In the name of ALLAH, the Most Gracious, Most Merciful.
Dipetik daripada novel Syabab Musafir Kasih karya Kak Fatimah Syarha.
Dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami asadullah.saifullah,
Kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya boneka yahudi.
Dulu,
bila disebut lelaki,
wanitabya damai dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat ,perogol bersiri.
Dulu,
bila searang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
al-mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
Kini,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibar bebas,binasa.
Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu,dunia dan seisinya.
Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-farouq , zunnurain mati terbunuh,
Kini,
lelaki memprjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelagah....
Kembalilah lelakiku,
kembali kepada kelelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan madrasah rasul.
---
Haa, jadi apa lagi? Lelaki itu tunggak, wanita itu kan dasarnya.
Lelaki dan wanita: saling melengkapi.
Banin batchsebelas, kan best kalau batch adik2 semua ingat antum mcm ni masa kita dah keluar sekolah nanti:
"Ada satu masa dulu kan, ada satu batch nih bagus sangat. Diorang punye ukhuwah mantop tahap giga. Always in jemaah! Lepas tu, selalu jaga pandangan. Memang power lah! Subhanallah! Bila bagi salam, deranglah yang paling semangat. Satu batu pun dah boleh dengar. Lepas tu bila cakap, tak pernah mencarut, takde "bapak ahh.." ke, takde "blah lahh" ke, takde panggil nama orang dengan penggilan yang entah apa-apa sampai takde maksudnya yg baik ... takdelah semua yang tak elok! Memang best lah! Dah tu, kamceng pulak dengan semua orang, tak kire umur, pangkat dan darjat, tapi still jaga batasan. Derang baik dengan semua orang dan tak pernah buat rekod disiplin. Memang bagus sangat. Ana rasa rindu pulak abang-abang tuh. Kan bagus kalau derang ada lagi kat Hidayah nih... Mana abang-abang batchsebelas sekarang eh? Terasa perlu pulak derang kat sini."
Kalau banat pulak... :
"Hmm, ana jadi teringat dengan kakak2 kita satu zaman dulu. Derang perintis generasi dekad kedua yang hebat. Subhanallah! Tahu tak, kalau derang cakap, banin tak pernah tahu apa derang cakap. Memang nampak ceria tapi senyum je yang terukir. Ketawa derang takdelah sampai meletup-letup macam bunga api. Takdelah sampai satu batu boleh dengar. Memang terpelihara. Lepas tu, kalau adab dengan kawan2 selalu jaga. Tak kira depan banin depan banat, they are the same. Jaga je. Derang takde free hair. Memang semua tahu batas masing2, dalam aurat dan juga pergaulan. Kalau terlepas cakap kuat sikit, terus istighfar. Rasa malu memang kuat dalam diri derang. Tu yang bagus sangat tuh. Derang tak pernah nyanyi kuat2 sampai menarik perhatian yang lain. Ukhuwah pun power sangat. Kalau ada yang sakit je, satu batch tu tahu hari tu jugak. Segala rahsia sesama derang, selamat dan sejahtera. Dahlah sopan dan ceria, amanah pulak tuh! Masya Allah, betapa mantapnya kakak2 batchsebelas. Semua orang senangi mereka: guru2, makcik2 kantin, makcik pembersih sekolah, segala jenis makcik dan adik2. Rindu syadeed. Andainya derang ada lagi, kan bagus...."
Kenapa kita terlalu berbeza?
Bila lagi nak hisab diri sendiri?
Entah bila-bila je diri kita semua ni boleh dihisab, kan?
Hmm.. mana dia JANJI KITA ?
Ya Allah,
SENTAKKAN Iman dan hati kami... ke arah yang Engkau redhai...
amiin..
Dimulakan dengan
Friday, 13 March 2009
Janji Kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salamalaiki,
InsyaAllah satu sentakan buat jiwa2 yang lupa. sepatutnya perlu kita sedari bahawa diri kita adalah pemimpin kepada adik2.
pe-mim-pin.
seseorang yang memimpin,membimbing,mengajak,mengetuai,mendahului,menasihati,menjadi contoh adik2 dibawah.
itu S.E.P.A.T.U.T.N.Y.A berlaku. tapi itu semua ditenggelami oleh suasana "lain" yang diada-adakan (suasana dosa yang tak disedari) dan sudah terikut oleh adik2 yang masih mentah menilai sesuatu. dan paling menakutkan, bakal diikuti oleh adik2 yang lain.
astaghfirullah.dosa kita tersebar.KAMU penyebar dosa?
"Apabila seseorang melakukan kemungkaran, dan kemungkarannya itu diikuti oleh yang lain, dosanya akan berkekalan shingga hari kiamat"
sanggup menaggung dosa orang lain?
*sedangkan dosa sendiri pun belum "TERAMPUN"
kenapa terjadi suasana begitu?
kerana kita tidak memastikan diri kita ini sepatutnya memimpin adik2. sebagai guru kepada adik2.
apa yang kamu citakan buat adik2 suatu hari nanti, pabila kita telah melangkah keluar SMIH?
JAWAB!
kamu mahukah sekolah kita tidak mempunyai tarbiyah yang praktikal?
menjadi pelajar yang ilmu sesak di dada, tapi amalannya jauh sekali?
menjadi suasana kemungkaran yang melata?
-walaupun pada awlnya ia bermula dengan sesuatu kelalaian yang diambil mudah, remeh.
spt:
suka melewatkan solat, suka kepada sesuatu yang lawak,bahan ketawa, cuba melanggar peraturan kecil/dosa kecil.
hasilya:
-lama2 hatinya akan mudah lupa dari melakukan kerjanya yang UTAMA.
-hatinya mula tak kisah masuk lambat ke musolla
-tak malu ucap perkataan yg mmbawa dosa
-hatinya tak kisah bila tertinggal solat
-tak kisah makan/minum berdiri
-suka duduk lepak di tempat lalaun orang ramai
-suka membuang masa (komp,game,shopping complex)
-tidur berpanjangan
-mula malas belajar
-kurang hormat ibu bapa (patutkah?), guru2, adik2
ketahuilah!
bila kita melupakan Allah, Allah akan melupakan kita, dan berpaling dari kita.
dan cara Allah melupakan kita, kita dapat nilai sendiri melalui hati,ucapan,sikap,amal yang kita zahirkan.
tunggulah saat kesengsaraan hati bila Allah melupakan kita. Betapa merananya hati meronta.
Tapi sahabat2, bangunkan dirimu dari perasaan itu. Allah sentiasa menerima taubat hamba2nya.
"apabila seseorang bertaubat, Allah akan menerima taubat hambanya itu pada hari dia bertaubat"
amat mudah untuk kita bertaubat.USAHALAH!
walaupun diri kita belum mencapai kebaikan, tetapi kita sedang mencuba, Teruskan! teruskan usaha itu. Allah amat menilai usahamu itu.
Wahai hati2 yang di dalam genggamanNya,
doalah minta Allah kuatkan hati, tetapkan hati. takut jika Allah bolak-balikkan hati kita. Allah berkuasa atas SEGALA sesuatu.
wa akhiran, apakah yang telah kamu perbuat untuk Allah?
wallahuA'lam.
kan best kalau orang ingat korang ni memang best.best jadi orang baik.semua nak kan?tak nak orang ingat kita dengan bendabenda buruk yang sengaja@tak disengajakan.tak kan kita nak tinggal kan sekolah dengan kenangan paling buruk dari kita untuk juniorjunior kita?nanti malu sendiri bila datang sekolah nak ambil result.malu sebab perkaraperkara yang pernah buat perkara yang memalukan diri sendiri masa kat sekolah dulu.nak ke?
Post a Comment