Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Monday, 2 June 2008

KeNaPa TaKuT gAgAL ???

Sering kali kita mendengar istilah takut gagal terutamanya apabila minggu peperiksaan sudah semakin hampir dan ada segelintir pelajar yang kurang bersedia untuk menghadapi peperiksaan berasa takut iaitu takut gagal.Bahkan bukan itu saja, mencuba benda baru juga boleh menyebabkan kita takut untuk gagal sekaligus takut untuk mencuba benda baru. Baiklah ana nak tunjukkan beberapa contoh yang boleh diambil sebagai iktibar untuk kita semua.

Salah seorang tokoh itu adalah Nelson Mandela yang menjadi presiden Afrika Selatan selama lima tahun (1994-1999), sekalipun beliau boleh memegang jawatan buat tempoh yang lama. Kesabaran Mandela yang merengkok dalam penjara selama 27 tahun membolehkan beliau menjadi orang paling berkuasa selepas pilihan raya pelbagai kaum pertama negara itu April 1994. Beliau diantara tahanan yang paling lama merengkok dalam penjara, bukan calang-calang orang boleh bertahan dalam penjara selama 27 tahun.

Sekalipun Mandela bukan satu-satunya tokoh yang bertanggungjawab meruntuhkan sistem aparteid. Kesabaran, kegigihan dan semangat tidak putus asanya memberikan perangsang kepada rang lain. Semangat tidak berputus asa adalah langkah pertama menuju kejayaan sekalipun kurang pengetahuan dan tidak pula takut gagal.

Thomas Alva Edison dikatakan gagal beratus-ratus kali dalam percubaan menghasilkan mentol elektrik. Demikian mereka yang lain sebelum menemui kejayaan mereka telah menempuh semua kegagalan.

Pelayar Itali yang berkhidmat untuk raja Sepanyol, Christopher Columbuss, menemui benua Amerika selepas pergi ke dunia timur dengan menuju ke Barat, bertentangan dengan laluan pelayar sebelum ini Putera Henry ataupun Vasco Da Gama. Pendeknya semua tokoh ini tidak takut menghadapi kegagalan.

Bagaimana pula dengan kita, adakah kita sanggup menghadapi kegagalan untuk maju atau masih mahu berada di tampuk yang lama...


Fikir-fikirkanlah

Oleh : SAIFUL MAHABBAH

No comments: