Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 6 June 2008

KEbEnArAn vs KEbAtHiLaN



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Firman Allah:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana peringatan itu sungguh bermakna bg orang Mukmin" (az zariyat : 55)

Semoga Allah permudahkan urusanku untuk menulis perkara penting ini

Pastikan anda membacanya dengan hati yg terbuka dan baca sampai habis

Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kita pnjatkn kpd Allah yg tlh mmberikan pelbagai nikmat kpd hambaNya baik yg bertaqwa @ tidak.Tuhan yg maha Pemurah dan Pengasih yg sentiasa melimpahkn rahmatNya kpd kita semua.Nescaya jika kita hidup tanpa rahmatNya maka sudah lama Allah mengazab umatNya dgn sepedih-pedih azab siksaan disebabkn oleh sifat kita yg sombong dan angkuh terhadap Tuhan yg Maha Kuasa lagi maha Kaya..

Firman Allah:
"Tiada tujuan aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku" (surah az-zariyat :56 )

Baiklah mungkin hampir semua sudah selalu mendengar ayat ini,namun sejauh mana kita memahami intisari ayat ini dan sejauh mana kita beriman kpd ayat Allah ini??? tanyalh ia pada diri kita wahai saudara/i sekalian..

Jika kita betul-betul beriman pd ayat ini nescaya kita tidak akan menjadikan semua perkara yg kita lakukan di dunia ini sia-sia belaka kerana dunia ini adalah tempat kita untuk menyiapkan segala bekalan kita untuk menghadapi akhirat.

Sabda Nabi :
dunia ini adalah ladang untuk ke akhirat"

Oleh itu, mungkin sebelum ini kita terleka dan terlupa terhadap tujuan hidup kita sampai kita sanggup mencampakkan identiti keislaman kita dan menggantikannya dengan budaya orang barat yg kita sedia maklum dimana mereka sentiasa merancang untuk menghancurkan umat Islam khususnya kpd pemuda dan pemudinya

Dan lebih teruk lagi apabila kita yang bersekolah di sekolah Islam Hidayah dan telah mendapat tarbiyyah begitu lama di sekolah kita yg kita sayangi ini melakukan perkara-perkara yg dilakukan oleh pelajar di sekolah luar yg kurang kefahamannya terhadap Islam..

Contoh yg paling senang sekali cuba kita lihat dalam handphone @ blog kita...berapa banyak lagu yg berkaitan tentang Islam ada dalam handphone @ blog kita atau kita lebih suka mendengar lagu-lagu yg langsung memang jauh dr syariat Islam contohnya lagu2 dr kumpulan barat spt.LINKIN PARK,WESTLIFE,JACKBLACK dan sebaginya yg ntum semua lebih arif dr ana ataupun penyanyi yg mengaku menganut Islam tp menyanyikan lagu yg langsung tdk menggambarkan identiti keislaman mereka ataupun lebih teruk di dalam handphone kita ada lagu2 yg LUCAH dan video2 yg LUCAH spt BLUE...

PERKARA YG KEDUA YG MENYEDIHKAN PENULIS APABILA melihat suasana banat dan banin yg disekolah masyaAllah kealimannya memang tidak dapat ditandingi oleh sesipapun ataupun dekat sekolah dialah yg plg semangat menyuruh orang melakukan kebaikan...tapi apa yg menyedihkan perkara sebegini tidak diteruskan di rumah dan diluar sekolah..Andaian penulis mgkn mereka malu untuk menunjukkan identiti Islamnya atau takut diejek oleh kawan yg berada di sekolah luar...

Contohnya seperti memakai tudung pendek dan baju yg ketat ataupun yg lebih teruk lagi FREEHAIR dengan rasa tidak malunya malah bangga dengan apa yg dilakukannya seperti pergi bersama dengan kawan2 ke tempat membeli-belah dan yg jelasnya mmg tidak menggambarkan segala identiti kita sebagai seorang muslim @ muslimah...

PERKARA YG KETIGA DITUJUKAN KEPADA MEREKA YG SEDANG SERONOK BERCOUPLE Samada sama umur @ tidak..Sedarlah wahai saudara/i yg ku syangi sekalian umur kita masih muda dan seharusnya umur kita digunakan untuk menyumbang kepada Islam.Jika kita sedar Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita, nescaya kita tidak berani langsung untuk membuat perkara yg terkutuk ini dan apa yg menyedihkan penulis adalah ada antara pelajar HIDAYAH yg keluar DATING berdua-duaan,berSMS dan berCHATTING dr mlm smpi ke pagi shgga tdk sedar dia tlh mghabskn bnyk duit, masa dan tenaga yg sepatutnya digunakn untuk bgn tahajud bermunajat kpd Allah....



sEDARILAH WAhai saudara/i yg ku kasihi sekalian andainya nyawa kita ditarik ketika kita melakukan maksiat tersebut..apa bekal yg akan kita bawa untuk bertemu denganNya?? dan lupakah kita terhadap azabNya yg tidak terperi sakitnya ketika dimana tiada yg dapat menolong kita melainkan amal soleh kita sendiri....

Justeru ana ingin membawa kita merenung satu ayat Allah yang bermaksud"
" Maka ketika mereka melupakan peringatan yg telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan segala pintu kesenangan untuk mereka sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa" (al Anaam :44)

Akhir kalam jutaan kemaafan dpinta andai menyentuh hati sanubari saudara/saudari kerana niatku hanyalah untuk memberi peringatan untuk kita bersama dan tujuanku hanyalah untuk menegakkan kebenaran yg terselindung disebalik kebathilan.....

fikir dan renungkanlah akan keadaan diri kita ini di hadapanNya

No comments: