon sumber kekuatan, kesabaran, ketenangan dan segala apa yang kita perlukan dari-Nya. Itulah yang dinamakan halawatul iman (kemanisan iman). betapa indahnya, manisnya kekasih bersama Allah. Kenang2lah sirah nabi2 terdahulu, cthnya; Rasulullah dalam menyampaikan, menyebarkan da'wahnya dengan penuh rasa ikhlas dan berbesar hati. sedangkan cabarannya lebih hebat, tentangannya begitu menggugat, dilempar dengan batu, caci maki dan sebagainya. Tetapi, lihatlah diri kita seperti tidak berbuat apa2 dalam usaha ini, sudah mengalah, sudah menyerah, berputus asa kerana menganggap "begitu besar" ujian yang ditimpa. Janganlah berkata begitu. teruskannya dengan seluruh kudrat yang kita ada. Ingat, sesungguhnya jalan ini amat panjang dan ia mempunyai destinasi yang Allah janjikan iaitu, kita akan bersama menikmati kehidupan Jannah-Nya jika kita ikhlas dan berjihad dalam jalan ini. Di sana alangkah indahnya kita dapat bertemu dengan Dia Yang Maha Pemurah lagu Maha Penyayang dan Maha Segala2nya. InsyaAllah. Hanya orang yang merebut peluang ini sahaja dapat menikmatinya. Ayuh, apa tunggu lagi!!~
Wallahua'lam~
1 comment:
teringat novel Tautan Hati..
Asiah Yusra yang tegar dalam berda'wah dgn cara yang lemah-lembut dan hikmah.
andainya....
Post a Comment