Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday, 19 March 2009

Admin berkata

Assalamu'alaykum!

Saya selaku administrator (penyelia) blog ini dan administrator Cbox memohon perhatian semua.

Semua pihak dialu-alukan untuk menyumbang kepada blog ini. Kemudahan di sini adalah untuk kemaslahatan semua. Namun, ada beberapa perkara penting ingin saya sampaikan di sini. Memandangkan blog ini bukan milik peribadi dan hak milik semua, jadi ada beberapa garis panduan yang harus dipatuhi bagi menjaga nama baik individu, batch, sekolah dan ISLAM itu sendiri.

1. Gunakan bahasa formal dan sopan di blog ini.
2. Topik perbincangan di Cbox haruslah relevan dan tidak lagha, tidak membincangkan perihal individu serta tidak menyentuh isu sensitif sekolah atau politik.
3. Gunakan nama yang mudah dikenali, dan tolong jangan gunakan nama orang lain.
4. Sebarang pengumuman digalakkan untuk dilakukan di ruangan blog, bukan di Cbox.


Harap semua orang dapat mematuhi garis panduan ini. Tolong jangan melalut dan merapu tak tentu pasal, jika benar-benar nak buat pergi buat blog sendiri. Ingatlah, semua perlakuan anda adalah refleksi kepada keadaan IMAN anda. Sekian, terima kasih.

3 comments:

NaQ said...

semoga lepas nie.. xder ar lagi org yg buat point no 3 tuh..

+akufobia+ said...

hu.guna kemudahan sebaiknya.ngee.kang ada orang buang lagi shoutbox tu.hade.bising lagi nanti.ngee.

+akufobia+ said...

sami'na wa'ato'na.ngee.jadi budak baik semua.lalala.