Bismillahirrahmanirrahim.
Menyelak-nyelak halaman yang pernah diselak. Hmm...
Untuk perkongsian bersama.
Teman Seperjuangan
Wahai teman kita bersama dalam satu perjuangan
perjuangan kita belum mencapai kemenangan
kemenangan kita dalam mencari kejayaan
kejayaan kita demi masa hadapan.
Wahai teman
perjuangan kita nawaitunya kerana Tuhan
bukan semata-mata untuk dipertontonkan
tetapi untuk kita mencapai kejayaan
di dunia dan di akhirat
demi mencari keredaan Allah pemberi rahmat.
Wahai teman apabila kita berjaya tiba di garisan penamat
tidak bermakna perjuangan kita sudah tamat
teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat
insya-Allah berjaya dunia akhirat.
Muhammad Tamim Faruq Khairul Azmi,
dipetik dari Dewan Siswa, April 2008.
Dimulakan dengan
Tuesday, 3 June 2008
:: Teman Seperjuangan ::
Rabbuna yuqawwiy!
P.s : Moga terhindar daripada segala provokasi dan fitnah hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment