Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Monday, 2 June 2008

''shhh...''

bismillahirrahamannirrahim,

Manusia berbicara setiap masa. Kekadang seperti nak mengeluarkan perasaan kita melalui percakapan setiap masa tak henti-henti. (*kalau ada pendengar setia di sisi kita) Tetapi, bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia bukan setakat di dunia tetapi diakhirat kelak. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. (*na'udzubillahi min zalik)

Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia. Kerana apa? kerana dia tahu, itu adalah amanah Allah yang Allah pinjamkan buat sementara dan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan sebaiknya (*hanya untuk ibadah sahaja).

Tetapi perlulah diingat, diamlah pada tempatnya dan bercakaplah bila perlu. Sibukkanlah dirimu dengan perkara yang membawa seribu satu manfaat untuk kehidupanmu yang lebih kekal.

HIKMAH DIAM (*apa yang kita dapat apabila kita diam?)

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias. (*kan molek kita lihat orang diam (*bukan senyap) dan bercakap bila perlu)
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar. (*benteng pergaduhan, fitnah, marah, dll)
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

*"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA tidak pandai, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG tidak pandai YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

"Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. "

Betul! tepat sekali. cubalah kita bercakap tentang orang lain (*mengumpat) pasti syaitan akan masuk dalam diri kita dan membakar-bakar lagi semangat nak mengumpat. cubalah kita mengejek-ejek orang pasti syaitan akan join dan akhirnya menimbulkan pergaduhan. ketika sedap kita menyalahgunakan lidah, tika itulah syaitan mengawal hati dan perasaan kita. Sedangkan yang timbul hanya perkara kecil yang mudah nak dibereskan.apa orang melayu kata? kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

(*penyataan "cubalah", bukan diajak mencuba, tetapi kita sudah pernah melalui semua itu malah ada banyak lagi yang tidak disebutkan. cuma nak sama mengingat kembali )

oleh itu,

Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

secara kita tidak sedar, rupa-rupanya lidah berkaitan dengan hati, hati berkaitan dengan iman. dapat lihat tahap iman kita? renungkanlah.. teringat ciri-ciri Hasan Al-Basri. Setiap katanya adalah zikir dan diamnya adalah berfikir.

wallahua'lam..

No comments: