Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Wednesday, 15 August 2007

Nak PMR

Assalamu'alaykum!

Blog ini telah menyepi agak lama. Lalu, penyelia blog mengambil keputusan untuk mencoret sepatah dua kata. Biar kesunyian yang menjelma di sini, dihiasi dengan bait-bait yang tak seberapa.

Aku lalu terdiam sejenak. Apa yang harus aku coretkan? Terlintas dalam fikiranku, bukankah keputusan Peperiksaan Percubaan telah diumumkan? Oh, ini ialah satu isu yang penting buat kita. Baiklah.

Aku akui, Peperiksaan Percubaan kali ini agak sukar. Soalan-soalan yang begitu mengelirukan. Aku rasa bagai hendak tergolek ketika bertapa di dalam dewan peperiksaan. Timbul pula rasa kesal dalam hati kerana belum cukup mengulang kaji.

Satu demi satu keputusan kami peroleh. Ada yang mengecewakan, tidak kurang juga, bagai warna terbang. (terjemahkan ke bahasa Inggeris) Buntu juga memikirkan. Bagaimana hendak memperbaiki keputusan ini.

Hmm... Bayangkan anda seorang arkitek. Anda membina pelan dan merancang pembinaan bangunan. Anda tidak tidur malam memperbaiki lukisan anda. Mengkaji kelemahan dan memperbaikinya. Akhirnya lukisan anda siap. Anda berpuas hati dengan lukisan anda. Anda bayangkan bangunan tersebut dan tidak sabar hendak melihatnya.

Kontraktor mula membina bangunan anda. Pada mulanya bangunan tersebut kelihatan seolah-olah seperti dalam lukisan anda. Namun, takdir tuhan menentukan, bangunan anda ranap menyembah bumi bila diuji dengan gempa yang tidak seberapa. Apa agaknya perasaan anda? Begitulah perasaan cikgu.

Aku tak sanggup lagi menghempaskan gelas ke atas batu. Aku punah ranahkan harapan cikgu. Aku rasa bagai aku menjatuhkan kaca dari tingkat 100 bangunan. Walaupun sebenarnya aku agak tidak senang, menggalas gelas-gelas harapan atas bahu, namun aku terpaksa memikulnya. Bukan aku yang pinta begini, tapi aku harus bina semula gelas yang sudah berkecai. Aku tahu, aku yang salah.

Aku tak tahu...

PMR kian hampir. Namun, hangatnya seolah tak terasa. Kenapa? Aku tidak mempunyai jawapan...

GPS 1.3. Aku terbayang wajah Pengetua kita, aku terbayang wajah guru-guru kita, wajah ibu wajah ayah... Terbayang wajah senior-senior. Tingginya harapan mereka. Sanggupkah kita mencarikkan harapan itu?

Aku tak tahu.

Aku benar-benar buntu.

"La yukallifuLlahu nafsan ila wus'aha"

Ya aku tahu.

"Makaru wa makaruLlah, wa Allahu khairul makirin..."

Ya Allah.... Bantulah kami merancang... Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik perancang.

No comments: