Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 22 June 2008

Malam Al-Qassam

Hari Jumaat, 27 Jun
ada MALAM AMAL AL-QASSAM
ada persembahan, tayangan multimedia, pameran ala-ala rumah hantu, pertandingan mewarna (ops utk adik2 sekolah rendah je), jualan, pameran Palestin.. Macam-macam ada!

Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik semua dijemput untuk memeriahkan malam tersebut.

Kat mana?
DEWAN AMANAH, SRIH
Tiket?
VIP- RM5
Biasa- RM2
Istimewa- RM1
Nak beli tiket macam mana?
Ha, pergi cari ketua pelajar kita, Abdullah Munir ataupun Kak Sarah Hamizah.

Pukul berapa nak datang?
Pukul 8-11. Lepas tu boleh balik, tido. Hehe.

Berminat nak buka gerai?
Hubungi Kak Syamila atau Kak Nawal atau Zulhilmi Zulkifli, sewa tapak murah je.

Nak buat persembahan malam tu?
Ha, ni tawaran istimewa... Kalau berminat, bolehlah menyertai Malam Pra Al-Qassam pada 24 Jun 2008. Kalau menang, boleh buat persembahan di Malam Al-Qassam. Dapat hadiah tau!

Apa lagi... Oh ye, MALAM PRA AL-QASSAM!

Pertandingan persembahan pada Malam Pra Al-Qassam dibuka kepada semua banin SMIH. Tunjukkan bakat anda, jangan segan silu!

Tema: PERJUANGAN KEDAMAIAN UMAT (Palestin)

Kalau cukup berkeyakinan, boleh masuk persembahan solo, bayaran cuma RM2.

Kalau nak buat berkumpulan, RM5.

Tapi kalau kumpulan tu melebihi 10 orang, yelah kot-kot ada orang nak bawak satu batch naik pentas (macam banat form 4 buat.. hehe) bayarannya cuma RM7. Pendaftaran dan bayaran boleh dibuat kepada Anas Azlan (Najahaan).

Banat dan banin dijemput untuk menonton pertandingan pada malam tersebut. Tiket masuk cuma RM 1 tapi kalau jadi peserta, tak perlu bayar tiket penonton! Best tak?

Tiket boleh dibeli dari Abdullah Munir dan Sarah Hamizah.

Kalau nak buka gerai, hubungi kak Syamila atau Zulhilmi Zulkifli.

Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada ana sendiri atau peserta rehlah al-qassam.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

Imran Omar said...

Assalamu'alaykum, I heard that the al-qassam at Dewan Amanah SRIH wa canceled, is this true?