Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday 6 June 2008

sedikit bantuan. (*pjk)

bismillahirrahmannirrahim,

salam kepada semua sahabat2 ana!! (*banat). org jauh ni.

Hmm, macam-macam pesanan dan nota dari kawan-kawan lain untuk bantu kita siapkan folio pjk. syukran kepada alifah dan abqari's person serta mana-mana yang terlibat dalam memberi maklumat lanjut tentang folio pjk kita tu. Barakallahu lakunna! InsyaAllah.. (mcm penghargaan dalam buku pula).

Ok, di sini ada sedikit lanjutan daripada satu laman web. http://www.scribd.com/doc/693967/PJasmani-Tingkatan-Peralihan-5-6
ana nak kongsikan pada yang masih dalam rangka atau dalam perjalanan nak menyiapkan folio ni. atau...... pada mana2 peringkat sekalipun. (maklumlah ramai yang tak mempunyai buku teks pjk). laman ni menerangkan tentang apa isi-isi yang perlu kita buat dalam sesebuah tajuk yang kita pilih.

seperti mana yang tertera di post bawah kita ada 4 pilihan tajuk.
1. Pengurusan dalam sukan
2. Kerjaya dalam sukan
3. Isu2 dalam sukan
4. etika dalam sukan

(*pesan ana: pilih tajuk yang memudahkan kita untuk mencari maklumat)

oh, sebelum terlupa, dalam laman yang telah disebutkan tadi, apabila dah buka laman tersebut, tarik kursor ke muka surat paling bawah sekali. di bawah tu ada tajuk-tajuk yang disenaraikan tadi beserta maklumat2 pendetailan.

Nak ambil apa di situ?

Naikkan kursor perlahan2 ke atas mengikut tajuk yang dipilih (antara yang 4 tadi). apabila dah khususkan tajuk, contohnya ana pilih tajuk "etika dalam sukan". Lihat di column yg kedua. tajuknya "murid dapat". di situ, jadikan maklumat2 tersebut sebagai panduan/ isi yang kita perlu cari. contohnya;

Aras 1
- Menyatakan maksud etika dan personaliti ahli sukan.
-Menyatakan personaliti diri yang perlu ada dalam sukan.
-Menjelaskan kepentingan disiplin diri untuk mencapai kecemerlangan dalam su kan.

Aras 2
-Menghuraikan ciri-ciri personaliti ahli su kan yang baik.
-Menghuraikan ciri-ciri tingkahlaku penonton yang baik

........................... dan begitulah yang seterusnya.........................

*kemudian huraikan atau cari maklumat tersebut mengikut point-point yang telah ditetapkan.

untuk pencarian maklumat yang lebih banyak ana mengesyorkan untuk guna GOOGLE searh. macam macam maklumat yang berkaitan ada.
*ingat jangan lupa ambil rujukannya sekali...

moga ia sedikit sebanyak membantu antunna semua, InsyaAllah. Berusahalah!
semoga dipermudahkan segalanya! Bittawfiq wan najah!

wallahua'lam

No comments: