Setitis Qatrunnada’
Jahiliyyah melingkari kepedihanmu
Dakwahmu bermula dengan seorang
Dengan hammasah di hati, terus berjuang
Dengan malaikat pernah ditawar bantuan
Namun cukup sekadar doa buat sang umat
Hidayahlah teristimewa buat yang dicarikan
Sebuah kehidupan
Penuh matlamat dan hadaf; tidak akan ralat
Rabbi, tetapkan di hatinya
Segunung ketabahan dalam keredhaan-Mu.
Ummati.
Ummati.
Ummati.
Rasul,
Panggillah kami dengan dakwahmu yang dahulu
Serulah kami dengan kebaikan yang mulia
Dengan suaramu yang masih segar
Dengan langkahmu yang tidak modar
Dengan kesungguhanmu selalu mekar.
Ya Rasulallah,
Dalam ketaatan, kami hadapkan sebuah cinta
Untukmu duhai Kekasih Allah
Bersama sunnahmu, sahsiahmu; indah tiada terperi
Selawat adalah pengikat kasih yang terpateri.
Duhai,
Pandanglah kami dengan syafaatmu
Terimalah kami sebagai umatmu
Walau iman kami tidak sebesar iman as-Siddiq
Walau tegasnya kami tidak seteguh al-Faruq
Walau lembutnya kami tidak seindah Zunnurain
Walau ilmu kami tidak seluas pintu ilmu Ali Abi Talib
Namun, begitu jua tetap pengharapan kami
Kerana mengasihimu bererti mengasihi Ilahi.
Sungguh Islam itu hadir di kala jahiliyyah
Hadirnya kala umat yang hina itu
Lalu dimuliakannya.
Dan kini ya Rasulallah
Keterasingan adalah umatmu di akhir zaman
Yang benar, maka terpenuhi dengan segala Iman.
Rabbi,
Terima kasih untuk setitis Qatrunnada’
Yang menyeluruhi sekalian dunia ini.
Terima kasih untuk seorang Muhammad.
-thaif-
Dimulakan dengan
Monday, 9 March 2009
Ingatkah Kita - 12 R.Awal 1430H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terima kasih.
Post a Comment