Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Wednesday, 27 February 2008

Hikayat Montel si Kucing Bulat II


Dan Patik Montel menghadap lagi monitor komputer (itukah namanya?) untuk menyambung hikayat patik Montel sebelum patik nanti pergi tinggalkan Istana Hidayah.

Dia datang lagi pada patik, kucing yang tidak dapat meluahkan bicara buatnya. Seandainya saja patik Montel dapat meredakannya.

“Montel, saya rasa s e d i h sangat. Montel, tak boleh ke kamu lihat pada mata saya? Montel, kamu pendengar yang sangat-sangat baik. Kenapa kamu bukan manusia? Kenapa saya rasa setiap kali saya berkata-kata pada kamu, kamu faham semuanya, Cuma Allah tak berikan kelebihan buat saya untuk mendengar bicara kamu, Montel”

Montel kesiankan dia. Dia dilongkangkan.

Patik Montel hanyalah kucing bulat bagi kamu. Kucing bulat.

Kamu tahu hanyalah kamu seorang yang menyedari dan ambil endah ehwal patik Montel. Ataukah memang patik Montel halimunan buat kamu dan hanya terlihatkan oleh seseorang seperti kamu hai hamba Allah.

Patik Montel duduk di sebelahnya. Dia duduk juga. Semacam pondok itulah tempat kami bertemu. Barangkali itu waktu senggangnya.

Dan…

Sekali lagi patik Montel jadi sangat tersentuh…. Sungguh manusia itu sebaik-baik ciptaanNya!

Subhanallah..

“Ya Allah, ya Rabbi… berikanlah kebaikan buat dia ya Allah. Bukakanlah hatinya. Mungkin kerana noda-noda mazmumah yang penuh dalam hati hambaMu ini buatkan dia jadi tidak percayakan hamba lagi. Kau Maha Tahu hatiku ya Rabbi… Kau Maha Kuasa menentukan segalanya yang terbaik…. Maka, tentukanlah segalanya yang terbaik bagi hambaMu ini jua diredhaiMu tiap hela nafas hamba ya Allah..”

Usahlah kalian tertawakan tangisannya. Doanya setulus- tulus doa. Dan hati patik Montel sangat bergetar mendengar doa yang sungguh syahdu. Bukankah doa seorang sahabat buat sahabatnya di luar pengetahua sahabat itu pasti didengarkan oleh Allah?

Maka, beralunlah ayat-ayat cintaNya…..

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

Sungguh sayu dia mengalunkan ayat-ayat itu. Ayat daripada surah an- Najm itu mengesan. Betapa optimisnya dia, senantiasa yakin ayat-ayat cinta Ilahi pasti dapat mengubat hati yang dambakan siraman taqwa.. Patik Montel sangat sayangkan kamu..

-------

Adapun setelah itu, patik berjalan seperti biasa, berlegar-legar menghirup udara segar di pinggiran Istana Hidayah.

Tiba-tiba….

Ah, patik Montel lapar! *keroncong perut kelaparan*

------

*[Baca: Kisah ini menonjolkan watak 'dia' yang rapat dengan kucing Montel itu hanyalah penyempurnaan daripada peribadi insan-insan yang pernah ana kenali. Yang ana kenali dan tersemat di hati. Sungguh amat beruntunglah ana kalau ana bertemankan ‘dia’. Tidak mustahil. Tapi nak dapatkan yang baik-baik mestilah jadi yang baik-baik dahulu, kan? ;) ]

No comments: