Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 2 March 2008

Al Quran Pembela di Hari Akhirat


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari al Quran, setelah itu rasulullah memberitahu tentang kelebihan al Quran"

Telah bersabda Rasulullah: "Belajarlah kamu akan al Quran di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia akan bertanya, : "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

"Akulah yg kamu cintai dan kamu sanjung dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

"Adakah kamu al Quran?'' tanya si pembaca al Quran

Lalu Al Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim di beri perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : " Dari manakah kami memperolehi semua ini, padahal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al Quran."

Jadi apa tunggu lagi, gunakanlah masa muda kita ini untuk mempelajari al Quran... Bukannya masa untuk berfoya-foya ataupun berseronok.. Kerana tiada istilah berseronok dalam kamus atau diari seorang yang mengakui dirinya seorang MUSLIM kerana dia tahu dan dapat melihat dengan jelas apa tujuan dia hidup di dunia ini iaitu tujuan hidupnya adalah untuk Beribadah kepada Allah.

Oleh,
Nur Qalbu

3 comments:

taqwaforever said...

wah~ teringat segar ustazah suhana kata masa 1st time ustazah ajar. (masa tu form 2) ustazah kata kita akn berikan mahkota yg cahanya lebih daripada sinar cahaya matahari pada kedua ibu bapa kita. yg paling sedih masa ustazah cakap tu ustazah sdg menahan hati ustazah yg sebak. kami pun turut terasa apa yg ustazah kata sbb ustazah sampaikan dr hati. maka jatuhnya ke hati kami sehingga teringat2 sampai form 4. RINDU ustazah!!~ bilakan ustazah naik sek. rindu juga dgn kata2 semangat ustazah.. masyaAllah.

Anonymous said...

maryam, ustazah dah naik!!
terlepaslah rindu nt

Raden Qurratu 'Aini said...

na'am.. na'am!


ustzh Suzana... musytaq laha kathir2!

Allahu a'lam.