Assyahid Imam Hasan Albanna:
“Serendah-rendah martabat ukhuwwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu, dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.”
Teringat masa kelas hadith dengan Ustazah Rasyidah. :D 2 thiqah dulu2 (memori!). Hadith pertama masa form 2 dulu pasal ukhuwwah. Dulu ustazah ada sebut, setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ITHAR serendah-rendah ukhuwwah pulak berlapang dada.
Kita selalu sebut ukhuwwah fillah abadan abada... Kita selalu kata ukhuwwah kita mantap. Hakikatnya? Dijentik sedikit, goyah, hancur, rapuh ia rebah. Walaupun hampir sedekad ukhuwwah disemai, hati budi jauh sekali hendak dikenali.
Kenapa? Sebab payah sangat nak amalkan berlapang dada. Ada je dengki dalam hati. Kalaulah serendah-rendah ukhuwwah kita belum capai, macam mana kita nak jamin yang ukhuwwah kita akan kekal abadan abada?
BERLAPANG DADA
Pernah tak terasa diri tak dihargai? Atau sering dikhianati sahabat? Selalu gagal dalam persahabatan? Bukan salah mereka, bukan salah sahabat2 kita andai dikhianati berpuluh kali. Salah siapa? Salah sendiri.
Kita selalu nak yang perfect. Tapi diri sendiri tak perfect. Kat sini kena belajar give and take. Redha. LAPANG DADA. Jangan cepat berburuk sangka. Seek first to understand, then to be understood. Cuba faham kenapa sahabat kita buat macam tu, pandanglah dari perspektif yang berbeza, barulah persefahaman akan terbina.
Dalam bersahabat tak sah kalau takde pertelingkahan. Memanglah payah bila disakiti. Kadang-kadang dengan perkataan harian boleh terguris sekeping hati. Apa kita tahu kan? Kadang-kadang kita tak bermaksud pun nak cakap sesuatu, tapi terlepas, terlukalah seseorang. Kita semua tahu kan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.
Yang terguris, belajarlah untuk berlapang dada. Jangan sekali-kali simpan dendam. Luahkanlah rasa hati kepada Allah. Ingat, dengan memaafkan seseorang, bukan sahaja pahala kita dapat, malah ukhuwwah juga semakin mantap. Belajar untuk tebalkan hati. Apalah sangat cercaan, makian, pertelingkahan di sekolah berbanding penindasan sahabat-sahabat kita di luar negara sana. Bukan dihina kerana paras rupa mereka, tapi dimaki kerana mengamalkan agama yang sebenar. Dihina kerana memperjuangkan Addeen. Tapi mereka tabah. Kenapa tidak kita?
Hakikatnya, manusia melakukan kesilapan. Manusia tidak maksum. Manusia mudah tergoda dek bisikan syaitaan laknatullah. Itu sebabnya Allah memerintah kita supaya Amar ma'ruf nahi munkar. Usah pendamkan kesilapan seseorang. Hakikatnya, dosanya kita juga akan menanggung bebannya kerana membiarkan sahabat kita dalam kejahilan.
"Ketahuilah sesungguhnya pada jasad ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Apabila ia buruk maka buruklah jasad seluruhnya. Ketahuilah dia adalah hati."
MATANG
Matang ialah persoalan kewarasan akal seseorang. Matang bukan beerti berpakaian yang cantik, atau bercinta dan bercouple. Matang bukan beerti tidak mendengar kata ibu bapa serta guru. Matang bukan ertinya hebat berkata-kata di pentas siasah. Matang bukan bermaksud memiliki handphone canggih atau mp4.
Matang itu lebih daripada TAHU membezakan antara yang baik dan buruk. Matang ertinya boleh digalaskan beban dakwah dan agama atas bahunya. Matang ertinya boleh dipercayai andainya ditugaskan untuk berperang fisabil-iLlah.
Persoalannya, adakah kita sudah matang?
Matangkah jika bertelingkah tentang pemain bola sepak?
Matangkah jika berdebat tentang siapa jejaka paling kacak?
Matangkah jika berkata belakang?
Matangkah jika mengumpat tatkala masa lapang menjelma?
Matangkah jika mengadu tentang setiap itu dan ini?
Matangkah jika hipokrit?
Matangkah jika tidak ambil tahu tentang dunia Islam?
Matangkah jika mengeluh kerana terpaksa menghadiri program?
Marilah bersama kita renungkan kembali. Adakah benar ukhuwwah antara kita adalah ukhuwwah yang sebenarnya atau hanya sekadar ikatan di mata, terselindung dek jiwa yang hipokrit? Adakah kita sanggup berlaku baik di hadapan kawan-kawan, tapi sebenarnya menikamnya dari belakang? Tanpa segan silu mendedahkan keaiban yang tak sewajarnya dipertontoni? Tanpa sekelumit rasa bersalah kita hamburkan rasa geram di dunia maya.
Memang, ada ruangan kecil itu milik kita, tapi siapa yang membacanya? Sanggupkah kita mencampakkan najis ke muka sahabat kita? Tentu tidak bukan? Sungguh, mendedahkan keaibannya lebih dahsyat daripada itu.
Perumpamaannya seperti aurat kita. Memang bahagian tubuh badan kita itu dianugrah oleh Allah buat kita lalu menjadi milik kita buat sementara. Tapi bolehkah kita bertelanjang bulat dikhalayak ramai? Kita punyai batasan aurat yang perlu dijaga. Begitu juga maruah manusia.
Kesimpulannya, berlapangdadalah, senyumlah, gembirakan hati sahabatmu. Nescaya satu hari nanti kita akan dapat rasa manisnya sebenarnya ukhuwwah itu.
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersbut yang mengubah diri mereka sendiri."
No comments:
Post a Comment