Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Monday, 20 August 2007

Atuk and Wan

Assalamu'alaykum semua!

Mesti ramai yang tengah syok cuti kan, tak kurang juga yang tengah tension study. Hehe. Ada yang balik kampung, tapi ana kat sini jelah. Walaupun tak balik kampung, tapi atuk ana datang sini dari Negeri Sembilan. Atuk, Wan, Mak Long, and my adik, Hafidz.

Ana nak cerita pasal atuk ana.

Atuk ana lahir tahun 1939, masa tu Jepun pun belum datang lagi. Atuk ana membesar dalam zaman pre-merdeka. Harhar, ana tak tau sangat pun cerita sebenarnya sebab atuk ana tak cerita. Tapi masa atuk ana umur 15 tahun, baya kitalah, atuk ana dah mula mengajar. Keluarga atuk ana ni golongan terpelajar jugalah.

Nenek ana pula, yang ana panggil wan, pun berasal dari keluarga yang sama. Wan ada talian persaudaraan dengan atuk, ana sampai sekarang tak paham macam mana hubungan atuk ngan wan.

Atuk dengan wan memang sangat cintakan ilmu. Percaya atau tidak, atuk ana ada Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaman tu, UKM baru lagi. Atuk ana tinggalkan kampung untuk belajar. Atuk tak pernah jemu belajar. Atuk cuba untuk improve bahasa atuk dengan membaca. Mak ana cerita, dulu atuk ana baca buku cerita budak-budak yang dalam bahasa inggeris. Yelah, orang kampung kan biasanya tak tahu bahasa inggeris.

Wan pulak belajar sampai form 3. Masa tu perempuan memang susah nak belajar. Masyarakat tak kasi perempuan berpelajaran tinggi, maklumlah perempuan kan tempatnya di dapur. Wan dulu belajar pandai, dulu perempuan tak banyak yang sampai sekolah menengah. Wan nak sambung belajar, tapi takde duit. Sedihkan? Wan dulu belajar sastera Inggeris, Shakespeare punya. Hoho. Hebat!

Atuk ana memang cukup strict dengan ilmu. Atuk ana pastikan tiga orang anak dia memegang Ijazah. Atuk ana seorang guru sampai usia pencen. 40 tahun atuk dedikasikan usia untuk mengajar!

Hurm... Atuk ana best.... Hehehehehe... Atuk ana rajin tolong wan kat dapur. Ehem. Atuk ana sanggup drive dari N9, walaupun sakit lutut sampai Johor. Atuk ana tak kasi Mak Long ana drive... Heheh...

Mak Long ana pun cikgu juga, cikgu bio yang ada masters. Heheee...

Sebenarnya ana dah tak tau nak cerita apa lagi.

... Kueng3x...

Nilah atuk ngan wan ana. Atuk ana macam atuk KFC kan? Hehe....

No comments: