Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 26 August 2007

Tragedi Pensel

Assalamu'alaykum...

JOHOR BAHRU Sabtu, 25 Ogos - Sebatang pensel mekanikal berjenama Pilot berwarna hitam telah dilaporkan hilang. Kali terakhir dilihat adalah pada hari Jumaat, berada di tangan Cik Maziah di musolla. Suspek telah disoal siasat dan beliau dia telah memberi keterangan bahawa pensel tersebut telah di'pass' oleh ramai orang, berikutan dengan urusan pengiraan GPS. Dia telah meminjamkan penselnya yang berjenama B-First sebagai ikat jamin.

Tuan pensel, Cik Ima (bukan nama sebenar) merayu agar pensel Pilot tersebut dipulangkan segera kepadanya. Beliau sangat memerlukan pensel tersebut untuk menelaah memandangkan PMR sudah semakin hampir. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pensel tersebut bolehlah menghubungi beliau di talian, 1-300-88-2525 (bukan nombor sebenar).

XD

No comments: