Tahukah anda bahawa kita sedang manghadapi krisis kewangan? Ya, kita sedang berhutang dengan Ustazah Halimah. Kenapa?
Begini ceritanya,
Sebab pertama, alkisah bajet rehlah yang telah disiapkan oleh Ustazah telah mensasarkan sumber kewangan rm2000 daripada jualan. Namun kita hanya berjaya mengumpul rm1300. Kita telah kekurangan rm700. Ustazah menampung kekurangan menggunakan wang peribadi ustazah.
Sebab kedua, bas ke Skudai Parade masa bowling. rm400. Terlepas pandang. Hasil kutipan kilat pada hari tersebut, lebih kurang rm200 berjaya ditampung. Namun, kita masih kekurangan rm200.
Ketiga, masih ramai lagi yang belum selesai membayar yuran PEP. Kalau ditambah semuanya, ada dalam rm2000 para pelajar form 3 berhutang. Haiy, dah habis PMR pun PEP belum setel?
Kesimpulannya, tolonglah... Sama-sama kita cari duit untuk bayar balik hutang-piutang kita yang bukannya sikit. Ustazah Halimah cadang extend masa persekolahan supaya kita boleh cari duit, henghh, ntahla.
Kalau korang nak tahu, selama 2 hari kitorang sekolah, banyak sangat benda yang best kitorg dapat. (Banatla) Kitorg belajar kraftangan ngan Ustazah Halimah (read:Hu-Lim! Heheheh..), buat origami jual kat budak2, buat dadih jual kat sekolah. Dadih kitorang bukan sebarang dadih, dadih traffic light! Nak tau apa dia? Datangla sekolah.
Laku gile dadih tu. Sekejap je dah habis. Tu pun budak2 sekolah rendah nak beli lagi. Duit yang kitorg dapat, sikit2 boleh cover duit modal untuk jualan nanti.
Banin pulak basuh kereta. Banyak jugaklah dapat.
Jualan. Masalah kita, tenaga pekerja. Sekarang ni yang datang sekolah cuma berapa kerat je. Tak sampai 20 orang campur banin banat. Siapa yang nak siapkan frame? Siapa yang nak tolong bagi idea untuk kraftangan? Siapa nak uruskan jualan? Siapa nak masak? Siapa nak beli barang?
Daripada bilangan banat yang sangat ciput tadi, lebih kurang 10 orang tu, hari Jumaat ngan Sabtu 4 orang takde. Ana, Huda, Hanan ngan Safiah. Setakat ni kitorg yang uruskan jualan dan duit. Nanti yang tinggal Hidayah ngan Tasnim je. Yang lain tu macam susah sikit. Macam mana 2 orang nak kumpul duit rm1000?
Tolonglah, yang berhutang bukan kami sepuluh orang je... Batchsebelas yang berhutang. Kan ke kita satu batch? Jangan lepas tangan. Kata ada ukhuwah. Kata ukhuwah mantap. Kata kita semua care each other. Tolong kami. Tak payahlah nak komplen2 bising2 pasal extend sekolah. Kat rumah korang buat apa pun?
Kalau takleh nak datang pun, tolong bagi idea pun boleh. Sumbang modal ke, sponsor barang ke. Apa2lah. Kami perlukan anda.
Ni serba sedikit tentang jualan setakat ni:
Kitorg dah jual kraftangan, dadih ngan buat carwash. Untung adalah sikit untuk modal nanti.
Kontrak. Kita dah dapat 2 kontrak setakat ni. Ustazah Shahidah punya kontrak, esok ana cerita kat sekolah. Lagi satu, Makcik Aminah dah offer nak jualkan dadih kita kat kantin setiap hari. Nak kena buatlah dadih bebanyak. Pengsan.
hari: Jumaat (Jalinan mesra), Sabtu (Ihtifal SRIH)
Cadangnya nak jual frame, tapi frame macam tak jalan... Sikit je dapat. Tak cukup tenaga. Ni Maryam R patutnya tapi dia tak dapat nak dtg sekolah hari ni. Transport problem.
Cup cakes. Ni kitorg setelkan, kitorg nak korang jualkan je nanti. Hidayah kot incharge.
Ice cream. Cadangnye nak jual ice cream dalam cone. Ngan aiskrim dalam cawan kertas. (kecik je) Yang aiskrim ni kita jual dalam ikut scoop. Pastu letak coklat ke, wafer ke, hiasanla. Lagi satu menu aiskrim, ni, kita buat macam McDonald sikit. Aiskrim yang agak cair dicampurkan dengan biskut oreo dan dijual. Ana nak sorang incharge bahagian aiskrim. Banyak untung ni kalau jual masa ihtifal.
Air. Air belum fikir lagi. Cuba korang fikir air yang best2 yang simple untuk dijual masa ihtifal and Jalinan Mesra. Sorang lagi incharge.
Wedges. Ni cadangan ustazah hamidah. Maziah kot incharge.
Makanan lain, anyone? Apa2 nak dijual? Esok datang sekolah, kita buat planning untuk jualan. Please.
Terima kasih sebab sudi membaca. Sila jangan lupakan hutang kita.
Dimulakan dengan
Tuesday, 13 November 2007
Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment