Assalamu'alaykum!
Dah lama blog ni tak dikemaskini (skema itu hebat) jadi ana pun mengambil inisiatif untuk mencoret sepatah dua kata, just to make you aware that I'm still alive. Haha...
Hari ni hari Khamis. Eight subjects down, only one left. SCIENCE. Oh Science harapanku. Secara jujurnya ana rasa trial kali ni susah. Uhuuu... Nak buat macam mana.. Harap-harap PMR tak sesusah trial. Macam nak tergolek jawab soalan dia. KILLER! Sampai asyik tertidur je. :P
Hurm.. Nak bebel apa ek? Oh ya. Subjek Sejarah, ustazah dah tanda. Ada 12 orang je yang dapat A trial ni. Tapi yang dapat B berlambak-lambak (bak kata bunda Zanaria). Huhu... Buat yang tak capai target sendiri, la tahzan innaLLaha ma'ak. Sekarang bukan masa untuk berputus asa. Bukan masa untuk menangisi perkara yang dah berlalu, tapi sekarang masa untuk mencari kelemahan sendiri dan plan untuk improve supaya PMR kita boleh capai GPS 1.3. Bak kata Petronas, berjalan mesti pandang hadapan, bukan belakang. Yeah, selagi result PMR tak keluar lagi, selagi tu kita deserve untuk dapat 9A. Takbir!Dah lama blog ni tak dikemaskini (skema itu hebat) jadi ana pun mengambil inisiatif untuk mencoret sepatah dua kata, just to make you aware that I'm still alive. Haha...
Hari ni hari Khamis. Eight subjects down, only one left. SCIENCE. Oh Science harapanku. Secara jujurnya ana rasa trial kali ni susah. Uhuuu... Nak buat macam mana.. Harap-harap PMR tak sesusah trial. Macam nak tergolek jawab soalan dia. KILLER! Sampai asyik tertidur je. :P
GPS 1.3
Ana rasa ramai yang takfaham lagi GPS tu kebende. GPS tu gred purata sekolah. Macam mana nak kira? Kenapa lagi rendah lagi bagus? Camni, setiap gred ada markah. Gred A markah dia 1. B=2, C=3, D=4, E=5. Lepas tu, kan dia nak purata, bahagikan jumlah markah dengan jumlah subjek. Kita kan ada 9 subjek, jadi jumlah markah/jumlah subjek.
Contohnya Abdul dapat 5A 2B 2C. Markah yang dia dapat= 5(1) + 2(2) + 2 (3) = 15. 15 bahagi dengan 9. Gred purata individu dia, 1.67.
Lagi satu contoh, katalah dia dapat 9A, gred purata dia 1.0 sebab dia dapat semua A.
Jadi Gred Purata Sekolah ni ialah gred purata untuk setiap pelajar.
Contoh:-
Ali: 9A
Atan: 7A 2B
Ahmad: 8A 1C
Abu: 4A 3B 2C
Awang: 8A 1 E
Gred Purata Individu:
Ali: 1.0
Atan: 1.22
Ahmad: 1.22
Abu:1.78
Awang: 1.44
Gred Purata Kumpulan:
Jumlah Markah= 9 + 11 + 11 + 16 +13 = 60
Markah Purata Individu = 60/5 = 12
Gred Purata= 12/9 = 1.33
GPS lebih kuranglah cara pengiraan dia. Jadi maknanya nak capai GPS 1.3 bukan senang. Kita kena jadi all rounder. Kita tak boleh concentrate kat Maths sebab kita minat tapi Sejarah biar terbengkalai. Tokleh. Kalau kita score rendah dalam satu subjek pun, it will bring our GPS down. Macam Awang, dia dapat 8A, tapi dia ada 1 E, GPI dia 1.44 lebih tinggi daripada Atan yang dapat 7A.
GPS ni maksudnya kita kena work together untuk dapat capai target. Kalau nak harap orang lain je, kalau orang lain dapat 9A, kita dapat banyak C, tak ke gred kita merosakkan GPS? Kesian kat orang lain....
Ada orang kata dia nak capai GPS 1.1. Hahahahaha. Nak tergolek ana dengar. Sedangkan 1.3 pun dah cukup tinggi target, ni 1.1? 1.1 maknanya semua orang dapat lebih daripada 8A 1B ke atas. WOWOWOWOW... Tu macam mustahil.
GPS 1.3 maksudnya kena dapat markah 11.7. 11.7 tu maknanya kena dapat sekurang2nya lebih kurang 7A 2B. Atau 6A 3B masih acceptable-lah.. Ha tinggi kan target tu? Setara hari tu, berapa ramai je yang lepas target? Tak ramai kan? Hu... Maknanya kita kena usaha lebih, jangan asyik nak berangan je GPS 1.1 lah apelah.. Haha...
Kita kena tengok betul-betul, analisa kelemahan kita. Please. Do. Your. Best. Tolong orang lain. Kalau tahun lepas, standard PMR sangat rendah sampai ramai gila boleh dapat 9A, tapi tahun ni dengarnya standard PMR dinaikkan. What ever happens, buat je yang terbaik. Ana tak sanggup nak tengok harapan yang sekolah dah letakkan kat kita, punah ranah macam tu. Tinggi sangat harapan sekolah, usaha kita pun kenalah tinggi jugak...
Hurm.. Panjang sangat bebel. Ngantuk doh..
Assalamu'alaykum!
2 comments:
tq tq..penin nk cr GP..sklai ada blog neh membantu..tq tq
Bagus artikel membantu memberi ilmu dan pencerahan. Jazakallah.
Post a Comment