Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Saturday, 7 March 2009

Tazkiatun Nafs

Assalamu'alaykum wa rahmatullahi wabarakatuh!

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepadaNYA yang telah melimpahkan limpahan rahmat yang melimpah-ruah buat hamba-hambaNYA. Dengan berakhirnya MALAM TAZKIATUN NAFS maka bermulalah satu fasa perjalanan yang baru dalam batch kita.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan. Semoga semua dapat menghayati hikmah di sebalik kekalutan, kegelapan dan keresahan semalam.

(alamak penat sangat takleh nak habiskan ayat...haha....)

Tadi ana sempat berbual sekejap dengan Ustazah Fauziah. Ustazah minta setiap daripada kita buat laporan atau dalam bahasa santainya jurnal atau catatan perkongsian (asal bunyi macam akaun ni) tentang apa yang berlaku semalam. Ustazah minta kita tulis:
1- Apa yang berlaku semalam-daripada perspektif masing-masingla.
2- Apa pengajaran yang kita dapat.
3- Apa tindakan kita selepas ni.
4- Pandangan kita dsb2...

Tulis macam cerita je. Gitula. Kerahkan otak tulislah dengan sebaiknya. Penulisan anda penentu masa depan batch kita.

Oh ya ustazah pesan batchsebelas kena ganti pintu musolla banat yang berlubang tu. (siapa la yang tendang...) AJK Ekonomi dan bendahari bolehla fikir2kan plan.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

+akufobia+ said...

hado.siapa la ganas sangat tu main sepaksepak kan.tension sangat ke.ke tak sabar nak SPM.sabar duh.