Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday, 7 February 2008

somewhere i belong

assalamualaikum,

semalam dapatlah baca satu buku nih.. about keikhlasan dan persaudaraan by seorang ilmuwan badiuzzaman said nursi. ana tertarik dengan bukti die dan memang rasenye agak terkena dengan perangai batchsebelas dan jugak smih.

" perselisihan dan pertelingkahan yang berlaku di kalangan umat islam bukanlah hasil daripada kelemahan dan kesatuan di kalangan mereka yang engkar bukanlah hasil daripada kekuatan.

tetapi kesatuan yang longgar di kalangan umat Islam adalah kerana mereka terlalu yakin dengan kekuatan mereka dan kesatuan di kalangan mereka yang ingkar ialah kekurangan yang mereka alami...

yang lemah mendapat kesatuan yang utuh hanyalah kerana mereka merasakan keperluan kepada kekuatan tetapi oleh kerana yang kuat tidak merasakan begitu, maka kesatuan mereka menjadi lemah."

cukuplah statement tuh je sebab ana malas nak menaip banyak-banyak.

alhamdulillah, ana dah baca semua komen yang antum berikan dalam setengah helai kertas tu. ada komen yang membina tapi lebih banyak yang menghentam. hanya memerlukan kekuatan Ilahi masa baca semua tuh sebab kalau nak ikutkan kekuatan diri sendiri,kekuatan seorang hamba dan manusia, memang tak mampu.

banyak persoalan yang ana nak jawab, tapi memandangkan blog nih hanya dibaca oleh sesetengah orang je, maka, niat ana nak post semua tuh rasenye tak diperlukan. nantilah ana jelaskan jawapan tuh pada semua orang.

mungkin bukan melalui perkataan dengan kena berdiri dan bercakap dengan semua orang, tapi melalui penulisan. lagipun, susah sikit nak kumpul satu batch sebab mase rehat nak kene siapkan keje sekolah dalam kelas. ana faham sbb ana yang buat mcm tuh. nantilah kalau ana sempat nak menaip dalam komputer.

selagi ana memegang title "wakil tingkatan", insya-Allah, ana akan berusaha untuk batch nih. selagi diri ini masih bernafas...selagi diri ini diizinkan Allah untuk berdiri di atas muka bumi nih.

ana nak mintak maaf dulu sementara ada depan komputer nih andai ana tak menjalankan tanggungjawab ana dengan baik dan tak mampu nak bawa antum mencapai apa yang sepatutnya. kalau ana ada sakitkan hati orang, kalau asyik ana je conduct program, kalau ana banyak sangat cakap and kacau antunna (utk banat) maafkan diri yang banyak dosa ini.

ana hanya manusia yang memerlukan perubahan setiap masa dan waktu. manusia yang tak mengamalkan islam sepenuhnya..

rase rindu pada form 3 yang tak banyak masalah. tapi tuhlah manusia, tak menghargai apa yang ada depan mata. apa yang takde kite selalu risaukan. teringat lagu andai aku by mirwana..

andai aku
bisa mengulang kisah silam
pastiku mencuba
mengukir kembali
kisah kehidupan diri ini
ooh..


andai aku
bisa diberikan peluang
pastiku mencuba
menggapai impian
yang selama ini ku cita

namun hanya
harapan yang kita impikan
tak mungkin terjadi
walaupun hanya seketika
iakan tetap berlalu

harus aku
biarkan ianya berlalu
walau ku tersiksa
hadapi segala
sudah suratan yang Maha Esa

redha menerima
segala rintangan jadi pedoman kesilapan lalu
ku pohon restu
cinta nan satu
ku percayakan
pada kudrat-Nya..

semoga kita semua dapat mengubah diri menjadi yang lebih baik..amin.

assalamualaikum.

No comments: