Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 17 August 2007

Bicara Seorang Khalifah

Assalamu'alaykum semua!

Ini ada cetusan kata-kata seseorang. Ana rasa seorang banin, sebabnya semua yang dia cakap kita dah sentuh masa program Jumaat tadi. Maziah pun dah minta maaf kepada banat, banin belum sempat lagi kot, jadi ana harap kepada yang berkenaan, bertenanglah. La tahzan. La taghdob.

P/s: Ana ada edit sikit sebab banyak sangat shortform. Harap tak mengubah mesej asal.

Khalifatullah:
Boleh tak ana nak tegur sikit... Sebenarnya ana rasa agak tension jugaklah dengan orang yang asyik-asyik dengan target GPS tu sampaikan tak terfikir perasaan orang lain... Ana tahu orang yang tulis tu pandai, tapi, janganlah terlampau merendahkan org lain... Ingat! Allah tak kurniakan aqal kita ni semuanya sama... Mestilah ada yang lebih, dan ada yang kurang... Ana cakap nih bukan nak memprotes, tapi sebagai teguran dan peringatan... Betulkan balik niat kita untuk cemerlang dlm PMR... Adakah semata2 untuk lepas target GPS?!! Atau adakah untuk memecah rekod sekolah? Kalau boleh, niatkan dalam diri, kita belajar ni hanya kerana ALLAH semata2... Bukan untuk PMR semata2... Bukan untuk menunjuk.... Tapi, ingatlah, kita belajar itu kerana ALLAH, dan kita gagal itu kerana ALLAH..

WaLlahualam... Maaf kalau tersinggung...

Yup, apa yang dia cakap memang betul. Ya, memang kepala otak kita semua tak sama, sedangkan wajah kita pun berbeza, tinggi kita berbeza, perangai kita berbeza, inikan pula otak kita. Aqal kita. Tapi ingat, Allah takkan ubah nasib orang yang taknak ubah nasib dia sendiri. Ada orang yang tak payah study boleh skor, ada yang kena study baru boleh skor, ada yang kena pulun bebetul baru skor, ada pulak yang study macam nak dapat Histritis (Hehe, rekaan semata je nama penyakit: Penyakit setelah tak tahan belajar Sejarah- History), sampai nak dapat Mathitis, tapi tak boleh nak skor. Kenapa? Kita tak boleh nak persoalkan. Ini semua ketentuan Allah.

Yang penting sekarang, sejauh mana usaha kita. Kita tak boleh nak nilai usaha. Tak siapa nampak. Allah je yang tahu. Tapi, patut ke kita kata, "Alah, buat apa nak study, aku ni memang bodoh. Takkan dapat PMR 9A punya. Apa punya mengarut projek gps."

Habis? Dahlah tak dapat 9A, usaha pun tak ada. Mana boleh!

Takde gunanya tolong orang yang taknak tolong diri sendiri. Betul tak? Buat apa kita nak tolong seorang budak yang taknak panjat pokok, tak tahu panjat pokok, panjat pokok? Baik tak payah kan? Tapi sebab perjuangan ini milik kita semua, tak kiralah banin ke banat, budak yang taknak panjat pokok ni, terpaksa kita beritahu dia faedah-faedah panjat pokok. Kita kena motivasi dia sampai dia rasa berkobar-kobar nak panjat pokok. Macam kita jugak. Budak yang kudung pun boleh panjat pokok kalau dia nak, lagikan kita dah dikurniakan sebaik-baik sekolah (insyaAllah), sebaik-baik guru (insyaAllah), Ibu bapa yang memahami (insyaAllah), harta yang mencukupi, tak miskin, sekolah yang ada kemudahan asas... Tak dhaif. Jadi PMR tu bukanlah susah sebenarnya kalau kita sendiri yang nak berjaya.

Selain tu, belajar untuk hargai usaha orang lain. Mungkin kita rasa tak senang dengan cara dia bekerja, tapi ingat senang ke nak monitor 118 orang? Ingat senang ke nak plan untuk 118 orang berjaya? Cakap senanglah. Tapi at least, dia dah usaha nak tolong semua orang. At least dia ambil inisiatif untuk memajukan kita. Daripada orang yang cakap belakang dan tak beri idea, malah taknak bagi sokongan kat projek tu, at least dia ada usaha. Cuba letakkan diri kita kat dalam tempat dia. Mampu tak kita hadapi rintangan daripada 117 orang lain yang macam nak taknak je berjaya.... Renunglah... Tak payah ego. Depan Allah kita semua sama....

PMR ni walaupun orang kata tak penting sangat pun, bukan orang tengok pun, tapi kenapa PMR ada juga? Kenapa Ustazah Kamaliah letak harapan yang tinggi kat kita? Kenapa Asatizah kita set target yang yang tinggi pada kita? Sebab, PMR ini lambang perjuangan kita. Kalau kat Palestin, mereka berperang dengan batu dan darah. Kereta kebal dan senapang. Peluru berpandu dan jet pejuang. Tapi kita bergelumang dengan pena dan kertas. Inilah perjuangan kita. Amanah buat kita. Untuk belajar!

PMR satu ujian, bukan hanya sebagai kayu ukur untuk menentukan aliran ke tingkatan 4, tapi untuk menguji keimanan kita pada Allah. Sejauh mana kita tabah hadapi rintangan, bukan setakat rintangan pelajaran, tapi Allah uji ukhuwwah kita. Allah uji kesungguhan kita. Allah uji kesanggupan kita untuk berkorban. Allah uji planning strategi kita. Allah uji sejauh mana kita ambil kisah terhadap orang lain.

Kalau betullah niat kita belajar kerana Allah, takkan ada yang mengeluh bila dapat homework latih tubi yang berlambak. Takkan ada yang nak ponteng kelas tambahan ikut suka hati. Kalau kita belajar kerana Allah, kita akan sentiasa bersedia dengan ilmu dalam kepala kita. Dalam hati kita. Kalau betullah niat belajar kerana Allah, lepas PMR takde yang rasa merdeka sebab dah habis PMR. Ilmu-ilmu yang kita belajar sebelum PMR, kita tak lupa. Kalau belajar kerana Allah, kita akan hormat guru dengan setinggi-tinggi kehormatan.

Persoalannya, ada ke yang niatnya 100% kerana Allah? Even ana pun, niat ana sendiri, ana pun dah tak tah macam mana dah.... Ana rasa malu dengan diri sendiri bila taip semua kata-kata tu. Ana tahu semua tu, tapi ana tak buat betul-betul. Ya, walaupun malu, tapi ana terpaksa tulis kat sini sebab siapa tahu, dengan kata-kata yang tak seberapa ni ada yang berubah lepas ni? Dengan kata-kata ana sendiri, ana tegur diri ana sendiri...

One more thing, khalifatullah, jangan sekali-kali mention perkataan gagal. Takde manusia yang gagal dalam dunia ni melainkan dia sendiri yang kata dia gagal. Orang yang gagal dalam peperiksaan tak bermaksud dia gagal dalam ujian Allah. Dia seorang yang berjaya kalau dia terima kegagalannya dan sedar bahawa kegagalan itu sebagai pendorong untuk masa depan. Kalau cepat je redha, "Yelah aku ni kan memang bodoh memanglah gagal." Dalam dunia ni wujud orang macam tu. Hish. Tu bukan redha namanya. Tu namanya PUTUS ASA!

Ana tahu ramai yang rasa down sebab result trial tak macam yang dia expect. Tapi selagi ada masa, usahalah. Allah akan tunjuk jalan ntuk hamba-Nya. Allah sayang hamba Dia. Kan Allah tu ar-Rahman, ar-Rahim! Mintalah pada Allah. Berikan kejayaan yang hakiki buat kita. Bukan setakat PMR, tapi kejayaan menempuh cabaran, kejayaan mempertahankan diri daripada kegoyahan iman, kejayaan memperjuang deen tercinta. Seterusnya, ke Syurga-Nya.

Target kita bukan setakat nak capai GPS 1.3 sama-sama, tapi nak ke Syurga sama-sama! Allahuakbar!

Ana harap Khalifatullah dapat digest mesej ana, walaupun ana taip macam berbelit sikit. Ana harap dia tak kecil hati dan harap semua orang yang baca entri ni dapat sesuatu yang baru. Ingatlah, yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu daripada ana sendiri.

WaLlahu'alam.

1 comment:

Anonymous said...

masuk akal gak