bismillahirrahmanirrahim..
Adapun patik ini Montel si kucing bulat gelikan ulat.
Montel tinggal tidak jauh dari Istana yang masyhur di pelusuk dunia.
Namanya Hidayah. Petunjuk Allah. Allah jadikan Montel dan segala isi alam.
Sukalah Montel katakan di Hidayah segalanya serba sempurna.
Serba atau serbi atau ... ?
Montel paling rapat bersama dengan seorang hamba Allah ini.
Montel selalu ingin bersamanya.
Elok rupa parasnya?
Cemerlang akademiknya?
Tidak…
Semua itu tak mungkin menjamin kebahagiaan Montel.
Montel tidak akan mengerti pun apa gunanya semua itu.
Rupa paras dan cemerlang akademik tiadalah jaminannya buat Montel.
Adapun Montel ini hanyalah seekor kucing biasa yang bulat.
Arakian patik Montel mohon ampun andai mencalar sukma sesiapa.
Dan kerana apa patik ingin selalu bersamanya??
------
Suaranya merdu menusuk ke qalbu.
Alunan ayat-ayat cinta ar-Rahman senantiasa meniti di bibir hamba Allah.
Hatta, tiada siapa yang tahu, setiap petang, kami bersama.
Dia ini mulia hatinya meskipun tiada yang tahu.
Tiap-tiap petang itu Montel duduk di sebelahnya di satu pondok.
Dia ada beritahu Montel, dia akan murajaah hafazannya sambil letak patik Montel di ribanya. Selalunya patik Montel akan tersedar bila dia sudah tiada bersama patik.
Adapun satu hari itu, dia menyemukai Montel. Montel dipeluknya seerat hingga rasa bagai nak putus pernafasan patik. Dia sedu-sedan. Dalam matanya yang berbinar-binar ada cerita. Bulu patik Montel dielus-elus. Dia tambah tenang.
Ya junudallahi sofron
Inna ma’al usri yusran.
Dia lihat ke dalam mata patik.
Patik tahu dia ingin terus mujahadah dalam pahit maungnya menjadi dia.
Dia mengalunkankan rangkap itu setegasnya.
Lama-lama tangisannya langsung tiada kesan.
Dia menjadi dia yang kuat & tabah. Seperti yang patik Montel kenal selama patik tahu dia.
Patik Montel ingin sekali menjadi sekuat dan setabah manusia.
Ah, relevankah patik Montel menceritakan semua ini?
Montel kucing bulat rasa payah hendak menaip.
Tapi Montel kucing takutkan ulat mahu cerita lagi.
Patik Montel tekad! Nantazir wa
[sayangnya patik Montel pada semua. Istana Hidayah tempat menaung teduh, timba semua. Mencari kasihNya]
4 comments:
ana tak dapat bayangkan orang peluk kucing erat2.. uhh..
kagum wau... boleh jd komsas prosa traditional nih.. >_< patik nemo nk kwn jgak dgn tuan hamba montel, tp patik nemo takut kene makan oleh tuan hambe montel :P...
patik nemo (yg lmbat pick-up nih) x phm sket la part "Patik Montel rindu akan semuanya yang dulu patik punya"
setuju2 ngan nemo...tak ah ngantuk belajar komsas kalau bahasa dia pusing2 hampir pening camni...rerajin la cerita lagi ye kucing bulat yang takutkan ulat..hehe teringin nak tahu saper tuan Montel yang insyaalah mampu membimbing kita2..(patutnya kenal tapi ana rasa cam tak kenal..ye la manusia..)
qurrah, ana pun suka kisah ni. kalau ada kesempatan teruskan jd penglipurlara buat kami semua ya!~ bukan setakat bercerita kosong, tp bermanfaat buat semua. InsyaAllah.
Post a Comment