Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 24 August 2007

Ethics

Assalamu'alaykum...

Kesepian datang lagi. Aku terdiam sejenak. Sukar rupanya menggalas bebanan ini. Untuk sentiasa 'maintain' wadah kita ini. Aku tak mahu tempat ini jadi milik aku. Hanya suara aku yang kedengaran. Ini wadah untuk menyalur suara kita. Buah fikiran kita. Biar hati-hati kita jadi satu, bukan dua, bukan tiga.

Sayang kan...

Aku pun sudah kehilangan kata...

***********

Okay tukar gaya bahasa. :D

Hohoho.. Cuti sekolah dah nak habis. Homework yang berlambak belum usik lagi. (Kecuali Sejarah! Hahaha!) Sejak bilalah pula Fathimah demam Sejarah ni? Aisy.. Orang dah insaf weih! Serik tengok asyik C, C, C, dan B (sesekali) je. Hurmmm...

Alkisah tadi ada bengkel. Bengkel Pendidikan Islam. Ada orang tak pakai baju sekolah. Hurm. Rasa macam dah bagitau. Kalau budak bukan asrama ok lagilah. Tapi budak asrama boleh tersalah baju juga ke?

Ustazah Wan kata, Ustazah Norimah kata, program sekolah pakailah baju sekolah. Lebih2 lagi bila orang luar datang sekolah kita. Orang tu nak kasi ceramah, mestilah majlis tu formal. Kita kenalah pakai pakaian formal. Baju sekolah. Kenapa ada yang degil?

Kalau masa lain, kelas tambahan biasa nak pakai baju t-shirt boleh... Tapi kan ustazah dah kata, pakai baju yang ada kaitan dengan sekolah. Susah sangat ke nak ikut? Kenapa degil sangat? Kan dalam al-Quran ada kata kita kena patuh pemerintah selagi tak bercanggah dengan Islam. Macam ni ke gaya pelajar Islam? Kata belajar Pendidikan Islam, Hadith, Tafseer, Ulum Quran, payah sangat ke peraturan yang mudah tu? Baju yang berkaitan dengan sekolah bukan sikit, banyak! Baju sukan, baju PSFM, baju kelas... Ni yang semua orang wajib ada. Yang lain-lain tu? Baju kelab, baju jambori, baju kursus KM. Kan banyak? Takde alasan lagi!

Kenapa ana tekankan pasal uniform ni? Pasal peraturan? Apasal nak skema sangat? Hello!! Semua ni menunjukkan sikap kita. Kalau peraturan yang mudah pun susah sangat nak ikut. Degil sangat. Macam mana nak galas beban yang lebih berat lagi?

Bak kata Ustaz Rahim, "Jangan mimpilah nak angkat peluru berpandu, pergi berperang, kalau selimut pun tak mampu nak angkat untuk bangun Subuh."

*Geleng-geleng kepala*

*Menarik nafas lalu menghembuskan...*

Susah sangat ke? Think positive. Tak payah nak keraskan kepala. Nak buat apa? Tak payah nak protes-protes. Dapat apa? Apa kebaikan memprotes undang2? Dapat pahala ke? Ke dapat dosa? Na'udzubiLLah.

Sekarang ni ana nak semua reflect balik. Muhasabah. Cukuplah dalam skop mematuhi undang -undang dalam etika berpakaian. Dalam etika berpakaian sahaja... Kalau banat degil tak nak labuhkan tudung, handsocks tak nak pakai.... Seluar dalam kain tak nak pakai. Dah tu pakai stokin pendek. Haloo!! Apa tujuannya? Degil tak nak pakai camisole. (cari sendiri dalam kamus apa makna camisole) Macam-macam alasan. Panaslah, tak selesalah. Cuba biasakan. Lama2 oklah.

Banin pula... Tak nak pakai tie. Kalau pakai tie pakai tak betul. Rambut panjang. Pakai sweater kat luar kelas. Tahu tak yang sebenarnya tak boleh pakai sweater kat luar kelas? Melainkan kalau nak pakai jacket masa hujan.... Tu jelah.

Huhuhu.... Dah banyak sangat bebel pulak.

Adios.

Wassalamu'alaykum.

No comments: