Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Wednesday, 27 February 2008

Seriuslah lil Islam~

bismillahirrahmannirrahim..
alwaqtu kassoiyyif!!~ (sedang memecut masa..)

alhamdulillah..tiba-tiba terbaca satu majalah yang ana kagum sangat2. masaAllah. nama majalah ni ialah "GENERASI" dan ada sedikit tulisan di bawahnya "pembentuk remaja salafussoleh". tapi sayangnya, diterbitkan pada tahun 1991. sekarang macam tak nampak majalah ni, tapi tak tahulah kalau2 sebenarnya ada.

toyyib!! beberapa peringatan yang boleh dicedok buat kita semua, terutama yang berkaitan dengan tajuk di atas. Ya!!~ serius. di bawah ni salinannya; (harap dapat meluangkan masa untuknya, insyaAllah masa yang sedikit diperuntukkan untuk persediaan masa hadapan yang lebih panjang buat kita semua!)

" Apakah tuhan berbincang dengan ibu bapaku sewaktu memutuskan aku akan lahir ke dunia?" detak hati Saiyidina Ali dalam perjalanan pulang menemui ibu-bapanya. Sebelum dia telah bertemu dengan Rasulullah, dan ketika itu baginda telah mengajaknya memeluk agam ISLAM. Kerana umurnya baru 10 tahun, Saiyidina Ali meminta izin Rasulullah untuk pulang dahulu berbincang dengan ibu-bapanya. Tapi di pertengahan jalan dia terus berfikr dan berfikir. Seriusnya bukan main. Akhirnya dia tiba pada satu kesimpulan: beriman tanpa izin ibu-bapanya. Alasannya mudah; Allah menciptakannya tanpa berunding dengan ibu bapanya. Jadi apa perlunya berunding dengan ibu bapa untuk beriman kepada Allah?

Usamah bin Ziad dilantik menjadi Jeneral Perang sewaktu berumur lapan belas tahu. Sultan Muhammad Al-Fateh, naik menggantikan ayahnya, Sultan Murad, sewaktu berumur 14 tahun. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW, telah dibariskan di medan perang ketika berumur belasa tahun. Hingga sejarah memaparkan ada di antara mereka yang cuba menjungkit kakinya agar kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipilih di medan perang.

Inilah remaja-remaja salafussoleh, remaja yang sedari mudanya sudah memikul tugas2 yang besar dan serius. Walaupun masih muda tetapi fikiran mereka sudah 'tua' , tindakan mereka sudah matang. ISLAMlah yang mendewasakan mereka. Islam adalah agama yang serius. serius untuk diyakini, serius untuk dihayati, serius untuk diamalkan dan serius untuk diperjuangkan.

KITA bagaimana ya?

-Adakah kita seorang yang serius? (bukan setakat nak memperjuangkan Islam seperti zaman-zaman sahabat, tapi hendak menunutut ilmu...masyaAllah!!~ cth: wajibul manzili (h/w), tumpuan dalam kelas, juhud dalam belajar...)
-Adakah kita memikirkan nasib kita dan sahabat kita di akhirat?
Adakah kita memikirkan nasib Islam dah ummahnya?
Adakah kita seorang yang sedang melibatkan diri dalam satu tugas yang serius?

Tepuk dada, Tanya IMAN. (apa khabar ya? sihatke IMAN kita..sedihnya ia meronta kesakitan jika tuannya tak sedar nak memperbaharuinya. moga IMANmu di"tajdid"kan dari masa ke masa)

Iqbal pernah berkata: "Kalau ingin melihat masyarakat esok, lihatlah remaja hari ini."

syukran kerana meluangkan masamu untuk membaca!!~ moga ia bermanfaat buat kita semua!!~Wallahua'lam.

No comments: