Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 15 June 2008

Barang mukhayyam

Berikutan kemusykilan ramai orang, ni ana sertakan gambar2 barang camping...

1) Ziploc bags
Kat Jusco ada jual kat bahagian perkakas dapur jenama Reynolds. Tempat tupperware tuh. Ada saiz kecik macam saiz buku tulis, kalau nak simpan benda kecik. Ada saiz besar sikit daripada buku A4. Senang nak guna, waterproof. Dijual dalam kotak macam ni:




2) Windbreaker

Windbreaker ni baju hujan yang nipis diperbuat daripada kain. Macam yang banat team johor pakai masa xrek national pergi trekking, mcm yg ana pakai kat gunung tahan pada siang hari, baju nih nipis je. Dia jaket yg tahan lasak. Biasa orang pakai naik motor. Kelebihan windbreaker nih dia ringan, cepat kering, kalau banat pakai masuk air, baju tak melekat sangat kat badan,paham2la... Kalau nak yang branded dan baru kat kedai jual barang camping ada, jusco, dsb. Kalau nak yang murah tapi baru kat YeeFat pun ada. Kalau nak yang branded tapi murah cari kat Bundle. Ikut nasibla... Lagi baik drpd bawa baju hujan warna kuning, atau baju hujan budak sekolah sebab windbreaker ni ringan dan tahan lasak. Tapi kalau takde pun takpe.



3) Coklat dan Energy bars

Coklat takkan tak kenal kot, tapi energy bars mungkin ramai tak kenal. Macam coklat, untuk membekalkan tenaga tapi energy bars ni membekalkan tenaga yang berpanjangan. Kira lagi berkhasiat drpd coklatlah. Diperbuat drpd bijiran seperti oats, gandum dan dicampur dgn buah-buahan yg mengandungi complex carbohydrate seperti kismis, apricot dsb.





Kalau takde, bawaklah kismis dgn kurma banyak-banyak. Kalau tgh2 jln tiba2 kebulur tapi tak sempat nak masak, makanlah buah2 tu.

4) Bandage



5) Botol Air

Botol air sangat penting. Bila kita banyak melakukan aktiviti, kita akan banyak berpeluh. Bila banyak berpeluh, air banyak hilang dan seperti yang kita sedia maklum, asas kehidupan ialah air. Risiko dehydration ialah demam, pengsan, lembik dan tak larat, sakit tekak dsb. Oleh itu, disyorkan supaya banin membawa botol air sekurang-kurangnya 1 liter (isila air sekali) dan banat pula 800ml. Lagi elok kalau botol tersebut ada tali atau cangkuk untuk memudahkan botol dibawa. Kalau takde tali, beli je kat jusco ada dalam rm2 kot. Botol tahan lasak. Botol jenama Felton pun ok. Dalam rm6-rm10 je.






6) Torchlight
Penting sangat. Ana nasihatkan guna yang kecil tapi terang. Senang nak bawa boleh simpan dalam poket. Ana punya torchlight LED, panjang lebih kurang sama dengan jari telunjuk, diameter macam duit 20sen. Tapi masyaAllah terang betul. Pakai 3 bateri AAA. Toksah angkut spotlight, berat sangat tak berbaloi. Kalau ada, bawaklah headlight macam yang org guna dalam gua tu.



7) Beg

Baik guna beg galas, senang nak mengangkut ke sana ke mari. Kalau beg jinjing, sakit tangan.



Ok sekian sahaja untuk segmen Mari Bermukhayyam.. Bertemu lagi nanti! :D Sebarang kemusykilan sila ajukan di ruang komen.

Fathimah
Assistant Penghuluwati

No comments: